Thursday, November 25, 2010

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

assalamualaikum, salam sejahtera. readers stalkers. :)

ok, hari ni done with first paper. APPROXIMATION THEORY.
sikit je soalan dia, 3 soalan JE. belagak. T__T.
tapi bila nengok markah, boleh sesak nafas kejap.
satu soalan 30 markah ok.
ada mak soalan, siap anak-anak lagi. biasala tu. belagak lagi. T__T


semua soalan, alhamdulillah dapat la jawab.
even macam ada ke'confius'an. tapi lantak la, da hantar.
concentrate untuk paper esok pulak.

2 jam 30 minit digunakan sebaik mungkin.
45 minit pertama untuk jawab soalan 1,
15 minit kemudian soalan 2,
30 minit seterusnya soalan 3 plak.
pastu 30 minit lagi untuk semak ada salah masuk nombor ke,
calculator bagi jawapan salah ke.
[padahal salah sendiri, tekan calculator tak betul,
ada hati cakap calculator bagi jawapan salah. piiirrraaahhh]

dan 30 minit yang terakhir digunakan untuk lihat orang sekeliling, termenung,
pastu buat-buat selak kertas jawapan konon tengah semak bila lecturer lalu.
pffftt gila pura-pura!.
dan paling penting! dapat idea nak tulis apa kat belog nanti.
baik punya time kan. =.='

jadi ini lah hasil entry time periksa.
perkara-perkara yang buat kita phsyco bila dah kat meja exam.
bila dah duduk, dah dapat kertas soalan, dan dan bila dah boleh start jawab.

1. bila orang sebelah, jawab exam khusyuk gila.
sampai masa digunakan sepenuhnya untuk nengok dan jawab kertas soalan.


2. bila orang depan, sebelah dia, tekan calculator macam
tengah buat data syarikat untuk setahun. dah tu, bila tekan macam orang
tak pernah jumpa calculator, tekan sekuat hati.
tak cukup, tekan laju gila macam mesen.

3. bila orang belakang, asyik makan gula-gula. 10 minit satu agaknya.
dah nak habis masa tu baru berhenti. gula-gula dah habis kot.
[dah tu, tak reti nak kutip balik plak tu sampah]

4. bila orang belakang jugak, asik menguap sekuat hati macam nak
bagi sekawan lalat masuk mulut. even tak nampak tapi yana dapat bayangkan.

5. bila orang keluar tempat exam awal.
'wah mesti pandai dia ni. siap cepat, sebab tu dia keluar awal. jelesnya..'
[gitula gayanya. padahal ntah orang tu tak dapat jawab,
dari dia sakit otak nengok soalan, baik dia keluar. kan]

6. bila orang sebelah tidur. orang depan takpe. diorang memang takkan berani nak tidur.
sebab belum sempat letak kepala atas meja, pemeriksa dah ketuk meja
'bangun! bangun! jangan tidur'

7. bila nengok orang sebelah, mintak buku jawapan lebih
sedangkan diri sendiri cukup hanya dengan satu buku jawapan.
'apalah diorang ni jawab'
[dan mula compare dengan jawapan sendiri,
kenapa boleh fit dalam satu buku jawapan je. ada yang tertinggal ke jawapan]


dan akhirnya, mula muhasabah diri bila frust dengan pancapaian diri sendiri.
kenapa la tak belajar betul-betul, dari awal lagi.
pastu mula berazam, sem depan nak study betul-betul.

sudah la. bak kata pepatah.
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

ok, done.
wassalam. :)



6 comments:

Azah Rahaman said...

nasihat yang bagus, hehe

http://zaza96.blogspot.com/

Zulfahmi Abidin said...

tragis jgk kau nie yana.smpai exam pon boleh bagi inspirasi kat kau.tapi tk berape heran.nati ko dah msuk universiti mcm aku.ko akan rase 2 soalan 3 jam.pilih satu soalan jer.hehehhee..and #2 tuh aku suke buat.huhu.mcm pakar je bunyinyer.

Terkini:
1. Saranan Aku Untuk Kerajaan
2. Sharing Is Kongsi Lah. Sampai Bile Aku Nak Cakap Sharing Tuh Bukan Caring
3. Bilik Kecil Yang Sempit

yana zuera said...

@Saia Az
heheh thnks. ^.^

yana zuera said...

@Zulfahmi Abidin
haha kaw pun lebih kurang jugak. berak pun boleh jadi entry. lagi tragis kot!. :p
macam pakar. ntah dia memang suka tekan calculator kot~.

Pemilik Hati said...

haha sibijik sejibik mcm sy die punye feeling mse jwb exam.. =)

yana zuera said...

hehe kte kan kembar. eh eh tiba2. ;p

Related Posts with Thumbnails