Friday, December 31, 2010

hello 2011. goodbye 2010.

assalamualaikum. salam sejahtera.
masih dalam mode membarui dengan cepat. :)

ouh. hanya mahu mengucapkan selamat tahun baru 2011.
dan 2010 hanya meninggalkan seribu satu kenangan.

ok, done.
wassalam.
:)

Monday, December 20, 2010

membarui dengan cepat.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

membarui dengan cepat ataupun bila ditranslate ke bahasa inggeris quick update.
eh eh bukan guna translator tapi cari dalam dictionary.
kalau guna translator akan keluar update cepat. hah apa2 la. :)

4 december last update dan hari ini 20 december.
ouh lama dah tinggalkan belog yana ni. da lama tak belogwalking.
TAPI TAPI yang tinggal jejak nanti insyaAllah yana melawat
belog anda anda ye. terima kasih sebab sudi datang belog yana. :)

eh eh lupa nak membarui dengan cepat.
ok bubye.

nanti nanti bila banyak masa terluang
yana membarui dengan lama ye. :)

terima kasih.
wassalam.

Saturday, December 4, 2010

lagi dan lagi~.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

ok. sikalang ah gua maw jawab itu tag ah. itu amoi cantik ah tag gua.
eh eh ade nyonya sesat. ok. back to speak normally.
yeah like normal. DONE. [buat tag!.]

yana suka sangat bila kena tag. at least ade jugak benda yang boleh dibuat entry.
takde la, tengah tidur pun mimpi. *eh yana update la belog kaw.
pastu terus bangun bukak lappy terus update.
ok fine, sila jangan tiru aksi ini, ini hanyalah kisah tipu semata-mata.
so, siapa2 yang kebingungan, kebuntuan untuk kerja mengetag,
jangan segan-segan silu-silu tag yana je. tehee!. :)
*eksaited no kaw*

eh eh. lupa, buat tag. hah buat tag.
tapi kan, lambat atau cepat buat tag, yana tetap akan buat.
*pedepang. buat tag la.

T : nama belog and why nama itu dipilih
BY : nama blog ini ialah 'belog yana'.
ia dipilih sempena menyambut hari kemerdekaan ke 53.
kerana sempena hari itu, yana dapat ilham,
nama apa yang sesuai untuk diletakkan kat belog. iaitu 'belog yana'.

T : nama url blog dan mana datang idea tu
BY : url belog yana 'http://yanazuera.blogspot.com'.
datangnya idea tu, pada suatu malam ketika yana sedang buat assignment,
tiba-tiba dapat ilham nama apa yang nak letak kat url belog.
sebab yana yakin dan percaya, tak kan ada orang yang akan guna url 'yanazuera'

T : method penulisan blog anda
BY : ouh yana tak menggunakan mana-mana method
selain dari merujuk format-format karangan bahasa melayu
SPM sebagai rujukan utama.

T : perasaan anda bila tengok blog orang lawa dan menarik
tapi tengok blog sendiri tak lawa pun. [ayat rendah diri]
BY : [ayat tinggi diri] biarlah. masing-masing punya kreativiti
macam mana nak hiaskan belog diorang.
kenapa terlalu nak ikut orang, yang penting diri sendiri. :)
*eh salah ayat, ni macam ayat pasrah.

[ayat tinggi diri real]
eh yeke, bukan belog yana ke yang paling lawa dan menarik.

T :bila wujudnya blog anda ni
BY : tanggal 7 april 2009 jam 5.14 pm mengikut data entry pertama.

T : siapa orang pertama yang tahu dan jadi follower anda
BY : selain diri yana sendiri yang taw, takde lain yang taw kot.
sebab memang betul2 nak buat macam dear diary.. tak nak orang lain baca. =.='
em orang first yang jadi follower pun yana tak kenal. tiba-tiba je dia follow.
dan macam jakun macam mana dia boleh taw belog ak ni.
maklumla rabun IT.

T : sila 5 orang dan bagitahu mereka
BY : bukan yana taknak tag siapa2, tapi ikut anda la nak jawab.
eh maknanya terbuka kepada semua. ye semua. :)


ok. dah siap.
wassalam.

footnote : FYI, T=tag (soalan tag), BY=belog yana.

Friday, December 3, 2010

tak puas-puas agaknya ya~.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

BERTUKAR!. ye belog yana betukar rupa lagi.
buat yg keberapa kali agaknya entah. memang tak puas-puas.
sebab jeles bila blogwalking belog bloggers lain semua cantik-cantik.

[eh tolong designkan untuk yana sekali boleh tak?.]

gereeemmm. tehee!.

lagi dan lagi, bila dah merdeka final ni,
tak tahu nak buat apa, sementara tunggu camping 5hb,
buat lah kerja yang berfaedah sikit, make up belog.
tema kali ni BELOG PINKY !. habis dah kaw, yana kalerkan semua PINK.
tak puas jugak tak taw la.

ok la. penat jugak edit mengedit ni. lagi-lagi yana ni buta IT.
eheh tak buta, rabun sikit la. buta tu macam tak tahu apa2 langsung.
ye tak. tukar la tukar la, rabun IT.

ok. done!.
harap design macam ni akan berkekalan. insyaAllah. :)

wassalam.

Tuesday, November 30, 2010

25 things!.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

ditanda lagi. eh maksudnya di tag lagi. hehe :) kali ni by L.Y.A.N.A. terima kasih.

RULE
once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you.

*pengsan kejap nak fikir

agama islam.

anak jati johor.

21 tahun.

k.long panggil yuyu.

anak tengah dari 3 siblings.

belajar lagi - 3rd year BSc Math with Edu.

gila warna pink.

sayang mak!.

sayang abah!.

sayang along!.

sayang ezer!.

takde lesen motor.

cabar diri sendiri tak behenti belajar smpai deg je.

suka beli shawl pastu tak pakai.
*still ada lagi sampai sekarang shawl yang tak pernah pakai.

[pheeww, bepeluh nak sampai 25]

dengar lagu kuat-kuat bila tension. =.='

camwhore!.

nak jahit baju kurung sendiri.
*nanti boleh bodek mak mertua, jahit kan baju. pffttt. =.='

food lover.
*semua pun suka makan.

suka senyum. eh eh tapi betempat ok!.

tak peramah sangat.

pemarah sangat pun tak.

[punya la nak cukupkan 25 tu]

suka jalan-jalan takde arah tujuan.

cerewet.

still tak percaya, im a TEACHER TO BE.

nak pergi makkah before 30 tahun.

nama penuh : LIYANA NAZURAH BINTI JAFFAR.

ok. done!.
time nak bagi keje sekolah pulak.


:)

Mak Abah Harus Ada 2010. :)

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

Mak Abah Harus Ada. actually, eceh ekceli konon.
nak taip panjang-panjang malas T_T. sebab tu bagi perkataan lain,
tapi huruf depan tetap ada.
MAHA -Malaysia Agriculture, Holticulture and Agrotourism Show.
hah ni baru nama betul. tak ke panjang nak letak kat title. =.='
*cakap je la sebenarnya kaw malas. tak payah bagi alasan berjela.


ok, biar gambar yang cerita. :)

OTW!

kereta yang melambak. T_T

akhirnya, dapat jugak sampai dengan selamat. :)

pak jep pilih orkid.

hah ni wife dia. sama jugak, tengah pilih orkid. :)

ni anak dia yang laki-laki. mat bunga dia ni. ^.^

yang sebelah tu pulak anak dara dia yang sulung.
cantik molek. :)
status : tunang orang

eh eh ada pulak, anak dia yang ni. :)
HARUSSLAAAHH.

lastlast. comel kan tembikai ni. :)


ok, fine. akibat excited sangat nak tulis. habis semua yana cerita kan.
cakap je lebih biar gamba yang cerita.
piirraaahh. =.='

ok2. done.
wassalam :)

footnote :erk, jangan tanya mengapa yana terlalu ayu *pitam*
untuk ke MAHA, sebab singgah rumah pengantin. member akak. :)

Monday, November 29, 2010

ditanda!.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

ok, jangan kaw nak bebel buat introduction panjang-panjang,
terus buat tag ok!.

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?.
MONEY. laptop. henfon. henfon.

henfon. eh salah ini calculator.

ok. ini baru henfon. nama dia LALA

2.benda terakhir yang korang beli guna duit korang?.
buah jambu potong-potong dalam plastik yang ada asam.

3.dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan
korang dan apakah temanya nanti?.
dewan dengan tema tradisional, siap sanding bersimpuh kat lantai.
baru tradisional tu menyerlah. :)

4.adakah korang sedang bercinta sekarang?.
in love. not in love. in love. not in love. *sambil petik petal bunga rose. in love. not in love.....

5.berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?.
seminit. sejam. sehari. setahun. erk. ENTAH!.

6.dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?.
bawah pokok durian. sambil tunggu durian gugur. ppffftt. =.='

7.novel/buku/majalah terakhir korang beli?.
cinta di langit GAZA.

8.apakah nama korang sendiri?.
Liyana Nazurah binti Jaffar.

9.antara mak dengan ayah mana korang lebih mesra?.
makabah. abahmak. :)

10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?.
ramai betul orang yang betul2 nak jumpa.
listkan pun sehari suntuk tak habis. T__T

11.adakah korang basuh baju sendiri?.
ouh. apa guna mesen basuh. jika tak guna. :D

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?.
whole world!. :)

13.pilih salah satu, peluk atau cium?.
pelukcium. :p

14.beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
-stay kat pasir gudang, sama ngan yana.
-satu kelas ngan yana time sekola rendah.
-most important. dia cantik!. :)

15.lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda.
-lappy.
-handphoneS.
-shawls.
-blue BUM watches, yg yana pakai since form 3.
-comics.

16.lagu yang anda paling suka dan selalu dengar?.
banyak lagu. tapi yang selalu dengar sekarang rihanna-Only Girl.

17.bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?.
dua haribulan ogos tahun satu sembilan lapan sembilan. sambut kat rumah. :)

18.5 rakan yang korang nak tag.
eh eh lagi dua korang tu awak la. hah awak la. hehe :)

ok. done.
wassalam. :)

Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!.

image

assalamualaikum. salam sejahtera.


satu segmen dari saudara BEN ASHAARI.
yang pest time yana join. :)

kalau anda anda mahu join.
klik saja link di atas.
:)


sekarang senarai 5 belog yang yana sangat suka baca.
pantang nampak kat blog updates, terus saja click belog dia.
untuk taw, ouh apakah updates mereka kali ni.
jom!.

suka bukak belog dia sebab selalu bagi tips yang best. cara pakai pashmina, shawl yang bermacam-macam gaya. kreatif ok dia ni!. :)

belog dia cantik. warna pink!. [boleh terima tak alasan]
tapi memang tak menyesal singgah belog dia. entry pun best2!. :)

belog yang santai dengan entry yang simple.
tak tension bila singgah belog dia.
[macam exam nak tension2 plak kaw]

4.fahmi.
ini manusia sangat kreatif!.
sampai perkara nak bunuh lipas pun boleh jadi satu entry.
hehe tapi memang enjoy baca. boleh hilang tension.

wajib untuk suka belog dia.
sebab sebab memang suka masuk la belog dia.
dan dia jugakla, banyak ajar yana benda-benda yang ada kat belog!.
terima kasih~. :)

ok, kalau en ben bagi yana lagi lima pun boleh. s
ebab banyak lagi belog yang yana suka masuk.
tapi kadang-kadang jadi pembaca yang senyap saja. [silence reader]. =.='

sebenarnya, da lama perasan segmen ni, dari belog en ben sendiri.
sebab follow dia. so akan tawla perkembangan terkini beliau!. :)
dan baru hari ni belog panggil
eh kaw!, meh buat segmen en ben ni
senang je.
:)

ok. done.
wassalam. :)

Thursday, November 25, 2010

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

assalamualaikum, salam sejahtera. readers stalkers. :)

ok, hari ni done with first paper. APPROXIMATION THEORY.
sikit je soalan dia, 3 soalan JE. belagak. T__T.
tapi bila nengok markah, boleh sesak nafas kejap.
satu soalan 30 markah ok.
ada mak soalan, siap anak-anak lagi. biasala tu. belagak lagi. T__T


semua soalan, alhamdulillah dapat la jawab.
even macam ada ke'confius'an. tapi lantak la, da hantar.
concentrate untuk paper esok pulak.

2 jam 30 minit digunakan sebaik mungkin.
45 minit pertama untuk jawab soalan 1,
15 minit kemudian soalan 2,
30 minit seterusnya soalan 3 plak.
pastu 30 minit lagi untuk semak ada salah masuk nombor ke,
calculator bagi jawapan salah ke.
[padahal salah sendiri, tekan calculator tak betul,
ada hati cakap calculator bagi jawapan salah. piiirrraaahhh]

dan 30 minit yang terakhir digunakan untuk lihat orang sekeliling, termenung,
pastu buat-buat selak kertas jawapan konon tengah semak bila lecturer lalu.
pffftt gila pura-pura!.
dan paling penting! dapat idea nak tulis apa kat belog nanti.
baik punya time kan. =.='

jadi ini lah hasil entry time periksa.
perkara-perkara yang buat kita phsyco bila dah kat meja exam.
bila dah duduk, dah dapat kertas soalan, dan dan bila dah boleh start jawab.

1. bila orang sebelah, jawab exam khusyuk gila.
sampai masa digunakan sepenuhnya untuk nengok dan jawab kertas soalan.


2. bila orang depan, sebelah dia, tekan calculator macam
tengah buat data syarikat untuk setahun. dah tu, bila tekan macam orang
tak pernah jumpa calculator, tekan sekuat hati.
tak cukup, tekan laju gila macam mesen.

3. bila orang belakang, asyik makan gula-gula. 10 minit satu agaknya.
dah nak habis masa tu baru berhenti. gula-gula dah habis kot.
[dah tu, tak reti nak kutip balik plak tu sampah]

4. bila orang belakang jugak, asik menguap sekuat hati macam nak
bagi sekawan lalat masuk mulut. even tak nampak tapi yana dapat bayangkan.

5. bila orang keluar tempat exam awal.
'wah mesti pandai dia ni. siap cepat, sebab tu dia keluar awal. jelesnya..'
[gitula gayanya. padahal ntah orang tu tak dapat jawab,
dari dia sakit otak nengok soalan, baik dia keluar. kan]

6. bila orang sebelah tidur. orang depan takpe. diorang memang takkan berani nak tidur.
sebab belum sempat letak kepala atas meja, pemeriksa dah ketuk meja
'bangun! bangun! jangan tidur'

7. bila nengok orang sebelah, mintak buku jawapan lebih
sedangkan diri sendiri cukup hanya dengan satu buku jawapan.
'apalah diorang ni jawab'
[dan mula compare dengan jawapan sendiri,
kenapa boleh fit dalam satu buku jawapan je. ada yang tertinggal ke jawapan]


dan akhirnya, mula muhasabah diri bila frust dengan pancapaian diri sendiri.
kenapa la tak belajar betul-betul, dari awal lagi.
pastu mula berazam, sem depan nak study betul-betul.

sudah la. bak kata pepatah.
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

ok, done.
wassalam. :)



Wednesday, November 24, 2010

senaman mata,

assalamualaikum. salam sejahtera. readers stalkers. :)

belog yana says GOOD MORNING!.
dengan jayanya hari ni bangun pagi,
ehem sebelum ni bangun pagi jugak, takla sampai bangun petang kan. :p
cuma terlambat sikit la. hari ni je practise bangun awal sebab
biar esok otak tak terkejut bila nak pergi exam.
da terkejut nanti da ak dapat jawab exam.

yup! esok first paper yana.
APPROXIMATION THEORY atau dalam bahasa melayu nya TEORI PENGHAMPIRAN.
lusa second paper.
COMPLEX VARIABLE a.k.a PEMBOLEHUBAH KOMPLEKS.
doakan yana ye!. :)

disebabkan malas nak exercise yang melibatkan anggota kaki
contoh jogging,playing,cycling. T__T

jadi pagi ni jom kita buat senaman mata.
cuma yana plus senaman jari sebab nak taip. :D

jom! jom!.
jangan malu-malu.
jangan segan-segan.











picture biasalah. credit to cik google.

nak beg plastik camni boleh.
kreatif gile ok!.
haha
^.^

ok2. done.
wassalam.
:)


Tuesday, November 23, 2010

jawapan yang mintak penampar!.

huuui kasaq naa bunyi tajuk entry.
tapi kasaq kasaq dalam hati tetap ada taman naa.
:p

ini lah hasil-hasil bila godeh2 kat dalam lappy.
apa video yang masih dalam simpanan yang best.
tup2 nampak video ni. first time nengok
guling-guling macam tenggiling yana gelak.

sumpah!. terpikir nanti bila jadi cikgu nanti for sure,
mesti ada murid yang boleh buat jantung ada sakit. :D
video ni ambil dari miss zu. dia yang rajin cari mencari ni.
boleh buat calon menantu jugak nih. tehee! gurau ye zu~.
tanpa berceloteh panjang sila sila lah.
jangan malu-malu, jangan segan-segan.
*niat dihati taknak mengarang sepatah ayat. tapi terpaksa. =.='


video

credit to miss zu.









SANGAT KREATIP!.

sempat lagi lukis. not bad!. :p


giler sadis!.

credit to cik google.



wassalam~. :)


Sunday, November 21, 2010

hasil titik peluh yang tak seberapa.

assalamualaikum. salam sejahtera. readers stalkers.
terima kasih sebab sudi datang belog yana dan
tinggal jejak sepanjang tuan tanah kedaung
sedang menggoyangkan kaki di rumah menikma
ti cuti yang tak berpanjangan sebab nak kena naik balik untuk jawab exam.
hoo yeah!.

ok! amanat dari belog yana untuk siapa2 yang kena jawab exam lagi.
hah paling penting. untuk candidates SPM dan STPM 2010.
good luck okeh.

sebelum jawab tu bacala doa makan dulu.
hangguk mu!. baca la doa penerang hati.
supaya dilancarkan jawab semua soalan
dengan menggunakan ball pen biru atau hitam.
dan bukan jawab pakai liquid paper. T_T

*good luck ok adik!. :)


see, yana tak bagi idea suruh bawak toyol ok.
nanti dia curi duit orang sebelah pulak. :p


khas untuk semua yang baru nak start exam atau dah habis exam.
GOOD LUCK EXAM!.

sekali nengok cantik jugak hasil tangan aku.
dua kali nengok, eh eh macam nak pegi jual kuih la.
tiga kali nengok, eh eh tak nak nengok lagi la!. :p

wassalam. :)




Thursday, November 11, 2010

nota ringkas!.


assalamualaikum. salam sejahtera. readers n stalkers. :)

kali ni, taknak type panjang-panjang macam buat karangan
SPM dulu-dulu sampai 3 page kaw. cuma, nak tinggal nota
seringkas-ringkas alam. maaf, sebab buat anda sakit mata nak baca.
sebab yana pegang prinsip 'yang buruk itu seni'. jadi jika anda cakap nota ini buruk maknanya nota ini berseni dan seni itu cantik,
jadi kesimpulan nota ringkas ini cantik. =.='




footnote : jangan pandang rendah sebab tulisan yang dihasilkan macam cakar itik.
sebab memang sejak azali lagi itik ajar tulis sebab tu tulisan pun macam cakar dia. T__T

Monday, November 8, 2010

entry ketinggalan zaman~.

assalamualaikum. salam sejahtera. readers stalkers. :)

tiba-tiba nak review film tapi cerita lama-lama.
sebab tu dikatakan entry ketinggalan zaman. orang lain dah buat review
siap delete balik sebab dah kuno sangat tapi kaw baru nak buat.

T__T sobs sobs
sebab dulu-dulu time film keluar yana takde belog lagi.
masa tu still tulis dalam diary. diary yang siap ada kunci tu sebab takut orang baca.
tapi sekarang dah moden, mana ada pen segala, sekarang taip je kat keyboard.
agak-agak nak secret sangat bukak untuk invited je la.
atau delete je belog, kembali ke cara asal.
dear diary, today...

ouh lupa film review. ni atas pendapat yana.
dan yana bukan up to date sangat pasal film-film ni,
keluar je film nak pergi cinema cepat-cepat sebab nanti takut
orang cerita kita melopong sampai lalat masuk tak sedar. =.='
kadang-kadang jadi terlalu penyabar, ah! tak payah nengok kat cinema pun takpe,
time raya mesti tayang punya film2 ni. XD.

sebenarnya bukan film review sangat sebab malas nak cerita sinopsis segala.
nanti tak pasal ada tambahan mitos segala, padan muka. =.='
baik tak payah.

dan juga lebih kepada, film yang yana SUKA nengok.
kalau anda anda kamu kamu tak suka, tak mengapa, pandangan masing-masing.
citarasa pun berbeza. ada yang suka cerita ganas-ganas,
ada pulak yang suka cerita cintan-cintun yang sampai b
oleh tangkap leleh sampai boleh meleleh air liur dalam wayang.
tu la, masing-masing. :)

ok fine. ni dia kategori-kategori dia.

kategori kekeluargaan : PAPADOM.


2009. sumpah, tak menyesal nengok film ni kat wayang.
tak cukup nengok kat wayang, siap download kaw nyah.
untuk simpanan sendiri. cerita dia tak boring, sebab kelakar tapi nak ending tu agak sedih.
*10 kali nengok pun 10 kali nangis.
T__T rahsia bersama ok!.

kategori friendship : 3 idiots


ouh, cerita ni sangat disyorkan nengok ok!. tak menyesal sebab sangat best sangat. :)
dari 5 bintang yana bagi 4.49. ni campur, keluarga ada,
tapi main cerita berkisarkan friendship. ok, tanak cakap banyak-banyak,
korang g nengok dan feel sendiri betapa bestnya film ni.
yana tak reti jadi story teller ni,
mesti orang tertidur kalau dengar. -.-'


kategori cintan-cintun : Syurga Cinta


first nengok cerita ni kat UPSI, pastu bila balik johor,
keluar ngan member2 nengok wayang cerita ni, yana nengok gak buat kesekian kalinya. :)
pastu ambil ag kat membe untuk dibuat simpanan sendiri dan
tanpa jemu gak nengok sampai dah boleh ganti heliza
dalam cerita ni sebab dah hafal skrip dia.
=.='

kategori riang ria I: Spongebob Squarepants movie.


im a goofy goober yeay, u r goofy goober yeay, goofy goofy goober goober yeay!.
ok, da boleh ganti suara latar yang nyanyi lagu ni dalam film ni. =.='
tak payah cakap kan, da berapa kali yana nengok film ni sampai
lagu dalam tu pun dah boleh hafal. tapi setakat macam pantun
dua kerat budak 4 tahun pun boleh hafal.
T__T


kategori riang ria II : Geng Pengembaraan Bermula, Upin Ipin


'nama dia opet, dia bukan dari sini' 'hey ipin! sini mari'
ouh, hilang tension nengok cerita ni. rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak. :)

kategori ganas-ganas : Don


tipu je. takdelah ganas mana pun, cuma banyak sangat trick dan penipuan.
biasalah cerita hindustan. hehe :p
tapi cerita dia menarik. sampai yana pun tertipu jugak sebenarnya. =.='


ok, ni film lama-lama. sebab yang baru-baru takde lagi.

done2. wassalam.
:)


Sunday, November 7, 2010

apalah sangat harga TERIMA KASIH!

assalamualaikum. readers stalkers. :)

kiss n hug to belog yana sebab dah lebih 1440 minit = 24 jam = 1 hari
tak melawat belog sebab tiba-tiba cinta hati jantung penyebab online [WAYARLESS] takde.
yana kehilangan punca nak online. jadi simpan hasrat hati nak online, simpan rindu yang membuak-buak nak nengok belog. tak hupdate pun takpe. asalkan bukak laptop
dapat mengadap belog. ouh, nampak tak?, betapa yana rindu belog yana.
sobs sobs. sekarang dah boleh berjumpa seperti biasa.

rasa macam nak hantar surat jemputan kat sinar.fm untuk
membuat hebahan yang yana dah boleh bukak belog yana.
T__T

ringkasan bagi introduction :
rindu kat belog sebab tak boleh nak bukak sebab wayarless takde.

itu sahaja, tak payah nak pening kepala baca panjang-panjang putar belit macam ular sawa tapi hareemm tak faham apa yang disampaikan.

atas rasa kecintan kecintaan dan kerinduan dan juga atas rasa
kegeraman sebab wayarless tak dapat nak connect, yana letak
header belog sebagai background lappy. =.='

introduction dah. masuk isi-isi kandungan sekarang :

apalah sangat harga terima kasih. perlu berbayar?. alangkan anda anda kamu kamu
nak melepaskan hajat perlu berbayar. bukan sikit 50 sen lagi sekarang.
tu pun toilet cikai-cikai je. belum masuk toilet yang boleh guling-guling dalam tu.
ok, kena bayar pun sebab nak bagi gaji kat cleaner, sebab dia pun cari duit nak cari duit,
sara hidup. TERIMA KASIH. tanpa anda, anda anda kamu kamu
mesti tak selera nak lepaskan hajat kan. =.='


apalah sangat ucapkan terima kasih kat makhluk-makhluk yang sudah berjasa kat kita.
alangkan binatang dan pokok pandai bagi isyarat TERIMA KASIH. tapi bukan dengan perkataan. jika itu berlaku, mungkin anda sudah tiada lagi di dunia ini sebab mati terkejut.
jangankan anda mungkin yana akan terjoin sekali kot. T__T


inikan manusia, sangat mendahagakan kasih sayang, ouh bukan
perkataan TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH dengan cikgu-cikgi sebab sudi ajar kita.
TERIMA KASIH dengan mak abah sebab sudi bagi sokongan kat kita.
TERIMA KASIH dengan kawan-kawan sebab sudi jadi BFF kita ever!.
TERIMA KASIH kat makcik pakcik cafe sebab sudi masak untuk kita
walaupun kita bayar dengan harga yang kita boleh sumpah seranah belakang dia.
tapi apakan daya, perut dah lapar. dan berniat lepas ni sudah lah,
aku takkan jejakkan kaki kat cafe kaw!. T__T.
TERIMA KASIH kat pakcik makcik yang tolong bersihkan kolej.
mungkin senyuman sudah cukup untuk mengatakan 'mak cik TERIMA KASIH'.
TERIMA KASIH kat readers followers stalkers
sebab sudidatang singgah jalan2 ziarah belog yana
TERIMA KASIH itu TERIMA KASIH ini.
dan

TAK LUPA.
jika kita ditimapa musibah berTERIMA KASIH lah.
sebab ALLAH masih bersama dengan kamu. walaupun dengan cara yang
mungkin kita tak boleh terima. tapi siapalah kita nak tolak takdirNYA kan?.
ALLAH tidak akan menguji hambaNYAlebih dari kemampuan hambaNYA.
segala yang berlaku mungkin ada hikmah dan tauladan disebaliknya.

ALL IS WELL.
insyaAllah.
:)

rinkasan bagi isi-isi kandungan :
rajin-rajin cakap TERIMA KASIH.

penutup :

jom kita sama-sama belajar cakap terima kasih dalam pelbagai bahasa.
SELAMAT MENCUBA.

LanguageThank youPronunciation
Afrikaansdankiedahn-kee
Arabicshukranshoe-krahn
Australian Englishta (informal)
Chinese, Cantonesedo jehdaw-dyeh
Chinese, Mandarinxie xiesyeh-syeh
Czechdêkujideh-ku-yih
Danishtaktahg
Finnishkiitoskee-toas
Frenchmercimehr-see
Germandankedahn-kah
Greekefharistoef-har-rih-stowe
Hebrewtodatoh-dah
Hindi, Hindustanisukriashoo-kree-a
Indonesian/Malayanterima kasiht'ree-ma kas-seh
Italiangraziegra-see
Japanesearigatoahree-gah-tow
Koreankamsa hamnidakahm-sah=ham-nee-da
Norwegiantakktahk
Philippines (Tagalog)salamat posah-lah-maht poh
Polishdziekujedsyen-koo-yeh
Portugueseobrigadooh-bree-gah-doh
Russianspasibospah-see-boh
Spanishgraciasgra-see-us
Sri Lanka (Sinhak)istutiyisst-too-tee
Swahiliasanteah-sahn-teh
Swedishtacktahkk
Thaikawp-kun krap/ka'kowpkoom-krahp/khak
Turkishtesekkür ederimteh-sheh-kur=eh-deh-rim


wassalam
:)
Related Posts with Thumbnails