Friday, November 18, 2011

manusia memang ada beribu bagai alasan kan?.

assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. :)

pheww hari ni terbuka jugak hati nak update entry baru. 
setelah sekian lamanya diabaikan dan terabai dan sengaja diabaikan. =.=' 
tak tau kenapa semenjak demenjak ni malass sangat nak update entry baru. 
maybe sibuk dengan kerja-kerja dunia yang sama tinggi dengan gunung kinabalu mungkin. 
tapi tapi kalau kata kerja banyak siap sebelum due date tak lah jugak, 
kadang-kadang last minute kerja eh eh pembetulan bukan kadang-kadang tapi selalunya. 
yup SELALUNYA. pastu mulalah tidur lambat tension bagai and
 baru aku tahu apa itu erti penyesalan. nampak tak kerja yang banyak 
dijadikan alasan kenapa tak update belog kan?.

lepas tu, bila buat kerja mesti kena bukak lappy sebab kononnya nak 
connect internet sebab nak cari bahan, tapi bila dah connect apa laman sosial yang bukak dulu?. 
kalau bukan facebook, twitter, atau tonton sebab nak nengok episod the latest kat tv. 
yup, thats me!. lepas tu, bila dah bukak benda2 alah tu kalau tak mengadap 2 jam memang tak sah,
 pastu baru terhegeh-hegeh nak cari bahan tapi tu semua dusta bila cari bahan hanya 
bertahan 15 minit pastu bukak balik benda2 alah tu. =.='
lagi bila cerita sedih, tiba-tiba wifi tak boleh connect dan mulalah gelabah nak 
siap kan kerja-kerja dunia tu. bila tak siap, apa alasan kau?. internet tak dapat. kesian. =.='

bila lecture, lecturer bagi kerja-kerja dunia ni, mula kau merungut merintih 
menangis meraung tak nak buat, kau bagi alasan kerja lain banyak, tapi ada dia simpati, 
ada dia tarik balik kerja-kerja yg dia bagi tu. memang TAK, 
cuma dia boleh consider hantar lambat atau cepat. tapi apa nak buat, 
tu semua pengukur untuk dia nak bagi markah dunia kat kita.

hidup ni penuh dengan alasan kan, kita sentiasa mencipta alasan. 
pelbagai macam alasan. atas alasan nak lepas diri dari sesuatu. 


orang yang suka mencari alasan adalah orang yang bodoh. (sha'rani, 2011).
 ouh dia GPK kat sekolah masa yana praktikal dulu. terngiang-ngiang lagi masa dia cakap.
dan lepas tu, kat sekolah yana belajar untuk kurangkan mereka alasan lagi-lagi alasan
 yang tak masuk akal. dan sebab cara dia tegur tu lah, buatkan yana lebih pengecut untuk bersuara. 
maybe. tamparan yang hebat. dan sebab tu lah yana belajar untuk menerima semua benda. 
[pastu bebel tak tentu pasal =.='] 

ouh ok lah, setakat ni luahan mungkin teguran mungkin sindiran, tapi jangan risau, 
semua ni adalah teguran atau sindiran untuk diri sendiri. 
diri sendiri yang banyak khilaf. 

ok done. wassalam :)

1 comment:

E'in said...

so kurangkn bg alasan oke.. lau x jadi bodoh.. hehehe..

Related Posts with Thumbnails