Sunday, October 31, 2010

kegemaran!.

assalamualaikum. readers stalkers. :)

yeay!. setelah sebulan lamanya tak menjejakkan kaki ke night market
eceh konon nak glemer sebut night market. atau bila ditranslate kan jadi pasar malam.
sangat HEAVEN tauu bila dapat pergi pasar malam sebab
akan ada wishlist makanan dalam kepala sebelum pergi.
sangat suka. :)


korang tak suka ke nengok makanan banyak-banyak?.
tipu la kan, takde nafsu kat makanan. )
bila pergi night market, yang selalu dapat first ranking ialah kebab pita daging!.
harus beli eh salah wajib beli.
kalau tak beli rasa macam tak payah pergi night market pun tak pe. eceh =.='

lagi lagi bila night market suka beli yong taufu. tapi ni jarang-jarang beli.
lain-lain tu nengok nafsu laa nak beli apa. tapi masih dapat mengawal.
beli benda bukan-bukan pun still tong sampah tak kan dapat menjamah la. -.-
sebab masa beli tu agak-agak la, kalau kaw makan sorang-sorang tu jangan la beli banyak-banyak. sama jugak time puasa kan.bila pergi bazar.
mak aih beli macam nak buat kenduri, padahal bila tanya

' eh banyaknya beli, nak buat kenduri ke'
'tak la, nak makan sorang-sorang je'.
pffft gila membazir kaw!.

alhamdulillah, bila dah besar ni dah pandai la bajet-bajet beli tu.
kalau time puasa tu, yana akan bajet beli benda apa yang nak makan je.
contohnya macam main menu : nasi or mee, side menu tu : nengok keadaan,
macam hari tu beli bubur jagung atau lompat tikam. dan kalau kuih,
popia je kot setakat ni rajin beli. :) maybe sebab dah terdidik kot kat rumah,
mak tak biasakan beli kat bazar, sebab mak cakap,
eleh beli kat kedai pun bukan sedap mana pun. popia pun kadang-kadang mak
buat sendiri sebab nanti adik boleh bedal banyak-banyak. tehee. :p
eh eh kenapa tiba-tiba masuk pasal puasa ni. nak story pasal night market.
eceh belagak gila tak nak sebut pasar malam. -.-

[sekadar perhiasan]

lagi suka pergi night market, sebab meriah. macam nak raya gitu.
*tadi puasa sekarang raya. =.='
meriah sangat sampai terasa, eh eh ramai sebenarnya orang yang ada kat tanjung malim ni.
tapi bila time cuti-cuti sem rasa sunyi je. nampak sangat yang
meramaikan night market ni sape. termasuk yana lah. :)

yang best part bila pergi petang-petang lepas asar. perghh time memang terBAEK!.
kalau boleh trffic light dalam tu pun boleh. nak jalan siap ada laluan pergi balik.
kalau salah laluan, duduk la kaw bersimpuh. sebab nak dapat jalan balik memang susah.
pastu, kalau boleh nak bawak hon macam hon lori tu kan best gak.
sebab kalau jam boleh hon orang depan.
nak jerit macam tak sopan kan. tehee!. :p

dan bila kat tempat terbuka ni macam-macam perangai la kita boleh jumpa.
ada sekali tu nak beli selendang :

belek-belek selendang, plain jojet warna pink.
time ni baru nak glemer shawl2 nih.

[sekadar perhiasan]

yana : BANG, selendang ni satu berapa?.
abang tu : em kejap ea.
[dia pun tak sure panggil la mak dia kot]
mak cik yang abang tu panggil pun datang.
mak cik : apa dik?.
yana : selendang ni satu berapa cik?.
mak cik : 10 ringgit dik.
yana : ouh, tak boleh kurang ke mak cik?. 9 ringgit ke?
mak cik : tak dapat la dik. tapi 8 ringgit pun boleh la.
sebab tak berapa nak denga dan masih terkonfius dengan
jawapan makcik tu yana bayar je la, 10 ringgit.
makcik tu pun balik kan 2 ringgit.

dan maksud ayat, selendang tu RM 8. RM 8 dengan RM 9 mana lagi mahal?.
disebabkan yana positive thinker, maybe mak cik tak berapa nak dengar,
dan maybe lagi die dengar yana mintak RM 7 ke kan. tak taw la. =.='

lagi satu. time beli kebab. satu kebab tu harga dia rm 2.50.

[sekadar perhiasan]

yana : bang, daging dah habis ea?.
abang tu : dah habis la dik, ayam je tinggal.
yana : ouh boleh la, kebab ayam satu.
abang tu : ok.
yana : eh tak tiga.
[umi ngan efa order jugak]
abang tu : ok. tak nak order empat dik, empat 10 ringgit.
[cara cakap macam nak bagi diskaun]
yana pun cuit emi, hah emi tak nak ke?.
emi : hah boleh la bang. kebab ayam satu.
tiba-tiba emi berbunyi : eh memangla, empat 10 ringgit.
abang tu : hah ye la, saya tak cakap ada diskaun ke apa.

tergelak kot time tu. memang blurr tiba-tiba kan. -.-

macam-macam ragam la. :)
tu yang yana suka pergi night market.
nengok orang macam-macam plus makanan pun macam-macam.
heheh :)

ok la, done.
assalamualaikum.

2 comments:

Un Phat Lee said...

tetiba je rase lapar.gua dah dalah takmakan lagi nih.grr.

yana zuera said...

@Un Phat Lee
tape der. kira langkah kanan la lu msuk belog wa. ade gmba mkann. lpas ni ade la idea lu nak cri mkan ap.

Related Posts with Thumbnails