Wednesday, August 14, 2013

14 ogos 2013

assalamualaikum. salam sejahtera. :) 

ada apa tarikh 14.8.2013, takde apa2 pn. just nak tunjukkan tarikh diberi hidayah nak update belog. kihkih

so hi!
phew. betapa lamanya tak menulis dalam belog ni. banyak benda dah berlaku. terlalu banyak. 

so sekarang dah kerja. alhamdulillah, akhirnya dah kerja ikut aliran yang betul. bukan nak kata sebelum ni kerja aliran tak betul, i mean ikut kelulusan yang betul. sekarang ni nak dapat kerja pun dah payah. SPM orang dah macam tak nak nengok. diploma pun dah payah, apetah lagi yang ada degree. persaingan semakin hebat. life is a race!. :) even thousands of sperm racing to get an ovum. REMEMBER?. so adik-adik anak-anak, wake up!. kehidupan yang kita idamkan bukan dicapai bila kita goyang kaki. USAHA!. yes usaha. itu penting. 

nampak tak ciri2 kecikguan dah terserlah. membebel banyak. hihi 

  

inilah cikgu cikgi sekolah bacalah kat situ nama sekolahnya. tak ramai pun 18 ORANG JE. students pun total 88 ORANG JE. takut orang tak percaya capslock awal2. ye. sekolah pun comel secomel cikgu cikginya. hihi 

sekolah yang bakal berkhidmat untuk tahun-tahun mendatang. berapa tahun?. itu perancangan Allah. semoga Allah sentiasa tetapkan niat untuk mendidik bukan setakat mengajar anak-anak murid. amin, insyaAllah. 


dan ni gambar latest raya. SELAMAT HARI RAYA 1434H/2013.  :) 
MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

love. liyana. 

Friday, February 8, 2013

SEDERHANA!.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

hye!!. so, macam mana perjalanan hari ni?. ok ke ko?. 
[tiba2 terperasan ada dua maksud rupanya. OK ke KO?. atau ok ke kau?. 
sebab orang selalu shortfom kan kau = ko] ouh, yana masih berjalan dengan buat-buat lancar. 
means hidup yana sekarang nih macam duduk kat gua dengan berbekalkan makanan untuk setahun.
 terperap kat bilik dan biasanya destiasi utama tak ke kampus pergi cafe. belajar-belajar jugak, 
buat kerja buat kerja jugak, makan jangan tinggal u olls. sampai kadang-kadang terasa
 lebih banyak makan daripada buat kerja. adooii!

hari ni setelah minggu ke 9 ke 10 ke, dengan banyak pending assignment. pending chapter
 1 research, dapat lagi assignmet a.k.a kajian tindakan. gullpp. =.='

ok, berbalik kepada tajuk inspired by SOLUSI [ bulan ni punya edisi kot]

ada satu tajuk yang agak menarik perhatian "SEDERHANA DALAM KEBENCIAN"

so, ingin ditegaskan disini, hanya tajuk sahaja yang di'inspire'kan. 
apa yang isi kandungan yang yana tulis ni tak terkait dengan apa yang tertaip dalam majalah SOLUSI tu ye. 
[akceli, nak bagitahu je majalah tu yana selak2 je kat koop sementara nak tunggu bayar 
beli choki2 buat bekalan pergi kelas. selak muka surat dalam pun tak.] 
kesimpulannya, apa yang tertulis kat sini hanya melalui pendapat seorang insan
 gagah perkasa yang masih lagi cetek ilmunya. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. ” 


i) Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu 
sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.

ii) Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. 
Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia 
menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam 
perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.
iii) Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau 
tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau 
digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal. 
iv) Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila 
berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada 
di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut ( rujuk surah al-Furqan:67) 


ni sikit laa yang yana jumpa, tu pun ihsan google. cepat dan pantas. 
taip je apa yang kita nak, mesti keluar. tapi pandai-pandai cari la ye. 

so, islam menggalakkan bersederhana dalam kehidupan. sederhana ni mungkin akan 
melibatkan pelbagai aspek. contoh utama yang kita boleh nampak dalam perbelanjaan seharian.


"Dan jangan kamu berlebihlebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan." (al-An'am: 141) 

contoh, mementingkan keperluan dari kemahuan. jangan terlalu boros la senang cerita.
 lagi-lagi macam yana, PEREMPUAN nafsu banyak, akal satu. kadang-kadang benda 
yang kita anggap keperluan sebenarnya itu kemahuan kita sahaja. get it? get it?

ok, tu dari aspek sederhana dalam berbelanja. macam mana sederhana dalam kebencian.
 apatah lagi bila kebencian yang melampau. 

buruk padahnya bila kita membenci secara terlampau ni. kalau nak benci secara sederhana je lah ye. 
[ lagi bagus kalau tak payah nak benci sesama sendiri. kan lagi elok.] 
memelihara silaturrahim sesama manusia. 

kesimpulannya, tak banyak yang yana nak bagi idea. jadi beli sajalah majalah SOLUSI 
untuk cerita selanjutnya.. tehee~.


ok, done 
wassalam


hello hello

Assalamualaikum. ehem assalamualaikum.  

cuba nengok blog archive yana. 2009, 2010, 2011, 2012, 2013. dah masuk tahun kelima belog tapi post macam harammm. makin takde. makin tak wujud. tapi belog nak ada. at least tak macam noob sangat bila orang tanya kau ada belog?. dah tu tanya lagi soalan KAU TAU MARIA ELENA TU AKAK IPAR FATIN LIYANA? KAU TAU IRINE DAH PREGNANT? KAU TAU DENA DAH BERSALIN? KAU KENAL NISA KAY? ouh, diorang semua blogger terkenal. sebut nama boom kebaboom semua orang tau. 
cuba sebut kau kenal yana zuera. maunya bunyi cengkerik keluar.
 eh apa ni melalut ke laut. 

ok serius. buat blog bukan nak kejar glamour. buat blog, buat post ikut kualiti. bukan kuantiti. diorang terkenal sebab apa?. tanya diorang lah. maybe orang suka post ttg tips, review make up, review gadget terkini lagi sensasi. hak masing-masing. ada yang buat belog yang entah apa2 semata nak mencapub a.k.a MENCARI PUBLISITI. eheh over. sorry. 

selalu sangat bila dah lama tak update belog, lepas tu once dah start tulis, tak tau tujuan nak tulis apa. selalu. selalu sangat. macam sekarang lah. seolah-olah update belog ni macam melepas batuk di tangga. tak bersungguh sungguh. at least terupdate jugak lah belog ni. macam tu lah.

ok lah. sebelum tadi dah ke laut sekarang ke langit pulak. better stop. 
so. ok. 
bye. 
wassalam!. :) 


Related Posts with Thumbnails