Thursday, July 29, 2010

kau manja!~

assalamualaikum, salam satu malaysia, salam perpaduan, salam khamis. :)

ok, blog updated after dia da nak dekat berhabuk. cepat2 yana lap~. hehe :D
ok, camane nak mula ayat heh. eh bukan nak mula cerita. cerita tentang KAU manja!~.

ok, macam ni. sekarang ni KAU study lagi. 3rd year of BSc mathematics with education.
ok, rasa kejap je dah tahun 3. macam baru semalam terkedek-kedek jalan nak pergi daftar kat dewan KZ ngan baju kurung pink, ngan emak abah. bawak fail segala. erk ok, stop. tapi dalam part yang lain terasa nak cepat2 grad. sebab nak rasa dapat gaji. =.= teruk gila kn sebab die.
tiba-tiba hari ni terasa lagi macam time study ni manja sangat. sebab nota sentiasa ada. cuma kena print kat MyGuru. tapi part yang paling manja tak print pun. alasan 'ala boleh baca dari laptop'. tapi macam tak tahu, bukak laptop, apa yang KAU click dulu?. "connect to UPSI_JARING" kan?. then bukak la fb, blog, gb, dan segala yang berkaitan.
pastu, assignment pulak, pantang dapat yang susah, mula la cari anak stewart la, anak churchill la nak tiru. nasib baik by group, kalau sorang2?. menangis!. x cukup, salahkan lecturer lagi, 'xtaw ke kita x taw nak buat'. see dapat nilai tak betapa manjanya.
'teacher should set a high standards to their students' lagi x cukup, buat last minit lagi. x tidur malam, pastu bila ada kelas pagi mula la ponteng kan?. alasan tak siap assignment.
heh sangat memalukan!. ini ke yang patut dibuat contoh.

lagi KAU manja sebab semua nak bertanggung. takde duit, mula la telefon mak abah. mintak duit segala bagai. cakap duit da habis. pernah cek tak duit KAU banyak habis kat mana?.
em kat makan banyak habis?. ok la, boleh diterima akal la sikit. tapi kalau tiap2 minggu nak makan kfc la pizza la, heh MANJA ok. next tak cukup ngan alasan makan. shopping lagi. ok, pandang dari sudut perempuan, benda tu memang tak boleh nak lari. sememangnya sinonim. tapi boleh tak KAU buat budget shopping atau limited shopping. maksudnya nak beli barang boleh tapi jangan la over sangat. duit yang orang bagi pinjam tu buat KAU belajar, bukan nak shopping beli barang tak tentu pasal. nama student tapi lagak kalah pensyarah.
heh KAU yang bernama LIYANA NAZURAH JAFFAR, bila kau nak berubah?. nak tunggu menyesal dulu baru nak berubah?. tak perlu la. lebih baik kau berubah,
'being a teacher not easy as ABC or 123, but as complicated as extaction of metal from its ore'.

*monolog dalaman dalam diri liyana yang berjanji nak berubah,
even macam dah terlambat tapi its better late from its nothing right?.

ok2, done~.
assalamualaikum~.

Sunday, July 25, 2010

sekadar renungan~.

manusia hari ini suka sangka-sangka..
ada sangkaan baik..
ada sangkaan buruk..

orang beribadah disangka riak..
orang yang relax disangka malas..

orang yang memakai baju baru disangka menunjuk..
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud(hina)..

orang yang makan banyak disangka pelahap..
orang yang makan sikit disangka diet..

orang baik disangka buruk..
orang buruk disangka baik..

orang senyum disangka mengejek..
orang masam disangka merajuk..

orang bermuzakarah disangka mengumpat..
orang diam disangka menyendiri..

orang menawan disangka pakai susuk..
orang nampak ceria disangka membela..

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH..
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..

jauhilah sikap suka bersangka-sangka.

assalamualaikum~. :)

Saturday, July 24, 2010

first trial~.

assalamualaikum, salam satu malaysia, salam perpaduan, salam sabtu,
salam maaf ( lama weyh x hupdate blog).

entahla. malas gile rasa. baru entry before ni semangat kan?. purak-purak gilak. haha :p
nope la, quite busy lately. busy ngan apa pun x taw la. ngan diri sendiri. ngan kelas.
ngan kawan-kawan. tapi ngan diri sendiri tu la yang paling banyak. jangan tanya busy apa,
sebab yana pun xtaw la. ok stop!. da merepek jauh. mesti u ols sangat bosan kan. :)

ok, da la selalu kering idea nak tulis apa kat blog. sebab tu macam jarang gile update blog.
*heh cakap je la pemalas kan. lagi nak kalis2 tade idea la, kering idea la. heh!.

ok, ni sebenarnya nak cite, betapa excited nye yana, bila dapat pegang wooden bow. apa tu?. heh senang cita pegang alat untuk memanah. hah2, tapi bukan yang macam ROBIN HOOD guna tu taw. sekarang zaman da moden, wooden bow pun da berubah. hehe :p


macam ni la gayanya. tapi, ada lagi macam2 saiz. berat ada ringan ada. ouh yana pegang yang ringan je, x larat kot yg berat tu. nak masuk string pun da macam hape.

video

nengok ni, macam zu ngan umi ni. ni baru wooden board yang ringan. yang berat tu, tak termasuk kot string tu. hehe sangat memerlukan kekuatan lelaki di situ. :p

video

ok, yang 2nd video ni menunjukkan kegagahan LIYANA dalam memanah. hahah buweekk. geli~. :p heh pirst time kot ni nak memanah. tangan shaking gila. sumpah, serius! tak terfikir da step yang dia ajar. pkir nak shoot. shoot and shoot~ and last dapat gak la shoot ngan smooth. even arrow tu pengko. ok pengko tu bengkok. dalam bahasa apa tak dapat dikenal pasti lak. hehe :D act, bukan arrow tu yang pengko, yana punya tangan yang senget. x sempat arrow tu nak lepas habis, yana da bengkok kan tangan. thats why, arrow pun ikut sekali. hehe ;p
ok, done. nak explain lanjut takut yang tak taw tu bertambah la pening kepala. pe jadah la bende alah ni. macam yana bila pirst time masuk kelas. da la lambat. lagi la blurr~. :p
kalaw yang pro tu boleh la. ajar yana jadi pro gak.hehe

ok2 done, assalamualaikum

Tuesday, July 20, 2010

kerana 25 sen~.

assalamualaikum.
salam satu malaysia. salam perpaduan. salam selasa.
salam baju tak gosok lagi. * erk, ok stop~. =.='

hah kenapa dengan 25 sen?. tiba2 je entry pasal duit. hehe nak taw?. nak taw?. ni semua gara2 earning kat nuffnang ada RM 0.25 selepas beberapa bulan cantik je RM 0.00.
heh biar la orang lain da beratus2 pun. da bekali2 dapat cek ke. ada aku kisah.
erk tiba2 nak emo. =.=' sory2~. :) ok, sekarang ni da semangat nak up traffic, even kadang2 tu malas menguasai diri. siap letak cbox segala even before ni pernah letak tapi terbiar je, pastu siap remove n sekarang letak balek lepas taw kepentingan dia. :p berblogwalking even before ni blur2 apa pejadah ni blogwalking segala mala ni. heh sekarang ni baru faham. erk lambat kan?. hehe tape la, biar lambat asal selamat. ouh macam x kena pepath ni. biar lambat dari langsung x buat. hah lebih sesuai rasanya. hehe

ok la. entry kena pendek je sebab, cuba baca balek salam yang last kat atas tu.
heh belum gosok baju lagi. ada kelas pkul 2 ni.
ok2, done. assalamualaikum. :)

teaching is to learn, learning is to teach.
renung2 kan dan selamat beramal~. :)

Sunday, July 18, 2010

tema hari ahad~.

assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam perpaduan,
salam ahad, salam hujung minggu~. ;)

ok, hari ni hari ahad. ahad dalam bahasa inggeris ialah sunday.
hari yang free ngan class. spend time kat rumah, *tu yang nak rehat kat umah la.
em spend time jalan2 ngan member2 ke, ngan family, or ngan orang tesayang~. :p

ok, for a WOMAN GIRL named Liyana Nazurah bte Jaffar, this week yana prefer duduk kat rumah, memandangkan ekonomi yang masih tidak stabil, lebih baik duduk kat rumah.
*ehem rumah kat kolej taw, bukan rumah kat kampung. kolej mana?. kolej za'ba la~. :)
ouh kolej kediaman kat UPSI ni berkonsepkan rumah atau lebih exclusive berkonsepkan apartment ok. hee~ :) em da prefer duduk kat rumah tak taw nak buat apa dah. em bangun pagi, pergi toilet BERSIHkan gigi. then BERSIHkan muka,dari segala air liur yang da basi2 tu. pastu sebelum on lappy kena BERSIHkan dulu. baru rasa semangat nak on. next da bukak lappy, harusla nengok update kat fb. even tade yang menarik tapi xtaw kenapa wajib sangat nak bukak fb. :) ouh pastu bukak youtube. searching for MAHER ZAIN. ouh sudah terjatuh hati dengan lagu2 dia. lyrics yang sangat touched. ok, sekarang pun tengah dengar lagu dia. :)

ok, da nengok update fb sume. em pergi BERSIHkan baju dari segala kekotoran. em dengan menggunakan tulang empat kerat ini, dan dengan gigih habis jugak basuh baju yang sangat banyak itu. :p *fyi, mesin rosak. thts why kena la jugak basuh baju guna manual. :) em da habis, next BERSIHkan rumah pulak. sebelum tu BERSIHkan bilik dulu. sapu2, buang segala habuk2 yang bertaburan. hee~. da siap2, last baru BERSIHkan diri. em x payah la elaborate kn. paham2 sudeh~. :)

ok, da siap bersih itu dan ini. dan sekarang ni update blog.
and pasni nak buat kerja sekolah. edu ngan complex variable. :)
yang title post tu: tema hari ahad : BERSIH :)
done. assamualaikum.



p/s: masih terasa kehilangan yang amat dalam. kadang2 hingga menitiskan air mata. namun ku sedar air mata xkan dapat mengubah apa2 keadaan. keadaan itu masih sama. atok tak kan hidup semula. namun iringilah dengan doa dan zikrullah, agar yang sudah menemuiNYA itu, sentiasa aman dan diletakkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah. Alfatihah.

Thursday, July 15, 2010

dalam kenangan~


al-fatihah buat Allahyarham Abdullah bin Hassan.
1.11.1929-13.7.2010

*the left one.

ouh, this 3 stooges hanya tinggal kenangan.
kenangan yang x dapat dilupakan.

ok, done.
assalamualaikum.
:(

Sunday, July 11, 2010

its done, but its not over yet~.

assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam perpaduan. salam maaf sebab lambat buat entry even MSK da habis jumaat hari tu. ^.^

yeah, minggu suai kenal telah melabuhkan tirai untuk sesi ambilan JULAI 2010/2011.
setelah berbengkel, bergerak kerja, bekerja secara sukarela untuk U tersayang, berpanas, berhujan, berbual, berjalan x hengat dunia. ok, seriously, sangat penat. kalau tade kekuatan fizikal n mental yang mantap da lama berhenti separuh jalan. sebab dibekalkan semangat yang kuat, hoo yeah dapat juga menghabiskan MSK.

ok, selama week MSK ni ada dua orang yang tanya yana, apa yang yana dapat join MSK ni. sorang freshie ni n sorang lagi staff yang baru kenal. kan best kalau duduk rumah, habiskan holiday kat rumah ngan family. tapi kenapa pilih, balek awal pastu kena buat kerja lagi. em tak dapat elaun ke?. huh macam2 kena tanya. pastu nak taw apa yang yana jawab?.
ok baca lagi ye, dont stop. :)

1) dapat pengalaman yang tade dalam kuliah. ok, common kan. asal join apa2 program pun dapat apa?. pengalaman. tapi seriously, ia sangat betul. pangalaman yang kadang2 kita boleh gunakan untuk masa hadapan. kan pengalaman dapat mengajar seseorang. atau jadikan pengalaman sebagai pengajaran hidup. em gitu la gayanya. so, mungkin yana boleh aplikasikan pengalaman yang ada untuk kegunaan kat sekolah nanti.

2) next, yana dapat ramai sangat kawan baru. :) even sangat tegar join MSK alone, tade membe yang kenal2 ke, yang rapat2 ke. tapi tu la ada hikmah disebalik semua ni. most important ngan membe sekretariat PTPTN, akujanji, dan bersama fakulti, ok, korang sangat best!.
enjoy sangat~. :)

3) lagi, ni part paling best, even tade elaun ke hape. tapi makan ditanggung beb. dapat baju F1 lagi. hee~. ye la, manusia kan memang suka 2 benda ni : makan n benda free. hah betul kan?. jangan tipu la yep~. hehe :p

em its done maksudnye, MSK nye yang done. tapi its not over yet tu
ukhwah fillah yang terjalin antara semua Sekretariat.

ok, tu je kot rasanya. may be ada lagi tapi x tertype la. malas menguasai diri. sebab post ni da lama dalam draft. :) siap da ada post baru lagi kan. huhu

ok2 done. assalamualaikum.

Tuesday, July 6, 2010

tahap gaban~

ok, mood sekarang : penat tahap gaban, kaki sakit tapi x gaban sangat la, jiwa sakit pun tak tahap gaban sangat, atau dengan kata lain : macam2 perasaan.

*gaban?. apa tuh?, ok, f.y.i, tu die macam gajah tapi bawah sikit la dari gajah. em paham x?.
ok, jangan percaya, its just kidding~. :)

ok, yana jumpa macam2 manusia lagi hari ini, semua pun macam2 perangai yang sukar untuk dijangka. semua pun puas kalau ikut kehendak sendiri, semua pun degil suruh ikut kehendak dia. dengan bahasa kasarnya nak ikut kepala dia sahaja. sangat sakit kot kalau macam ni.

lagi yana jumpa orang yang berani berkata-kata, ye sangat bagus disitu. tapi sangat tidak bagus jika dalam satu kumpulan semua perangai yang macam ni, jadinya semua nak berkata-kata. ok, bagi pendapat, bagus ok!. tapi yang x bagus bila kalau dah 10 orang bagi pendapat jadi mana satu pendapat yang nak ikut. ketua?. ya!. kita kena ikut cakap ketua. dengar hanya satu arahan sahaja.

ok, em yang jumpa agak negative, positive tade ke?. ouh, ada2. yana jumpa orang yang bertanggungjawab dengan tugas masing-masing. ok, responsible sangat, tapi jangan sampai jadi macam perangai both yang yana state tadi ye. itu x minat, x minat. :)

http://www.emocutez.com

lagi positive, em ntah ea. yana hanya pandang negative. biasala kan, yana hanyalah insan biasa. yang kurang dari pelbagai segi. yang cukup naif. yang akan melakukan silap. etc.
tapi reason dia?. yana suka nengok orang yang bermacam2 rupa, so, yana akan pesan kat diri yana, if that situation will happened to you, please! please! please!. dont do the same thing. ok, i mean that bad things. ok, memang kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. mesti ada yang terpalit rasa kecewa. itu lumrah hidup.

once it will be exciting, fun, enjoyed, full of spirit. but once it becomes twice, it will be
vice versa if our heart not in there. get it?. whatever~. ok done.

assalamualaikum



Thursday, July 1, 2010

walaweh~.

yeah!. dengan bangganya yana ingin menyatakan
yana sudah yakin walau bukan dengan 100%.

oops sebelum tu, assalamualaikum, salam satu malaysia, salam perpaduan,
salam khamis, salam penat lepas angkat barang pindah rumah, *em perlu ke state disitu?. :p

ok,back to story, apa yang yakin ni?. yeah, yakin bercakap di depan tanpa rasa nervous, gugup, gigil, semua tu la. hehe selepas 2* tahun baru real yakin punya la. hehe nak kata before tak pernah, em pernah jep, lagi dulu kat hostel every week kot bentang laporan, tapi agak sadis ye, terlambat sikit. huh bukan sikit lagi dah, banyak da ni. hehe :) ok, rahsia dia?. heh rahsia apa?. em ni la nak kongsi, ilmu la lebih sesuai than rahsia tu, ilmu bagaimana untuk berdepan dengan khalayak ramai. ataupun bercakap di depan ramai orang. heh bukan senang taw nak berdepan dengan manusia yang pelbagai ni. ok, sangat berterima kasih la, ngan akak, kengkawan yang bagi peluang ni, yang yana grab it as opportunity untuk baiki kelemahan yang ada.
ok, i admit it. :)

alalala, melencong lagi, mana pergi ilmu yang nak dikongsi tu?. ok, ni la yang nak dikongsi, ilmu ni pun yana dapat dari salah satu kursus yang yana pergi. orang yang bagi talk tu, fuhh he can talk for several hours non stop. how amazing. cara penyampaian dia, emosi, mimik muka, semua la sangat menarik hati siapa2 yang dengar. dia punya intro je dah sejam. dahsyat x?. dia pun sempat berkongsi la, ilmu2 untuk bagaimana kita hendak berhadapan dengan orang ramai.
p/s: ni yang yana ingat la ye~. huhu *ada salin hari tu, tapi buku dia kat tempat lain,
kalau da ada buku tu, yana update lagi ea. :)

yang pertamanya : kuasai penonton.

macam mana nak kuasai penonton tu?. hah kalaw kita diminta untuk memberi talk, try untuk biasakan diri dengan keadaan tempat tu. then try jugak untuk kenali penonton walaupun kita x kenal langsung penonton2 atau pendengar2. means, kita try untuk lihat keadaan sekeliling, orang yang akan dengan ucapan kita tu nanti. em faham x?. x reti la nak explain macam mana. tapi yang penting tu la, kuasai keadaan di sekeliling kita, supaya nanti kita x berasa kekok dan anggap keadaan tu kita dah biasa, dan juga untuk mengurangkan rasa gugup.

yang keduanya : eye contact.

ok, ni da biasa dengar kan?. em eye contact dengan semua penonton atau pendengar, jangan la, semasa kita cakap tu mata pandang atas, kiri kanan, ia menunjukkan seolah-olah kita sendiri x yakin dengan percakapan kita. so, apabila kita bercakap tu, try to make eye contact dengan semua orang. nampak lebih confidence, tapi dalam hati hanya tuhan je kan yang taw. hehe :)

yang ketiganya : idea.

selalu orang akan bagi alasan untuk xtak memberi ucapan sebab lack of ideas. ok, yana admits yang satu ini. memang selalu kekurangan idea. dan apa penyelesaiannya?. em baca segala benda yang ada, x kira la benda yang baik ke buruk ke. sebab dia boleh jadikan pro and con dalam pengucapan kita. tade la, asik nak cakap benda yang baik semata-mata. seperti pepatah, yang baik dijadikan teladan , yang buruk dijadikan pengajaran. :)


ok,setakat ni yang yana ingat tiga tu ke la, kalaw ada apa2 penambahan i'll update later kay. em semua panduan ni pun yana still gunakan untuk meyakinkan diri yana lagi untuk bercakap di hadapan manusia. *haisy xkan binatang lak kan. hehe :) yana pun masih naif lagi, tapi sekadar untuk berkongsi apa yang yana taw itu x salah kan?. :)
em setakat tu je kot. see ya next time.
wassalam.


Related Posts with Thumbnails