Wednesday, March 23, 2011

"mak, angah dapat 2A je"

assalamualaikum. salam sejahtera. 

panggilan telefon dari mak 

mak : "k.ngah dapat brapa?."
yana : "2A je mak"
[terdengar suara dari belakang "nak belajar mana la tu dapat 2A je".]
mak : "ouh, ok la tuh. apa yg A?"
yana : "math add math"
mak : "lagi satu ap?"
yana : "math"
mak : "ye la math dengan ap td?"
yana : "add math"
mak : "hah?. matematik tambahan?."
yana : "a'ah"
mak : "ouh, abes subjek lain2 dapat apa?"
yana : "B ngn C"
mak : "ouh, takpe lah. nanti jumpa kat umah"
yana : "ok, bye. assamualaikum"
mak : "wa'alaikumsalam"

tapi dalam hati ALLAH je yang tahu. tersangat sedih kecewa. lagi sedih bila balik 
rumah mak cerita anak orang ni dapat 9A, anak orang tu dapat 8A, anak jiran sebelah dapat straight A.
 yana memang hanya mampu tersenyum. macam nak putarkan masa supaya boleh belaja jawab 
SPM betul2, tapi yana sedar tu semua dah terlambat kan. nak bunuh diri, 
yana ada agama yang ajar bunuh diri tu berdosa besar. 
apa yang yana boleh buat sabar dan sabar. 

segala macam institut yana apply, tapi awam je la, apply sana sini, 
sampai macam dah putus harapan. 
nak daftar je kat sekolah menengah sambung form 6.
 kecewa tu still menebal jugak.

pastu keputusan matrik keluar, yana pergi check kat cc ngan abah, 
sebab mak yang beriya-iya suruh pergi nengok, walau dalam hati kuat mengatakan 
alah mak, ada apa 2A ni orang nak panggil masuk matrik. 
dulu buta IT, cek2 klik2 tak jumpa mana nak semak whether dapat ke tak.
 last2 kuciwa balik rumah, cakap ngan mak tak jumpa. 

lepas tu, mak tak puas hati telefon jiran sebelah, mintak tolong anak dia punya kawan cek kan. 
cek punya cek, yana diterima masuk. masa tu tak tau nak cakap apa.
esoknya, mak macam tak puas hati pergi cek kat ofis pulak, siap print bagai nanti balik rumah
 boleh tunjuk bukti kat yana. sampai kat rumah memang 
yes! yana dapat masuk matrik setahun,aliran sains, 

seminggu pastu dapat surat, setel2kan surat mintak cop, mintak sign. SETEL. 
time daftar pulak, ramai budak sekolah dapat sambung kat matrik jugak!. lagi lah teruja.

seminggu da duduk kat matrik, rasa teruja, seronok, mak call:

mak : bla bla bla [intro]
mak : "k.ngah ni ada srat. k.ngah dapat poli"
yana : "ye ke?. poli mana?"
mak : "poli muadzam shah"
yana : "kat mana tu?." [nampak sangat gila fail peta]
mak : "pahang ngah oi"
yana : "hehe ouh. kos ape mak?"
mak : "entah diet pmakann kot ni"
yana : "ouh, ha ye lah. kos yang angah mintak tu"
mak : "ouh, abes tu k.ngah macam mna?. nak pergi ke?."
yana : "bila daftar?"
mak : "blan 7"
yana : "ouh, entah ea. mak rasa?"
mak : "mak rasa pahit je ntah, k.ngah ok tak duduk situ?"
yana : "stakat ni tak belajar lagi, ok lah kot."
mak : "ntah k.ngah pikir la dulu"
yana : "hah, ye lah"
mak : bla bla bla [penutup]

so, takdir yana memang sambung belaja terus kat matrik. dapat result final boleh dikira dekan. ALHAMDULILLAH dan sekarang takdir yana kat UPSI. 
macam kejap je tup tup next year INSYAALLAH yana dah habis belajar kat upsi. 

kesimpulan buat entri nih sebenarnya, memandangkan result SPM keluar
 hari ni kepada yang cemerlang TAHNIAH. peluang anda memang cerah. dan kepada yang 
kurang bernasib baik, ingat mungkin bukan rezeki kita ALLAH nak bagi  supaya dapat result cemerlang.
 yang penting jangan putus asa. jalan ALLAH ada kat mana-mana. kita sebagai hambanya ni 
hanya perlu berusaha supaya kita sentiasa berada di jalan yang betul. 
mungkin waktu SPM dulu ALLAH tunjukkan kat yana 

yang bukan semua yang kita nak kita dapat. 

dan bukan semua orang bernasib baik. 

ok, done.
wassalam.

Wednesday, March 9, 2011

contest blog SIMPLE tapi KEMAS !


- mesti follow blog meera dengan izyan
 [ kalau kami check takda nama korg automatik out. bukan apa senang bagi korang kalau kalau ada pegumuman ].
~done~

- buat entry pasal contest nie. JANGAN lupa letak banner dn link kn terus ke blog meera
~done~

memandangkan ini contest prtama kami, penyertaan ini terhad untuk 100 org sahaja . 
[50 meera 50 izyan . jadi kalau meera punya dh penuh korang boleh tengok dekat blog izyan kayh?]

contest ini akn terbatal serta merta jika kurang daripada 20 orang .

letak banner contest nie dekat sidebar korang.

tinggalkan link entry anda di bahagian comment . 
[JANGAN bagi dekat shoutbox].
~done~

tag 3 orang dan pastikan mereka tahu .
umi, najwa, zulaikha [dah bagitau :)]

contest ini berlangsung dari 9-19 mac 2011


sesiapa nak join, click saja link or banner. 
:)

Friday, March 4, 2011

bukan semua orang dilahirkan dengan sifat kepimpinan.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

oh hye!. sekarang nih masih sempat updating even not frequently, tapi ok la kan.
 at least tak la terbiar sangat belog nih. terabai kau!. 

topik hari ni ialah bukan semua orang dilahirkan dengan sifat kepimpinan. 
mungkin dilahirkan dengan sifat genetik atau baka-baka yang ada sifat kepimpinan yang tegar.
 tapi tak semestinya tak dilahirkan dengan sifat kepimpinan kita tak boleh memimpin. 
maksudnya, semua lelaki yang belum kahwin akan jadi ketua atau pemimpin for family mereka la. 
so bila perangai pemimpin sendiri yang tak boleh dikawal, tak mustahil keluarga itu akan hancur kan?.

ouh!. sebenarnya sebenarnya yana bukan nak masuk pasal keluarga bagai sebab
 yana sendiri tak kahwin lagi kau!. tapi sebagai REMAJA ehem remaja ye.
 ok, ulang lagi sebagai remaja yang sedang bergiat aktif kat uni masing-masing
 macam yana LAHH even jawatan yang dipegang hanya apalah sangat. 
celah gigi, celah kuku, dalam poket je. kecil punya hal je. 
tapi itu pun dah mengalahkan PM. PM lahh sangat. =.=' 

tak lah, sebenarnya bagi orang yang baru bertatih ni, baru nak belajar 
memimpin satu organisasi nih, bukan senang taw!. sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental. 
walaupun fizikal yana nampak gagah, tapi kalau dah nama perempuan,
 kuat mana pun tetap jugak suka bermain dengan emosi kot. 

berbalik kepada topik, sifat kepimpinan ni boleh kita asah contoh dengan 
orang yang lebih berpengalaman atau dengan keadaan sekeliling. 
serius, time yana sekolah2 dulu nak berdepan dengan orang nak bercakap 
dengan orang ramai pun sumpah malu gila!. tak de confident langsung.
kat matrik pun sama. 
[sebab kat matrik pendekatan yana berbeza, belajar belajar da belajar. tak aktif kot] 

sampai masuk uni ni, baru start macam nak join macam-macam sampai 
kadang-kadang tak terbahagi masa dah. assignment ke mana aktiviti ke mana. sampai lah 
dah sem tua2 nih still aktif. dan for the forst time diberi kepercayaan jadi pengarah, timb pengarah, 
s/u, ajk mcam2. tapi hendak ditekankan disini program takde lah besar mana. 
kalau takat peringkat blok, peringkat kolej kan. 

tapi tapi tapi jangan pendang rendah dengan program kecik-kecik nih. 
sebenarnya, bila join macam-macam aktiviti nih, baru lah yana taw macam mana 
prosedur nak buat program, nak mintak penaja, nak jumpa orang nih, nak jumpa
 orang tuh, nak telefon orang tuh, telefon orang nih. so kesimpulan nya, 
sekarang lebih confident KOT. ^^,
 nampak sangat tak fully confident kan. T.T

tapi semua nih sangat memerlukan kekuatan 1)mental 2)mental 3)mental. 
seriusly, yana pernah frust, sampai rasa nak letak jawatan semua program! 
bila macam2 ragam manusia yang nak kena jumpa. 
so kena kuat mental. kalau tak boleh gila!. 

ok, done.
wassalam.

p/s : ouh, thnks mak. kalau angah tak nangis ngan mak haritu,
 memang semua nih takkan jalan. ^^, love u!. sebab sekarang nih ada 
3 upcoming events yang yana terlibat. insyaAllah, i can do it!.

Wednesday, March 2, 2011

bukan bermakna kau dah 18 tahun, kau dah bebas nak buat apa sahaja.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

eh maaf, sebab tajuk agak kasaq, salah dialek, kaso. maklum lah yana anak jati johor. 
sebutan kena lah betul dan tepat. like gebor = selimut. robok/gerobok = almari, 
esbok = peti ais/peti sejuk. em what else?. selama berbelas-beelas tahun, 
i mean sampai yana lepas matrik 19 tahun, baru lah yana keluar johor. 
maksudnya lagi bukan keluar cuti-cuti malaysia tapi terpaksa menetap 
sebab belajar di satu-satu tempat. dan yana ditakdirkan further kat UPSI. 
dan lagi sekarang tak sedar dah 3 tahun duduk kat bumi UPSI ni. 

dan first experience bila menetap kat negeri orang ni bila half dari housemates yana were kelantanese. 
sangat blurr bila first time dengar mereka berbual. bukan yana langsung tak masuk ngan diorang nih.
 tak tak bukan tu. still lagi boleh bergaul mesra. cuma part bila diorang berbual sesama sendiri.
 surrender! kalau diorang kutuk pun yana still boleh duduk diam tersenyum sebab 
TAK PAHAM. tapi nasib baik mereka BAIK. takde kutuk2. 

yana : [duduk kat sliding door]
membe : yana?. nok tubik ko?.
yana : [tersengih-sengih macam kerang busuk] tubik apa?.
member : tubik la?.
yana : tak taw la.
[serentak dengan itu, satu rumah yana gelak kan yana guling2. 
hampeh jugak la diorang ni. =.=']
dan baru yana tau tubik = keluar.

so, enough dengan introduction yang berjela. sampingan je tuh. main point :
 jangan ingat kaw dah 18 tahun, kau bebas nak buat apa sahaja.
 kenapa 18 tahun?. sebab kat derama 18 tahun ke bawah sila minta permission parents.
 bawah 18 tak dibenarkan wayang yang 18SG. *betul ke?. 

ok, bukan itu maksud utama dia, ok meh yana explain satu-satu :
 kenapa kaw dah 21 tahun masuk 22 tahun  still kena report kat parents
 apa yang korang buat lagi-lagi bila dah further study jauh2 dari parents. 

1) sebab kesian kat mak-mak bapak-bapak kita, bila keluar iklan 
'anda tahu dimana anak-anak anda' 
mesti automatically mereka akan terfikir anak-anak diorang. 
lagi-lagi yang jauh di mata ni hah. belum jadi mak bapak ni kita tak taw perasaan diorang macam mana. 
erk. T_T cara cakap macam dah pengalaman habis. at least call la seminggu sekali dan 
story la A sampai Z apa yang nak minggu tuh. selain dapat macm bagi briefing kat parents kita, dapat menjimatkan kredit jugak. tapi tak payah la nak beli roti, jem, pun nak beritahu kan. agak-agak sikit. 

2) in case macam, korang keluar berfoya-foya, tiba-tiba ada benda buruk berlaku, 
contoh macam accident. bukan yana nak doakan benda yang tak baik. tapi 
BE PREPARED FOR THE WORST jangan anggap semua yang berlaku tu baik je.
 kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. dan cuba bayangkan lagi bila dah accident, 
polis call rumah dan bagitahu parents kita, bayangkan lah macam mana senyuman mereka.

3) lebih-lebih lagi kaum hawa ni. remaja-remaja ni. mesti rasa macam takde life 
bila nak keluar pun kena bagitahu mak bapak segala. 
HELO! bahaya sekarang bukan kita boleh jangka. dengan budak kecil pun kita boleh tertipu, 
so sangat penting bagitahu parents at least, mereka tahu anak-anak mereka ada kat mana.

4) bila dah further study, tak payah la ingat dah bebas dari mak bapak, s
esuka hati boleh buat benda yang korang suka. =.=' [apa jenis tatabahasa ni] 
maksudnya, korang dah totally bukan bawah jagaan parents korang. 
silap-silap bukan ijajah kau bagi, jenazah kaw bagi. [ok, ayat laser!] 


ok, dah nampak sikit-sikit pentingnya kenapa kadang-kadang kita perlu bagitahu parents
 kita mana kita nak pergi, atau mana kita berada. walau macam mana pun family always come first. 
*kalau dah berlaki tu, mintak izin la dengan seben. [husband]
so apa yang dapat simpulkan kat sini, just for your own safety. yup!. bagitahu mereka, 
orang-orang penting dalam hidup kita nih!. kadang-kadang mak nih ada instinct kuat 
dengan anak-anak mereka. jaga-jaga ea!.


ok, done.
wassalam. 

Related Posts with Thumbnails