Friday, November 18, 2011

manusia memang ada beribu bagai alasan kan?.

assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. :)

pheww hari ni terbuka jugak hati nak update entry baru. 
setelah sekian lamanya diabaikan dan terabai dan sengaja diabaikan. =.=' 
tak tau kenapa semenjak demenjak ni malass sangat nak update entry baru. 
maybe sibuk dengan kerja-kerja dunia yang sama tinggi dengan gunung kinabalu mungkin. 
tapi tapi kalau kata kerja banyak siap sebelum due date tak lah jugak, 
kadang-kadang last minute kerja eh eh pembetulan bukan kadang-kadang tapi selalunya. 
yup SELALUNYA. pastu mulalah tidur lambat tension bagai and
 baru aku tahu apa itu erti penyesalan. nampak tak kerja yang banyak 
dijadikan alasan kenapa tak update belog kan?.

lepas tu, bila buat kerja mesti kena bukak lappy sebab kononnya nak 
connect internet sebab nak cari bahan, tapi bila dah connect apa laman sosial yang bukak dulu?. 
kalau bukan facebook, twitter, atau tonton sebab nak nengok episod the latest kat tv. 
yup, thats me!. lepas tu, bila dah bukak benda2 alah tu kalau tak mengadap 2 jam memang tak sah,
 pastu baru terhegeh-hegeh nak cari bahan tapi tu semua dusta bila cari bahan hanya 
bertahan 15 minit pastu bukak balik benda2 alah tu. =.='
lagi bila cerita sedih, tiba-tiba wifi tak boleh connect dan mulalah gelabah nak 
siap kan kerja-kerja dunia tu. bila tak siap, apa alasan kau?. internet tak dapat. kesian. =.='

bila lecture, lecturer bagi kerja-kerja dunia ni, mula kau merungut merintih 
menangis meraung tak nak buat, kau bagi alasan kerja lain banyak, tapi ada dia simpati, 
ada dia tarik balik kerja-kerja yg dia bagi tu. memang TAK, 
cuma dia boleh consider hantar lambat atau cepat. tapi apa nak buat, 
tu semua pengukur untuk dia nak bagi markah dunia kat kita.

hidup ni penuh dengan alasan kan, kita sentiasa mencipta alasan. 
pelbagai macam alasan. atas alasan nak lepas diri dari sesuatu. 


orang yang suka mencari alasan adalah orang yang bodoh. (sha'rani, 2011).
 ouh dia GPK kat sekolah masa yana praktikal dulu. terngiang-ngiang lagi masa dia cakap.
dan lepas tu, kat sekolah yana belajar untuk kurangkan mereka alasan lagi-lagi alasan
 yang tak masuk akal. dan sebab cara dia tegur tu lah, buatkan yana lebih pengecut untuk bersuara. 
maybe. tamparan yang hebat. dan sebab tu lah yana belajar untuk menerima semua benda. 
[pastu bebel tak tentu pasal =.='] 

ouh ok lah, setakat ni luahan mungkin teguran mungkin sindiran, tapi jangan risau, 
semua ni adalah teguran atau sindiran untuk diri sendiri. 
diri sendiri yang banyak khilaf. 

ok done. wassalam :)

Thursday, September 15, 2011

segalanya bermula dari kasut!.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

sebelum kita pergi ke introduction yang mungkin akan merepek jauh,
 yana nak mengucapkan selamat hari malaysia enambelasharibulanseptemberduaribusebelas (16/9/2011). 
kita beruntung duduk di negara Malaysia yang super duper aman 
dan penuh dengan adat dan budaya. 
*tapi tak semua transformasi boleh buat rakyat sejahtera kan?. 
ok iklan. :) 

so sekarang ni terlalu banyak transformasi. cukuplah dari kecik 
memang siapa yang lahir tahun 198* macam dah termaktub untuk 
jadi bahan ujikaji untuk eksperimen. started first year PMR paper 
science ada paper 1 and paper 2. pastu last year mathematics dalam 
bahasa malaysia. masa tu dah macam ohh lega dia tak start ngan 
batch yana. tapi kelegaan tu tak lama bila masuk matrik semua 
tu dah bertukar bila kena belajar dalam english. =.='
 pastu bila masuk u, lagi sekali bila first batch yang dia 
tukar nama subjek, subjek baru, pastu first batch yang praktikal 7 
banding ngan sebelum ni sem 8. okay pasrah.
 ALLAH maha mengetahui. :)

eh eh kan dah melayang2 dah intro nih. 

ok, pernah dengar bila orang cakap kasut akan melambangkan 
segalanya-galanya. bermula dengan dengan cara kita berjalan, 
cara kita bercakap, cara kita communicate dengan orang sekeliling, 
dan macam-macam. dan semua bermula dari kasut.

okey ini semua bergantung kepada diri sendiri sebenarnya.
 keyakinan masing-masing. yeah we are talking about confidence. 
bila dah setinggi ke awan confidence anda, pakai kasut apa-apa pun
 tak akan menggugat keyakinan anda. 

contoh lagi bila anda pakai kasut ikut tempat, kasut tu akan 
mempengaruhi cara jalan kita. 
contoh : bila ke majlis makan malam kolej, kos or etc 
kasut yang dipakai haruslah macam wedges atau heels 
atau flat pun boleh. ikut keyakinan. 
jangan lahh pakai selipar jepun atau kasut buaya[crocs], 
macam tak sesuai gituu. ;p 

okey, bila pakai FLAT SHOES, pergerakan kita akan lebih aktif. 
sebab flat nampak lebih ringkas dan nampak proaktif sebab akan 
membuatkan pemakainya akan berasa selesa sebab kurang 
constraint yang mempengaruhi. banyak betul sebab. >.< 
contoh constraint adalah kasut flat takde tumit. :p
 ia lebih sesuai untuk kestabilan yang maksimum. :) 


flat #iklan


flat shoes 

WEDGES, for the first timer nak pakai kasut yang membantu 
tumbesaran ketinggian yang palsu, boleh try wedges sebelum anda 
nak melangkah ke kasut yang jenis heels. sebab?. okey sebab 
wedges lebih stabil dari heels. dari luaran pun kita dah nampak kan. 
tapak dia yang bersambung [apa-apalah] akan membantu anda 
untuk berjalan dengan lebih yakin.  


cheezy wedges


wedges

ni dari segi physics. ingat keyhepsi je ke ada wedges hah?. 


Wedges


A wedge is a simple machine that increases force by reducing the area. The blade of an axe is an example of a wedge. When the blade of an axe is swung into a log, the force of the swing is transferred into the wood. Although the movement of the splitting wood is smaller than the distance that the blade moved, the force is greater.



next HEELS, kalau kasut yang jenis ni memang perlu keyakinan 
yang tinggi dan praktis yang super duper maksimum. alang model pun
 boleh jatuh time catwalk inikan pulak orang yang baru 
pandai nak pakai kan. takpe practices make perfect!. 
so kalau pakai heels, kita akan berjalan lebih sopan santun kan?. 
ye lah terasa macam perempuan melayu terakhir kan 
bila dapat pakai heels. sebab kestabilan badan
 dan kasut memerlukan kita lebih berhemah 
dalam cara perjalanan kita. 


T.T


black stiletto heels


okay, sebenarnya kalau kita dah confidence pakai apa-apa pun
 tak akan memperngaruhi attitude kita kan. 

wassalam. :)


Tuesday, September 13, 2011

update terbaru setelah sekian lama belog diabaikan.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

setelah sekian lama belog diabaikan. seolah-olah tuan punya belog sengkek idea nak update
atau mempunyai tahap kemalasan yang melambung-lambung. ye lah, ngaku lah memang malas nak update,
tpi tak delah malas sngt sebab kalau online memang tak pernah ketinggalan bukak dashboard belog,
 nengok hupdate terbaru kawan-kawan blogger. ok lah tu kan, at least rajin la
jgak nak melawat-melawat belog orang. :) 

oke, nama pun belog peribadi kan, so tidak ketinggalan untuk bagitau
awak awak semua apa hupdate terbaru yana. :)
first offf allll. yana dah habis praktikal.

kisah dah habis praktikal [dah basi] :

so sekarang dah pun habis praktikal. yeayy!. dua entry yg lepas pun entry pasal praktikal jgak.
bulan jun, baru msuk sekolah, bulan julai, keadaan kat sekolah. setiap bulan satu entry je tuh.
nak buat macam mna dah super duper malas plus preparation mengajar yg perlu dibuat.
dan sebab tulah belog pun super duper diabaikan. sebab bagi sepenuh tumpuan kat praktikal.
 so last day dua puluh enam haribulan lapan tahun dua ribu sebelas
(26/8/2011 *rajin bebeno nak tulis dlam perkataan, takde keje leteww),
perasaan sedih, gembira, terkilan, gembira, dan gembira. gembira, gembira dan gembira lagi
sebab dah habis praktikal. terkilan sebab ada benda yang sempat nak buat. berangan banyak,
tapi sikit je yg sempat nak buat. =.=' sedih sebab dah tak dpat jumpa anak2 murid lagi yang
super duper gila gila, sporting, pelakon terhebat
[kalau ada kuasa nak bagi pelakon terbaik, memang nak bagi lah sorang satu. hehe *peace u'all].


cikgu liyana


4 arif


4 wawasan


4 wawasan


#iklan : bila mak nengok gambar ni "eeh gatal nya cikgu ni. =.=' "

*TAMMAT*

kisah raya [basi sikit] :

raya yang ke duapuluhdua tahun. seriously takde feel. sampai aidiladha dengan aidilfitri
pun tak reti nek beza dah. bebal tahap rendah lagi. baju raya pakai baju yang masa kak long kawen.
 kasut raya, recycle tahun lepas punya. tudung raya, pakai tdung yang dah beli berabad lama
 tapi tak pernah pakai. kira baru lagi la kan. beg tangan raya, pakai je beg tangan apa yang ada.
perhiasan, em cukup lah apa yang ada, banyak2 nanti serabut.
kira ni memang betul bersederhana dalam perayaan. :D


ni je gambar yang ada. =.='
yang lain tak amek lagi.

*TAMMAT*

 p/s: SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. :)

kisah merdeka [ok lagi lah] :

selamat hari kemerdekaan yang ke 54. 
1MALAYSIA, TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA. 
proud to be malaysians! :)


*TAMMAT*

kisah naik sekolah [fresh from oven] :

dah mula sekolah. :) yeay!. dapat jumpa kawan-kawan kecintaan!.
tapi part yang tak best bila rumate since year 2 tiba2 tak jadi rumate
lagi bila sampai sem yang terakhir. SADIS. siapa yang sakit mata pandang
 bila kitorang asik berkepit je, sekarang dah boleh tepuk tangan
 laju-laju bila kitorang dah tak rumate. =.='


rumate a.k.a BFF!

tapi apakan daya, kita ada perancang yang maha hebat. maha berkuasa,
 siapa kita hamba yang hina untuk menidakkan takdir-NYA.
just follow the flow. DIA maha tahu apa yang dia rancang.
ALHAMDULILLAH
sekarang dah SUPER SENIOR. [jalan mestilah hidung ke atas. tangan hayun 45 darjah. kerek. =.=' ]
so bila dah super senior, yeay!dah nak habis belajar.
doakan semoga semester baru biar lebih gempak, dan boleh grad tepat masa. insyaAllah.




ok. done.
wassalam :)




Friday, July 22, 2011

entry pertama bulan julai 2011. =.='

assalamualaikum. salam sejahtera. 

err berjumpa lagi selepas sebulan jugak tak hupdate. kesian. =.=' 
tiap2 bulan hupdate nya cuman satu!. macam mana nak maju ke depan. :')

so kehidupan sekarang, macam biasa. pergi sekolah. balik sekolah. tidur.
 bangun. buat rancangan pengajaran harian sambil silang kaki [maklumla dah pro sangat. eceh meluat.]. 
dah siap, keluar fotostat latihan. balik pergi makan. balik rumah iron baju. tidur. 
sampai hari jumaat kemas baju cabut balik rumah. 

memandangkan minggu ni tak balik. sebab mak kata TAK PAYAH. balik je terus minggu depan. 
awal puasa. sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, yana akur. [meluat lagi]

so sekarang ni tambah tolak tinggal 22 hari tak termasuk sabtu ahad nak habis dah praktikal. 
pejam tidur celik bangun pergi sekolah rupanya dah nak habis praktikal. 
baru praktikal dah rasa macam nak maut. belum jadi cikgu betul lagi. nak kena kerja sampai 
umur 50++ [kalau dipanjangkan umur]. fuhhh dasiaaat a.k.a dasyat. 

semenjak masuk sekolah ni, yana mengamalkan dasar 
'kalau berkata biar berpada, silap langkah buruk padahnya' 
dan dasar kedua 
 'jangan senang letak kepercayaan kat orang, sekalipun dah percaya letak sikit sikap ragu2'
sebab musabab kenapa sekarang ni yana mengamalkan dasar ni eh biarlah rahsia. 
eceh [kali ketiga meluat] 

em dah sebulan tak taip. tangan pun dah lama tak senam. patut lah cincin murah ni macam ketat. 
rasa macam kekok. takde idea nak tulis. eh im soorrry terpaksa baca post merepek lagi meraban. 

ok done. doa la yana taip entry baru kurang dari sebulan eh!. 
hehe ok chow!.

wassalam. :)

Friday, June 24, 2011

kesian belog ni lah.

assalamualaikum. salam sejahtera.

eh kesian. kesian. tiap kali nak update mesti dapat ilham sebulan lepas tu.
 kesian gila kau belog. terabai. tebiar. dibiarkan. diabaikan.  =.='
nak buat macam mana. kau kena faham ye belog. 

so pejam celik. pejam celik. dah 5 minggu yana praktikum. so 9 weeks to go!.
 nati pejam celik pejam celik lagi, eh da habis rupanya praktikal aku ni. :) 

macam-macam benda nak story nih sebenarnya. first experience masuk sekolah. 
first experience kerja even takde gaji. first experience masuk kelas, eh tak second experience
 tapi tu pun macam membantu celah gigi je.ye la, sekolah lain2. pentadbiran lain2. students pun lain2. 

sekolah pun still ok. walaupun kadang-kadang tu nampak jugak la diskriminasi
 terhadap spesis cikgu-cikgu praktikum ni. tapi ape de hal. buat kerja masing-masing sudah. 
asal tak kacau orang. ye dok?.

tak tahulah muka yana ni awet muda sangat ke. dah berapa kali jugak la,
 orang  a.k.a stuedents tak tau yang yana ni cikgu. jom layan cerita yang berkaitan. 

1) hari pertama masuk sekolah. jalan terkedek-kedek. eh mana la pejabat ni. 
tiba-tiba ada cikgu panggil 

cikgu :"eh awak nak pergi mana?." 
yana : "pejabat kat mana cikgu?"
 [macam tak menjawab soalan. orang tanya nak pergi mana, boleh tanya balik pejabat kat mana, 
so ini dinamakan jawapan 2 in 1] 
cikgu : "sebelah sana tu. awak ni nak daftar form 6 ke?."
umi : " eh takla cikgu. ktorang nak lapor diri cikgu praktikal"
cikgu : "ouh. cikgu straight je jalan ni, bangunan belakang tu pejabat dia."
yana : " terima kasih cikgu"

2) pergi asrama untuk kenalkan diri sebagai warden sementara yang tak duduk kat asrama.
 sembahyang maghrib ngan isya' dengan semua aspuri. dah sembahyang semua, perkenalkan diri. 

yana : " ok nama saya bla. bla. bla terima kasih "
pastu ada lah sorang aspuri tu. " cikgu cikgu bla bla bla "
yana : " bla bla bla "
aspuri " TAPI KAK, EH CIKGU bla bla bla "
yana : hehehe

3) kat sekolah hari rabu kan hari koko. students semua wajib pakai pakaian unit beruniform.
 so cikgu pun tak terkecuali. memandangkan dulu kat upsi kelana siswa a.k.a pengakap, 
yana pakai je la baju tu bila hari rabu. memandangkan lagi yana, umi ngan pe'ah ialah 
cikgu pusat sumber yang berjaya, so mana-mana waktu yang free takde kelas, kitorang pergi library. 
buat kerja-kerja yang berfaedah. key-in buku baru. sampul buku. buat tetulang buku.

eh panjang pulak intro nya. pendekkan cerita. masa tu yana tengah buat tetulang buku kat meja utama, 
umi ngan peah nga key-in buku baru. kedudukan diorang membelakangkan yana. 
tiba-tiba ada student datang :

student : "salam KAK, saya nak pinjam buku ni boleh?."
yana : terpinga-pinga " ouh, bawak kad tak?"
student : " bla bla bla" 
[maybe student ni ingat yana ni form 6 ke form 5 ke kan. ahaks MUDA]

kesimpulan, bila dah jadi cikgu ni kena behave lebih. nanti bila dah duduk tengah-tengah student 
dah tak nampak mana satu cikgu. mana satu murid. 

so, sekarang dah start sesi pembelajaran dan pengajaran. da start mengajar la maksudnya. 
tak cukup tangan rasanya. kalau kaki ngan tangan boleh buat kerja serentak kan best.
 eh tu kalau la. kalau. 
biasala kalau dah nama tengah pelatih, kalau boleh semua kerja nak bagi. 
memang diorang tahu kitorang takkan menolak kerja. 
pantang nampak muka

 "eh awak praktikal smpai bila?."
 yana : " sampai bulan 8 cikgu" . 
"ouh sempat lagi ni. boleh mintak tolong  bla bla bla"  

eh ni ayat manis lagi oke. nak yang masin macam ni hah 
"ouh, sempat ni boleh gunakan lagi"

eh takpe2. yana tak mengungkit. kan ni semua pengalaman. 
sampai bila nak dimanjakan. pengalaman mengajar erti hidup kan?.

so just stay positive. buat apa2 kerja mesti ikhlas. sebab kan ALLAH ad. ALLAH tahu segalaNYA.
 DIA takkan uji kita kalau dia tahu kita memang tak mampu. so, sebagai umatNYA ,
 stay strong. dunia ni luas. yang yana baru rasa ni 
BARU CELAH GIGI. [tak habis2 celah gigi] 


ok. done for now. 
jumpa lagi. lagi sebulan la nampak gayanya. hahah
wassalam. :)

Monday, May 23, 2011

rekod paling lama tak update : sebulan. =.='

assalamualaikum. salam sejahtera.

ok, sedar tak sedar dah masuk minggu ke tiga praktikal. macam mana?. 
ouh cuma satu perkataan : EXHAUSTED
sedar tak sedar lagi dah sebulan tak update belog. kesian kau belog dapat tuan 
macam aku super busy + berodband  pun pinjam kawan + sendiri punya 
dah masuk tong sampah kat mana. kesian nak beli berkira. 
sekrang macam priceless dah. -.-'

FYI lagi, dari hari tu renovation tak siap lagi. eh tak siap sepenuhnya lagi. 
macam benda yang kecik2. memang tak sempat la kau nak siapkan. 
dengan exam pastu tak sempat nak guling-guling kat rumah dah kena start praktikal. 

hah time praktikal pulak, first week dah macam-macam hal. horrible gile. 
gile pun tak macam tu. masuk2 dah buat sejarah. ok lah, malas nak ingat. 
bila ingat balik rasa macam nak tukar tempat praktikal. 

so bila first week dah tinggalkan parut, tak nak lah tanggapan orang just sama je kan. 
liyana can do better la!. :D 

dah lama tak update rasa macam kekok pulak nak taip panjang2. ^^

ok2 lah, its done for now. 
jangan lupa doakan liyana berjaya dalam praktikal ye. 
ouh lupa nak bagitau, i buat praktikal kat SMK Tun Perak, Muar. 

ok bye.
wassalam. :)

Wednesday, April 20, 2011

under renovation.

assalamualaikum. salam sejahtera. :) 

eceh title macam nak renovate rumah bagai. padehal nak renovate belog je pun. T.T

so saya liyana nazurah binti jaffar nak umumkan, belog ini akan ditutup sementara untuk proses 
renovasi. sebarang belogwalking, follow memfollow balik akan dilakukan
 selepas proses renovasi lah yek. ^^,

biar la macam surprise sikit. biar sikit je. takpe lah. dengan kudrat 
10 jari 2 tangan dan otak package dengan akal insyaAllah akan dilaksanakan 
jugak renovasi nih walaupun tengah demam final exam. takpe kejap je. 

actually nak bagitau, belog nih baru je lepas birthday die. 2 tahun dah die. alololo. 

so macam nak bagi sedap mata pendatang yang sudi mendatang ke belog ini,
 yana buat keputusan untuk renovate belog ni!. nak bagi hadiah kat follower,
 maklumlah poket kering. =.=' 

ni jelah cara yang terbaik. ececeh. T.T 

ok2. done!. 
wassalam.
:)

Thursday, April 7, 2011

Yuyu Zulaikha- Ferrero Random GiveAway



eh pirst time feeling2 join giveaway ni. kesian. =.='

ok, bak kata yuyu alang-alang dah tulis entry biar sampai ke pangkal lengan. nak 
letak header besar-besar tapi takde tulisan. macam lagu takde irama. hah betul kan
. irama dan lagu tak dapat dipisahkan. macam kat belog jugak gambar dan 
tulisan kena sentiasa bersaing. eceh =.='

yana baru baru2 jugak melawat belog dia. so first impression yana ingat dia still sekolah.
 SORRY!. ye lah diskriminasi kat orang-orang yang badan kecik ni kan.
 =.='
 tiba-tiba bila dengar nama YUYU tu teringat masa kecik-kecik.
orang panggil yuyu jugak. tapi sekarang tinggal akak je yng panggil yana yuyu. 

so, bila dah melawat belog dia terus follow sebab entry dia best. tak sekema sangat. 
merepek-merepek. hehe BEST. takde lah rasa macam baca
 nota nak exam bila melawat belog dia. tehee!.

conclusion siapa2 yang nak join boleh click kat link diatas. :) 

selamat mencuba nasib. haha 

done!.
wassalam. :)

Monday, April 4, 2011

couple : apa pendapat anda?.

assalamualaikum. salam sejahtera. 

hye bertemu kembali, kali ni eceh laju je nak hupdate. :D so topik kita pada hari ni ialah COUPLE.
 mengikut kamus dewan edisi ke berapa ntah yang yana rujuk 5 tahun lalu, 
COUPLE bermaksud pasangan. pasangan pula terbahagi mengikut beberapa kategori seperti 
pasangan married, pasangan belum married 
[sumber : LIYANA NAZURAH] terima kasih. 

so, hari ni couple yang yana nak tekankan disini ialah macam kat dalam facebook iaitu
 'IN RELATIONSHIP WITH....'. ingin ditekankan lagi yana bukan lah seorang yang 
pandang serong kepada couple2 ni. malah malah yana cukup bahagia dan doakan
 semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. tapi yang membuatkan mulut yana tak berhenti mengumpat
 [see, ketara sangat kan yana bukan baik sangat pun] 
ialah bila COUPLE YANG OBER[over]

couple yang ober bermaksud couple yang perasan macam dah kahwin tapi beza belum duduk sekali la.
 ikut cakap pakwe dia seratus peratus. nak keluar mintak izin, kalau tak bagi duduk rumah diam diam.
 pastu ikut cakap pakwe dia. pakwe kata duduk dia duduk, pakwe kata jaga batasan dia jaga,
 pakwe kata jangan cakap dengan lelaki bukan muhrim [wadepak]. 
kau dah muhrim ke dengan makwe kau yang masih berstatus in relationship. bukan married.
[sumber : LIYANA NAZURAH]

opss terober pulak. yana cuma cakap mengikut apa yang yana nengok,
 apa yang yana perhatikan. lupa pulak yana kan suka stalk orang. hahaha 

ok serius. yana bukan lah seorang yang anti-couple, nengok orang couple terus naik menyampah
, terus nak cop jahat lah apa lah. yana pun still cetek, still belajar banyak benda. 
senang cerita masih jahil lagi.ALLAHUAKBAR. 
banyak ilmu yang perlu yana belajar lagi. 

ni nak share sikit ade note kat facebook yana pernah terbaca, tapi yana just baca je,
cari balik dah tak jumpa .=.=' ni dah diolah sendiri oleh yana la. 

..................................................................

ada tiga orang sahabat siti, ahmad dan muhammad. mereka berkawan baik, tetapi dalam diam ahmad menaruh harapan kepada siti. dan ahmad bertuah kerana siti pun menyimpan perasaan yang sama. mula lah sesi perkenalan mereka dan mereka memutuskan untuk mengisytiharkan bahawa mereka bercouple. tetapi couple mereka ialah secara islamik. bukan macam couple lain keluar nengok wayang pegang-pegang tangan. keluar jalan-jalan makan-makan. tetapi mereka keluar berdua untuk bertadarrus, saling mengingatkan tentang islam, saling menolong antara satu sama lain. keluar takde pakai baju biasa-biasa, siti akan pakai jubah, tudung labuh, ahmad pulak pakai kopiah. pada suatu hari sedang mereka duduk bertadarrus, sahabat mereka muhammad datang kepada mereka. setelah berbasi-basa muhammad menceritakan sebuah cerita 

"aku ni mualaf. baru masuk islam. dulu masa sebelum masuk islam makanan kegemaran aku hari-hari ialah babi. kalau dalam satu hari tu aku tak makan babi tak sah. tapi sejak aku masuk islam nih aku dah tak boleh makan, sebab islam melarang umatnya makan babi. tapi pernah jugak aku terfikir kalau babi ni islam mesti aku boleh makan. pastu aku start aku punya rancangan iaitu islamkan babi. aku beli sekor anak babi, aku ajar dia ucap syahadah, aku dengarkan dia ayat-ayat al-Quran. aku tunjuk dia macam mana nak sembahyang. pastu dia dah besar, aku rasa dah tiba masanya babi ni untuk dikorbankan. aku sembelih dia ikut cara islam. aku masak macam dulu. makanan kegemaran aku. aku ajak jiran-jiran sebelah dan aku pesan kat diorang 'JANGAN RISAU SAYA DAH ISLAMKAN BABI NI'. "

.......................................................................................................

sentap mak nak. =.='

so dalam konteks bercouple ni. yana search-search macam-macam pendapat orang. 
pendapat yana?. errr tekedu mak.

ok2 lah, pendapat yana lah kan kalau nak bercouple ni ingat-ingat lah ALLAH. 
anggap kalau kita ni perempuan dah diutuskan untuk jadi tulang rusuk kiri seorang lelaki insyaAllah, 
tak kan kemana jodoh kita tu. 

cuma berbulu sikit la mata ni bila bercouple bahasa kan diri papa mama, b bb, apa ingat blakcberry.
 kalau diam-diam takpe lah kan, ni tak kat orang ramai panggil papa papa! mama mama!. ewww!.
 [p/s : abah yana nak panggil mak yana 'ayang' depan anak-anak
 dia pun malu tau(kadang-kadang je telepas)] 

huh panjang sebenarnya kan explain pasal benda-benda ni. ekceli ni bukan untuk mengkondem 
orang yang sedang ber relationship atau nak nak cakap yang yana anti-copule. 
NO!. sekadar untuk peringatan diri sendiri. 

so kat sini ada beberapa pendapat mengenai topik nih. boleh la ushar-ushar. 
hep hep hamboi, nak lagi pegi tanya cik google!.


sekian,
WASSALAM.

Saturday, April 2, 2011

saya ada kerana kamu!

assalamualaikum. salam sejahtera.

jangan ditanya mengapa dan bagaimana yana dah jarang update belog sekarang.
 sebab sebab em sebab memang jarang hupdate lah sekarang. kesuntukan masa kot. 
tak cukup tangan dengan assignmentSS, research projectSS. grr semua nak plural plural.
 takdenya singular singular ni. pfft.

sedar tak sedar jugak dah nak expired dah jawatan yana. dah tiba masa cari orang 
baru pelapis untuk next session pulak. entah yana pikul tanggungjawab ni baik ke tak 
yana pun tak tau. takpe memang yana rela hati nak pikul tanggungjawab ni.
 kalau tak sempurna sekalipun, itu urusan Allah.

so, setakat ni tinggal program untuk ANNUAL DINNER BLOK. hoyeah!. 
tak sabar sebab aktiviti utama makan minum dan makan dan minum lagi. tapi tak cari baju lagi, 
baru excited weekend ni nak pergi survey2 baju tapi malang menimpa. 
sudah jatuh, tergolek-golek lagi. adeh adeh.

ok sebenarnya nak cakap, cukup lah tu kan introduction. kita masuk ke isi-isi penting.

firstly, terima kasih. secondly, terima kasih. thirdly, terima kasih.

ok dah siap! bye!. 
[agak2 nak sepak tak kalau yana just stop je sampai sini, 
ok tak yah jawab, yana tau dah jawapan die]

ok2 firstly terima kasih sebab bagi kepercayaan kat yana untuk pegang 
segala jawatan selama 2 sem ni. banyak dah yang yana belajar. tapi tu pun tak cukup sebenarnya. 
even even yana bukan buat kerja sebaik mungkin pun tapi still percaya jugak kat yana. 
ok terima kasih yang pertama.

secondly, terima kasih sebab sokong yana bila buat program. eh satu program je pun. 
explorasi gua tempurung. even macam tak seperfect mana tapi yana still
 anggap program ni berjalan dengan lancar. walau ada rintangan dan halangan 
tapi program tetap mantopp!. dan  dan walaupun yana bukanlah ketua yang begitu prihatin,
 ketua yang bertanggungjawab sangat, ahh kalau nak dikira tak cukup satu hari tapi yana
 cuma nak cakap adanya kalian2 yana cukup bertuah!. terima kasih.


thirdly terima kasih, terima kasih kat semua-semua yang dah bekerjasama ngan yana.
 yana tau kadang-kadang tu malas lebih menguasai diri tapi kalian semua tetap bertahan. 
ouh terharu taip entry nih. rasa macam nak menangis tapi cukup-cukup lah mata sedang 
membengkak sekarang nih yana tahankan je nak nangis tuh. =.=' rasanya kalau diberi 
peluang lagi yana takkan menyesal terima jika ada kalian lagi. 
bertambah lah terharu!. 


BAHAGIAN PRODUKSI DAN MEDIA
TEMASYA SUKAN TAHUNAN ANTARA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

 duduk kat belakang dari kiri : ammar, atiqah sya, k.liza, efa, dan azim
duduk ayu bersimpuh kat depan dari kiri : umi, yana dan zyla.

[p/s : nak cakap depan2 malu, cakap kat belog je la 
"KORANG MEMANG AWESOME TAU!."]


trademark efa. tudung pink paling kiri tu. peace kat pipi. 


ouh gambar senget. dah tak yah cakap apa2.

pic source : zyla ali hussein
 untuk entry yang berkaitan boleh melawat sini. 


 pic source : ammar. tenkiu!.


EXPLORASI GUA TEMPURUNG






 PROGRAM MENJELAJAHI MINDA MENYELUSURI ILMU 



 PROGRAM HARI INTEGRASI BLOK B




so, conclusion terima kasih kat semua yang terima yana seadanya!. 
korang memang TERBAIK.
WE BORN TO BE BRILLIANT!


TERIMA KASIH!.

SEKIAN.
WASSALAM.
:)





Wednesday, March 23, 2011

"mak, angah dapat 2A je"

assalamualaikum. salam sejahtera. 

panggilan telefon dari mak 

mak : "k.ngah dapat brapa?."
yana : "2A je mak"
[terdengar suara dari belakang "nak belajar mana la tu dapat 2A je".]
mak : "ouh, ok la tuh. apa yg A?"
yana : "math add math"
mak : "lagi satu ap?"
yana : "math"
mak : "ye la math dengan ap td?"
yana : "add math"
mak : "hah?. matematik tambahan?."
yana : "a'ah"
mak : "ouh, abes subjek lain2 dapat apa?"
yana : "B ngn C"
mak : "ouh, takpe lah. nanti jumpa kat umah"
yana : "ok, bye. assamualaikum"
mak : "wa'alaikumsalam"

tapi dalam hati ALLAH je yang tahu. tersangat sedih kecewa. lagi sedih bila balik 
rumah mak cerita anak orang ni dapat 9A, anak orang tu dapat 8A, anak jiran sebelah dapat straight A.
 yana memang hanya mampu tersenyum. macam nak putarkan masa supaya boleh belaja jawab 
SPM betul2, tapi yana sedar tu semua dah terlambat kan. nak bunuh diri, 
yana ada agama yang ajar bunuh diri tu berdosa besar. 
apa yang yana boleh buat sabar dan sabar. 

segala macam institut yana apply, tapi awam je la, apply sana sini, 
sampai macam dah putus harapan. 
nak daftar je kat sekolah menengah sambung form 6.
 kecewa tu still menebal jugak.

pastu keputusan matrik keluar, yana pergi check kat cc ngan abah, 
sebab mak yang beriya-iya suruh pergi nengok, walau dalam hati kuat mengatakan 
alah mak, ada apa 2A ni orang nak panggil masuk matrik. 
dulu buta IT, cek2 klik2 tak jumpa mana nak semak whether dapat ke tak.
 last2 kuciwa balik rumah, cakap ngan mak tak jumpa. 

lepas tu, mak tak puas hati telefon jiran sebelah, mintak tolong anak dia punya kawan cek kan. 
cek punya cek, yana diterima masuk. masa tu tak tau nak cakap apa.
esoknya, mak macam tak puas hati pergi cek kat ofis pulak, siap print bagai nanti balik rumah
 boleh tunjuk bukti kat yana. sampai kat rumah memang 
yes! yana dapat masuk matrik setahun,aliran sains, 

seminggu pastu dapat surat, setel2kan surat mintak cop, mintak sign. SETEL. 
time daftar pulak, ramai budak sekolah dapat sambung kat matrik jugak!. lagi lah teruja.

seminggu da duduk kat matrik, rasa teruja, seronok, mak call:

mak : bla bla bla [intro]
mak : "k.ngah ni ada srat. k.ngah dapat poli"
yana : "ye ke?. poli mana?"
mak : "poli muadzam shah"
yana : "kat mana tu?." [nampak sangat gila fail peta]
mak : "pahang ngah oi"
yana : "hehe ouh. kos ape mak?"
mak : "entah diet pmakann kot ni"
yana : "ouh, ha ye lah. kos yang angah mintak tu"
mak : "ouh, abes tu k.ngah macam mna?. nak pergi ke?."
yana : "bila daftar?"
mak : "blan 7"
yana : "ouh, entah ea. mak rasa?"
mak : "mak rasa pahit je ntah, k.ngah ok tak duduk situ?"
yana : "stakat ni tak belajar lagi, ok lah kot."
mak : "ntah k.ngah pikir la dulu"
yana : "hah, ye lah"
mak : bla bla bla [penutup]

so, takdir yana memang sambung belaja terus kat matrik. dapat result final boleh dikira dekan. ALHAMDULILLAH dan sekarang takdir yana kat UPSI. 
macam kejap je tup tup next year INSYAALLAH yana dah habis belajar kat upsi. 

kesimpulan buat entri nih sebenarnya, memandangkan result SPM keluar
 hari ni kepada yang cemerlang TAHNIAH. peluang anda memang cerah. dan kepada yang 
kurang bernasib baik, ingat mungkin bukan rezeki kita ALLAH nak bagi  supaya dapat result cemerlang.
 yang penting jangan putus asa. jalan ALLAH ada kat mana-mana. kita sebagai hambanya ni 
hanya perlu berusaha supaya kita sentiasa berada di jalan yang betul. 
mungkin waktu SPM dulu ALLAH tunjukkan kat yana 

yang bukan semua yang kita nak kita dapat. 

dan bukan semua orang bernasib baik. 

ok, done.
wassalam.
Related Posts with Thumbnails