Tuesday, January 25, 2011

Baktisiswa bersama Masyarakat Felda, Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin, Melaka

assalamualaikum. salam sejahtera. :)
lama da belog ni dah terbiar. harap maaf sebab dah lama tak update.
sangat sangat tak boleh nak menyempatkan diri untuk menghupdate
belog sebab sebab busy sikit la lately ni. eceh. :p

ok, title sangat sekema. tapi sekema itu HOT kan. hehe :p
tapi ceritasedikit basi sebab yana pergi program ni 15, 16 dan 17 Januari 2011,
agak seminggu lebih la dah basi, tapi tapi nak bagitaw
'ada yana kesah'. hehe joking. joking. :)

ok, lets begin the setory :


time baru sampai. excited. *sila baca dalam bahasa malaysia [eks-ci-ted]

kompang dipalu pengantin baru. ewah, kompang dik kompang.
maaf. salah lagu. selamat datang baru betul. :)

penyerahan anak angkat. mak kami : Siti Aisyah bt Ismail
yang lelaki tu bukan ayah kami. dia ketua untuk felda tu.


hari kedua :

sila menyanyi dengan gembira :
'siapa tak mandi angkat tangan, angkat!'

nyanyi lagi dengan nada gembira :
'siapa kentut angkat tangan, angkat!'

depan depan kiri kiri kanan kanan belakang belakang

nah lapar kan : hamek kaw!

sukaneka : family planning.


hari ketiga :
nak balik dah. sedih2.

dari kiri : emi, liyana, ayah ramli, emak aisyah, umi, sabariah.

biggg family. eh eh rindu taw dengan mereka semua!.

sesi bergambar beramai2 pekerja celcom.

'mak, balik dulu. senang2 kami datang lagi ye.'

bye2. [eh bukan byebye dah habes taip, bukan]
*nampak tak budak kecik tu, dia menangis teresak-esak.
sedih kot nengok. :'(


ok, kalau ada jodoh boleh kita bejumpa lagi.
done!.
bye.
wassalam.
:)

Thursday, January 20, 2011

hari terbuka kolej za'ba.

assalamualaikum. salam sejahtera.


jemput la datang untuk memeriahkan majlis. :)

*tersangat la tak sempat nak taip panjang-panjang. rasa belog ni terbiar kejap.
eh tapi belogwalking akan berjalan seperti biasa apabila yana berkesempatan. :)

Thursday, January 13, 2011

pendek je ok!.

assalamualaikum. salam sejahtera.

just a short entry. untuk pagi yang masih buta ni. @.@
mata pun da macam panda.
eh kalaw panda duk sebelah pun, mesti orang tanye
'panda yang mana satu ye'.

masih dalam proses belajar bahagi masa. kesian kan dah 20 lebih tahun hidup,
still huru hara lagi hidup. =.='

ok. short and sweet. eh tiba2, tu belog jejariruncing punya nama.

semoga dipermudahkan segala apa yang yana buat. insyaAllah.

ok2. done.
wassalam.

Monday, January 10, 2011

segalanya dihujung jari.

assalamualaikum. salam sejahtera.

eh eh nak terupdate dua kali pulak. =.='

bahang AJL da habis. pemenang da taw siapa.
ANA RAFFALI -TOLONG INGATKAN AKU.
tapi still ramai tak berpuas hati dengan keputusan juri.


kita tengok apa kata facebook :




pada yana : no comment. biarlah rahsia. oh bajet artis terlebih.

ok, done.
wassalam.

Sunday, January 9, 2011

dia tetap di hatiku. tsk tsk.

assalamualaikum. salam sejahtera.

baru seminggu naik sekolah. walaupun yana ada kasut baru
tapi sedih yang paling teramat sangat bila pensel hilang.
takde mood dah nak pegi kelas. dush alasan gila.
macam la tak boleh beli pensel baru. =.='
tapi pensel tu ada sentimental value yang tersendiri.
dari kat matrik ke time SPM, yana pakai pensel tu.
total2 dah 3-4 tahun yana pakai pensel tu.
tsk tsk. sedih. :'(

FYI, yana memang takde pensel, specifically
mechanical pencil la dalam pencil box.
dapat bayang kan tak tiba-tiba dia hilang. ouh semangat jatuh.
down!. terus rasa pencil box da tak berguna da.
*kesian pencil box, pencil hilang dia jadi mangsa.

apalah nak jadi sem ni. pen pun mintak ihsan orang.
mana entah letak pen. tsk tsk. takpe pen tak meninggalkan kesan
sebab baru 2 bulan dia dalam simpanan yana.
tu pun sebab nak exam, terpaksa beli baru. =.='

ok la. ok la. pencil hilang hilang dah mood nak tengok AJL.
erk ada kaitan?.


gambar hiasan.

ok2. done.
wassalam.

Friday, January 7, 2011

usaha yang berBALOI-BALOI!

assalamualaikum. salam sejahtera.

hari jumaat yang sungguh indah. :) kelas cancel.
cuaca yang tak panas tak hujan kilat tak salji.
so di pagi hari masih bermalas-malasan atas katil yang empuk macam kapas.
umi pagi2 yang dah bangun, ingat dia lupa yang kelas pagi ni cancel,
rupa2nya yana yang mamai, dia nak balik pagi ni. bas pukul 9.30 pagi.
dia kejut nak ikut tak hantar dia. dengan rasa tak bersalahnya
'em malas la'. maklum la still mamai2 lagi. harap maaf ye~. =.='

so aktiviti hari ni, duduk depan laptop. online online dan online dan online lagi.
cari soalan untuk try MATLAB. dah ada soalan tapi tak try lagi pun. SETEL.
dah download nota mathematical modelling tapi try jawab pun belum.
kerja untuk open day dah setel sikit. sikit je la. T.T
maklum la, malas je yang banyak.
dan yang paling lama yana buat hari ini : untuk belog.
buat header buruk yang baru.
gambar untuk shoutbox yang buruk jugak dan
tukar tulisan untuk title post dan title kat side.
hehe berjaya!.

so,
berbanyak-banyak terima kasih kepada :

hidayah husin diatas tutorial nak tukar tulisan.

hannafauzann diatas tutorial nak tukar gambar untuk shoutbox.

terima kasih. terima kasih.
jasamu amat dikenang. :D

ok. done.
wassalam

Thursday, January 6, 2011

still dalam mood sekolah bukak. :)

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

ok, hows ur day today?. eceh nak speaking speakang. eh eh betul semenjak
da takde subjek english, da lama tak cakap fully english ni.
so agak kekok bila nak cakap english tiba2. memang la subjek
yang yana ambil ni semua dalam english tapi still manglish. malay + english.
notes dalam english tapi cara penerangan lect dalam malay.
tak pe, just untuk persediaan perlaksanaan
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
lepas pemansuhan PPSMI.

hari ini masuk hari keempat hari sekolah. adik yana baru nak start sem.
esok baru nak daftar. good luck 'STING boy'. tehee tadi masuk kelas,
dah la masuk lambat. tiba2 tak sempat nak tarik nafas bila baru duduk,
sebab dah jalan laju2 sebab takut lect da masuk, tapi,
'eh korang kelas takde la. pn EL *emergency leaves'.
wattafish. dah la kelas hari ni memang 2 jam tu je
. pfft dapat bayangkan tak. dapat tak. takpe chillax!.
so, duduk2, online dulu. nasib la kelas kat makmal komputer. :)
baru balik kolej~.

ouh. sekarang jam pukul 2.25 am. pffft lapar. =.='

eh tiba-tiba rasa tertekan. stress. stress tau.
tiba2 macam nak rasa stress. tiba2 je taw.
bila fikir banyak benda. hal2 dunia lagi. huhu grrr stress lagi.
kat mana nak LI
praktikal nak buat kat mana
proposal thesis
aktiviti tu
aktiviti ni
program tu
program ni
kerja tu
kerja ni
assignmen tu
assignmen ni
stress tak korang. stress kan. kan.

em dunia.dunia. ok sekarang baru nak pasang azam baru
' belajar untuk pandai bahagikan masa mak cik cafe, kalau boleh.
tapi kalau tak boleh belajar untuk pandai bahagikan
masa untuk diri sendiri pun da cukup ok la.'
chayok mak cik!. eh salah chayok yana! chayok!.

dalam minggu ni yana da masuk semua kelas. semua pun ok,
berjalan dengan lancar. dan tiba la kelas yang berbekalkan 6 jem kredit,
dengan muka berkerut-kerut, mampukah yana hadapi semua ni.
reflective journal sampai 4 kali. pastu pergi ganti double period class kat sekolah mana2.
lesson plan perlu jadi makann harian sekarang ni.
dan bermula lah tiba2 rasa nak stress.
kesimpulan, semua ni akan jadi kayu pengukur sama ada
liyana betul2 sedia dan mampu untuk jadi seorang guru,
bukan seorang guru yang hanya tunggu hujung bulan, gaji masuk.
bukan. T.T

entry ni stress kan. before korang pun akan tiba2 stress jom kita rilex dulu.



ok. done.
wassalam.
:)

Monday, January 3, 2011

hari pertama sekolah : kaki da melecet. esok nak mintak MC ah. =.='

assalamualaikum. salam sejahtera.

hari ni first day pergi sekolah. i mean pergi kuliah.
orang lama2 biasa dia sebut kalau still belajar
ni tak kira lah kau kat uni obersea ke, mesia ke,
kat poli, kat mana2 la, tapi main point sedang belajar
tetap dianggap masih bersekolah. best kan.
terasa muda alami je. :D
tapi jangan terconfius plak ye.

sampai sekolah sharp pukul 8.05 am. awal lagi, lect pun tak masuk lagi,
kira yana datang awal jugak la kan even kat kelas semua coursemate dah datang.
masa da nak sampai kelas tu

beep beep. 1 new message
"yana.. jgn la kate xdtg klas..hehe.."

first day pakai kasut baru. eceh perlu ke mention.
memang perlu sebab masuk2 kelas kaki da melecet. pffft
boring da la nak pegi next kelas. eh eh tapi memang salah sendiri
pun tak pakai stokin. memang padan la muka kaw!
orang jawa cakap 'serves u right liyana!.'
nasib baik ada kawan baik yg sudi sedekahkan stokin,
dapat lah kurangkan kesakitan yang melanda
pastu dapat la pegi kelas dengan bahagianya.
dan bertambah bahagia bila masuk kelas eh eh 14 orang je.
bahagia bahagia!.

najwa : kenapa yana?.
yana : tak de papela, kaki melecet je.
najwa : ouh, tak gigit ke kasut?.
yana : dah, tapi tak makan saman kot.
najwa : ouh.

ni ikut petua orang tua2 la, bila kasut baru sebelum pakai
tu selawat dan gigit kasut tu supaya kasut tu tak gigit kaki kita.
paham tak?. paham tak?. dengar macam nonsense kan?.
tapi yana buat je. maybe masa gigit tu lupa nak selawat kot main gigit je,
tu yang da melecet sekarang kaki. heh alashan.
tapi sejauh mana kesahihan petua ni, tak taw la.
kalau betul tu semua atas kehendak-NYA.
tak payah la kaw percaya sangat, pastu marah bila kasut tu gigit kaw balik.

esok hari kedua nak pegi sekolah. esok kelas pack.
malas ah, nak pegi mintak MC boleh?.
kaki melecet tak boleh jalan. eceh alasan lagi.
sah sah pemalas tu memang ketara. =.='

ok2.done.
wassalam~.

p/s : ada tak cadangan tempat kat mana nak buat LI?.

Saturday, January 1, 2011

candid itu cunla!.



assalamualaikum, salam sejahtera.

eh eh update lagi. rajin sangat ye kaw. takpe azam tahun baru. semngat ni. semangat. jangan kacau. :D

ok2. ni sebenarnya nak melunaskan tag yang cik coklat kite ni bagi. join contest. contest ap?.


macam biasa, moh kita nengok terms and conditions dulu:

1. terbuka pada semua blogger xkira lelaki or perempuan

2. copy the picture above and buat satu entry pasal contest nie dgn tajuk "candid itu cun laa..!" dan jgn lupa link kn ke entry ini ukei..?

3. tak payah jadi follower pown xpew... paksaan tiada kt sini.. haha


4. jgn lupa leave ur url contest in my comment form (yang buat contest punye la)...

5. tag 3 orang rakan blogger anda @ lebih n ajak dorang join contest nie same2 ok....

6. put a caption kt gambar candid korang 2 yew... sikit pown xpew, bnyk pown xpew...

tarikh tutup : 10th January 2011...

ok2, nengok muka semua semngat kan tunggu gamba apa yang yana pertaruhkan. eceh.

.
.
.
.
.
.
.
.

jeng jeng

.
.
.
.
.
.


harap maaf ye kengkawan, anda interprame sekali.

ok, gambar ni dicandid masa kitorang exchange students kt uitm shah alam.
time ni jugak pergi jumpa dekan fac edu.
saje je, maklumla nak kat habis sem. :)


ok2. done.
wassalam.
:)

bila terkenang zaman dulu dulu.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)


dalam kesibukan menguruskan hal dunia, still yana sempat kan jua menghupdate
belog yana yang kian pudar dimamah masa. ditambah dengan
tuan tanah kedaung yang lagak tak nak majukan belog sepertimana
bloggers lain yang sememangnya cintakan dunia blogging. syabas dan tahniah diucapkan.
bila agaknya belog yana akan maju seperti mana belog-belog lain.
erk. teringin buat entry sedih ke ni.

tak tak. tak chill la buat entry sedih sampai orang baca pun
boleh
nangis pastu lap hingus kat tuala. sebab bila mata berair dengan
automatiknya hidung pun akan berair.
entah merepek.

sedar-sedar dah masuk tahun 2011. rasanya baru semalam aku masuk kelas tadika,
pastu tipu jawapan masa ujian sampai kantoi dengan cikgu depan mak abah.
cis! kecik-kecik dah pandai tipu. =.=' tapi sekarang dah tahun 2011
dah 21 tahun 4 bulan 30 hari yana hidup. rasa macam tak
pernah ada benda yang boleh buat yana sendiri bangga.
diri sendiri pun yana belum kenal sepenuhnya kot. ye la, diri anggap lain,
tapi sebenarnya pada pandangan orang sekeliling, lain pulak.
kan. kan. tu yang buat yana sendiri confius.
kesian kan. =.='

eh eh ni bukan nak menidakkan takdir tuhan dengan apa yang dah jadi.
bukan jugak menyesali dengan terlampau dengan apa yang telah tertulis untuk kita.
cuma belum berpuas hati la dengan pencapaian diri sendiri.
maksudnya nak buat yang lebih lebih
baik la.

sedar tak sedar dah besar besar dah anak mak abah.
baru semalam rasa mandi laut sama sama pakai bikini buat istana pasir ngan abah,
pastu dah lapar cari mak mintak makan. tu pun kalau terasa lapar la,
kalau tak dah kena marah baru nak pergi makan.

pastu pergi sekolah rendah sama-sama k.long darjah 6, yana darjah 3, ezer darjah 1.
k.long kena marah ngan cikgu sebab ezer main lecak.
ezer g main sampai tak ingat waktu rehat, nak habis rehat baru nak
cari k.ngah mintak makan.
*masa tu yana yang kena bawak bekal untuk ezer. :)
best kan bila ingat balik waktu kecik-kecik.

sedar tak sedar jugak dah masuk sem 6 dah sekarang ni.
hah rasa macam baru minggu lepas daftar masuk upsi dengan
berbaju kurung pink jalan lenggang mak limah bawak fail segala pergi daftar kat kolej.
pastu beratur panjang-panjang nak naik bas. ouh 3 tahun da itu berlalu.
sedar tak sedar jugak lagi dah nak habis dah study kat upsi ni tinggal 3 sem.
termasuk sem 7 nati praktikum, pergi sekolah. alamak ai,
macam mana la gayanya nanti. huhu jangan kena buli dengan budak budak da la.

membe-membe pun ada jugak yang dah kahwin, siap da ada anak.
yang dah habis belajar atau tinggal satu sem je. tahniah tahniah!.
yang dah kerjanya lain. pheww~
rasa macam baru kelmarin main baling selipar time SPM
kat court hostel dengan lengkap berbaju kurung. ayu kan. -.-
tapi tu la, semua tu kenangan kenangan.


dulu

sekarang

yang penting perlu sentiasa pandang kehadapan untuk sentiasa
berjaya tapi jangan lupa toleh ke belakang untuk ambil yang buruk sebagai tauladan,
tak lupa toleh kiri kanan jugak untuk make sure kita tak keseorangan. :)

ok, done.
wassalam.
:)

Related Posts with Thumbnails