Sunday, October 31, 2010

kegemaran!.

assalamualaikum. readers stalkers. :)

yeay!. setelah sebulan lamanya tak menjejakkan kaki ke night market
eceh konon nak glemer sebut night market. atau bila ditranslate kan jadi pasar malam.
sangat HEAVEN tauu bila dapat pergi pasar malam sebab
akan ada wishlist makanan dalam kepala sebelum pergi.
sangat suka. :)


korang tak suka ke nengok makanan banyak-banyak?.
tipu la kan, takde nafsu kat makanan. )
bila pergi night market, yang selalu dapat first ranking ialah kebab pita daging!.
harus beli eh salah wajib beli.
kalau tak beli rasa macam tak payah pergi night market pun tak pe. eceh =.='

lagi lagi bila night market suka beli yong taufu. tapi ni jarang-jarang beli.
lain-lain tu nengok nafsu laa nak beli apa. tapi masih dapat mengawal.
beli benda bukan-bukan pun still tong sampah tak kan dapat menjamah la. -.-
sebab masa beli tu agak-agak la, kalau kaw makan sorang-sorang tu jangan la beli banyak-banyak. sama jugak time puasa kan.bila pergi bazar.
mak aih beli macam nak buat kenduri, padahal bila tanya

' eh banyaknya beli, nak buat kenduri ke'
'tak la, nak makan sorang-sorang je'.
pffft gila membazir kaw!.

alhamdulillah, bila dah besar ni dah pandai la bajet-bajet beli tu.
kalau time puasa tu, yana akan bajet beli benda apa yang nak makan je.
contohnya macam main menu : nasi or mee, side menu tu : nengok keadaan,
macam hari tu beli bubur jagung atau lompat tikam. dan kalau kuih,
popia je kot setakat ni rajin beli. :) maybe sebab dah terdidik kot kat rumah,
mak tak biasakan beli kat bazar, sebab mak cakap,
eleh beli kat kedai pun bukan sedap mana pun. popia pun kadang-kadang mak
buat sendiri sebab nanti adik boleh bedal banyak-banyak. tehee. :p
eh eh kenapa tiba-tiba masuk pasal puasa ni. nak story pasal night market.
eceh belagak gila tak nak sebut pasar malam. -.-

[sekadar perhiasan]

lagi suka pergi night market, sebab meriah. macam nak raya gitu.
*tadi puasa sekarang raya. =.='
meriah sangat sampai terasa, eh eh ramai sebenarnya orang yang ada kat tanjung malim ni.
tapi bila time cuti-cuti sem rasa sunyi je. nampak sangat yang
meramaikan night market ni sape. termasuk yana lah. :)

yang best part bila pergi petang-petang lepas asar. perghh time memang terBAEK!.
kalau boleh trffic light dalam tu pun boleh. nak jalan siap ada laluan pergi balik.
kalau salah laluan, duduk la kaw bersimpuh. sebab nak dapat jalan balik memang susah.
pastu, kalau boleh nak bawak hon macam hon lori tu kan best gak.
sebab kalau jam boleh hon orang depan.
nak jerit macam tak sopan kan. tehee!. :p

dan bila kat tempat terbuka ni macam-macam perangai la kita boleh jumpa.
ada sekali tu nak beli selendang :

belek-belek selendang, plain jojet warna pink.
time ni baru nak glemer shawl2 nih.

[sekadar perhiasan]

yana : BANG, selendang ni satu berapa?.
abang tu : em kejap ea.
[dia pun tak sure panggil la mak dia kot]
mak cik yang abang tu panggil pun datang.
mak cik : apa dik?.
yana : selendang ni satu berapa cik?.
mak cik : 10 ringgit dik.
yana : ouh, tak boleh kurang ke mak cik?. 9 ringgit ke?
mak cik : tak dapat la dik. tapi 8 ringgit pun boleh la.
sebab tak berapa nak denga dan masih terkonfius dengan
jawapan makcik tu yana bayar je la, 10 ringgit.
makcik tu pun balik kan 2 ringgit.

dan maksud ayat, selendang tu RM 8. RM 8 dengan RM 9 mana lagi mahal?.
disebabkan yana positive thinker, maybe mak cik tak berapa nak dengar,
dan maybe lagi die dengar yana mintak RM 7 ke kan. tak taw la. =.='

lagi satu. time beli kebab. satu kebab tu harga dia rm 2.50.

[sekadar perhiasan]

yana : bang, daging dah habis ea?.
abang tu : dah habis la dik, ayam je tinggal.
yana : ouh boleh la, kebab ayam satu.
abang tu : ok.
yana : eh tak tiga.
[umi ngan efa order jugak]
abang tu : ok. tak nak order empat dik, empat 10 ringgit.
[cara cakap macam nak bagi diskaun]
yana pun cuit emi, hah emi tak nak ke?.
emi : hah boleh la bang. kebab ayam satu.
tiba-tiba emi berbunyi : eh memangla, empat 10 ringgit.
abang tu : hah ye la, saya tak cakap ada diskaun ke apa.

tergelak kot time tu. memang blurr tiba-tiba kan. -.-

macam-macam ragam la. :)
tu yang yana suka pergi night market.
nengok orang macam-macam plus makanan pun macam-macam.
heheh :)

ok la, done.
assalamualaikum.

Friday, October 29, 2010

empat hari lagi!.

assalamualaikum. readers stalkers. :)

28.10 29.10 30.10 31.10 1.11 2.11. kira-kira lagi empat hari.
tolak hari ni. pastu tolak tambah time
makan minum tidur kelas gosok gigi cuci muka. =.='

berkira-kira masa untuk tambah kursus dengan tempoh yang diberikan.
semalam tepat pukul 1 am, semangat bukak laman yang sepatutnya.
seminit loading. dua minit. tiga minit. refresh!.
seminit. dua minit. tiga minit. refresh!.
dan seterusnya. last-last tidur kaw dengan
lappy, nasib lappy tak kena tendang je time tidur tu kan.
=.='

esok paginya try bukak. still sama jugak.

'the page cannot be displayed'

malam tu, i mean malam tadi la, ada member yang dah dapat add. yana?.
masih diawang-awangan, tak boleh add lagi!. pffft.

dan sekarang masih men'try' bukak link. eh eh laju je la dia bukak.
masuk segala id password semua. tekan submit.

kemudian dengan sepantas kilat dan tanpa rasa segan silu menda alah ni keluar.
dah 48 kali men'try' pun tanpa rasa malu dia keluar lagi. alaa.
bila nak add kalau macam ni. =.='
takpe la, kita try esok, lusa, tulat, sampai berkulat. :(


----------------------------------------------------------------------------

cara efektif nak buat perut patrick slim dan shapping gitu!. =.='
kejam tak kejam la kan. tapi jasa mu amat ku kenang.
terima kasih banyak-banyak. :)



pesalah yang bertanggungjawab, setelah membuat patrick dah jadi kurus.
dengan rasa malu tutup mata.
tapi tak sedar tersenyum girang. T__T


ok la done.
wassalam

footnote : ingat tahan mata hidung mulut jangan tidur semata-mata nak
add kurus kursus tapi hasilnya, nengok la esok hari.
mesti tak boleh nak beza mana mata panda ngan mata yana. huhu
=.='

Wednesday, October 27, 2010

entry emo!.

assalamualaikum. readers stalkers!.

niat di hati, tak nak buat langsung pasal entry beremo. mungkin before ni secara tak langsung. atau tidak dinyatakan secara terang-terangan tapi kali ni betul-betul menyentap jiwa dan perasaan. sumpah!. hepp. mak dulu selalu marah bila kami adik beradik main sumpah-sumpah. cakap mak, dah adik-beradik takda la bohongnya.

ok la, kalau tak nak rasa boring ke hape, korang boleh la tekan tanda 'X' kat atas tu.
bukan menghalau, tapi kan da state 'rasa boring'. =.='
-----------------------------------------------------------------------

mak, satu je. angah mintak maaf sangat2 sebab mungkir janji kat mak.
janji angah nak balik cuti sem lama-lama kat rumah even cuti sem hanya ada 3 minggu je.
pastu sebelum exam angah ada 2 minggu tapi tak boleh nak
duduk kat rumah lama-lama jugak. angah just ada seminggu je
cuti tu pun time raya haji.

dalam bas tengah tidur2 ayam, telefon bunyi. 'luv mama' calling.
baru nak telefon mak bila sampai kolej nanti.
ah instinct mak sangat kuat!.

bla. bla. bla. *bebual la.
mak : angah balik cuti bila?.
[sejak demenjak ni, kalau telefon, mesti tanya hal yang sama.
bila nak balik. mak kalau la rumah kat taman malim, bukan kata tiap2 minggu,
tiap2 hari pun angah balik.=.=']
yana : em tak taw lagi la mak. maybe start cuti raya haji kot.
sebab ada kerja untuk open day next sem.
[mak. hakikatnya memang sangat sangat sangat sangat nak balik. tapi....]
mak : habis tu, balik rumah bila?.
yana : hari jumaat tu kot. raya haji cuti seminggu.
mak : ouh. habis tu hari ahad tu kena balik upsi la ea?.
yana : a'ah, final exam. pastu 5hb sampai 7hb ada camping.
pastu tak taw balik bila. kalau balik kejap2 je la kot.
mak : laa, kata da tak nak join2 lagi dah. kalau macam tu baik tak yah balik.
[ni awal-awal lagi mak dah cakap-cakap jangan la balik awal lagi. tapi... =.=']
yana : tak la mak. yang ni untuk open day kolej. hari tu lain punya.
em ntah la mak. tak taw lagi.
mak : da la. da la. takpe. ok lah.
[ok, fine. mak da kecik hati. selalu macam tu.
kalau tengah marah mesti nak letak phone cepat-cepat. =.=']
yana : mak, kirim salam abah.
[ABAH! MISS U!]
mak : hah ye lah. assalamualaikum.
yana : wa'alaikumsalam.

mak terus letak phone!.

tiba-tiba terasa sangat bersalah. tapi tak kan tiba-tiba nak tarik diri. ouh. tidak!.
ini pengalaman yang sangat patut untuk ditimba. time-time macam ni la kita boleh belaja banyak benda, jumpa macam-macam orang yang baik buruk. macam-macam!..
mak abah restu la angah nak belaja!.

satu je harapan angah, mak restu la apa yang angah buat ni, biar dalam hati mak nangis.
angah bukan nak jadi anak derhaka, sanggup melukakan hati mak ngan abah. tapi...
angah mintak maaf. angah nak belaja. macam abah cakap. 'BE NO.1'
mak, abah mesti nak nengok angah be no.1 kan.
ur pray such important to me.
:)

----------------------------------------------------------

kan da kata entry berEMOsi. yana je la kan. ok, faham.

ok2. done.
wassalam.



Monday, October 25, 2010

post akibat mata tak boleh tidur!.

assalamualaikum. luvly readers n stalkers. thanks 4 visiting my belog!.
its my belog new template actually. after yang ke berapa kali tukar template, background etc. tapi kadang-kadang ada orang bagi alasan: tak suka tukar template
sebab nanti link2 dalam tu hilang semua. tapi bagi yana semua tu tak penting.
yang penting diri sendiri puas!. puas dengan perubahan yang sendiri buat. :)

sekarang jam kat laptop tepat jam 3.14 am waktu tempatan. waktu kat tanjung malim.
bukan kat pasir gudang. damn satu malaysia je pun. sama la waktu dia. =.='
dan sekarang juga, mata ni degil gila nak tidur. da buat-buat tidur pun tanak jugak tidur.
pffft. so, apa nak buat, paksa otak keluarkan idea yang x berapa bernas pun takpe.
asalkan ikut tema : belog updated!.

3.18 am... 3.19 am. seminit berlalu dengan tangan hanya terkedu kat keyboard
menanti otak keluarkan idea. dengan mata menerawang kat sekeliling
bilik cari apa benda yang boleh dijadikan tema untuk post kali ni.
huh~. apa nak tulis ni. -.-'

even tak boleh tidur, ada kerja pun malas giler vavik nak buat.
tak taw la, da set mind kot nak cuti sementara next week.
semua benda pun malas nak buat.

3.23 am. apa lagi ni.

3.24 am. BEKU!.

3.25 am ok, idea datang. :) siapa minat bela pets?. bukan test pad creative products,
bukan pads kotex or intimate. bukan cooling pad.
tapi pet = binatang kesayangan= beloved animal.
yang minat ke, da memang ada ke. bagusla. sebab yana baru nak bercita-cita bela pets.
nak taw apa?.

adakah kucen?.


oh tidak!.


atau rabbit a.k.a arnab?.


tak jugak.


atau hamster?.


em tak jugak.


ok2. banyak sangat tekak-tekuk kan.


yana nak bela IKAN!.


ikan lumba-lumba a.k.a whales! tehee. besar gile.
rumah ak pun tak muat nak jadi akuarium kaw. heheh


TARAA~.

See full size image

hye nama saya pelaga.
ok, ikan pelaga la~. :) comel kan. tehee. dulu pernah jugak bela flowerhorn.
time tu memang tengah glemer orang bela ikan ni. kalau ikut adat cina,
siapa bela ikan ni, ada ONG. tapi, niat kami sekeluarga bela ikan ni,
bukan kerana ong. tapi ntah la ea. semangat kot time tu, akuarium
sebesar-besar alam. ikan siap boleh main kejar-kejar kot.
tapi sangat kesian, time tu hanya dia sorang sekor je dalam akuarium.
dan kadang-kadang tu ditemani monster besar main cak cak ngan dia.
atau datang sambil bawak makanan. :) tapi sayang, atas kecuaian tuan yang
memelihara, ikan tu mati. :(

berbalik kepada pelaga tadi. kenapa boleh terminat nak bela.
yang pertama sekali dan reason paling sangat terkuat, nak tiru cousin yana.
dia pun bela ikan pelaga jugak. sebab dia kata senang nak jaga dan kos pun murah.
makanan dia pun kecik2 je. kalau makanan kita bentuk macam tu. confirm!.
sepuluh kali makan bertambah. jimat ruang pun ye. sebab ikan dia kecik je dan
lagi satu menurut kata cousin yana lagi, ikan ni tak membesar.
em malas nak google, tapi percaya!. :) ok, yana akan memake sure kan,
yang one fine day, akan bela jugak ikan lumba-lumba pelaga.

3.49 am : tiba-tiba mata berair macam ada paip dala kilang mata ni.
tanda ngantuk yang tak bertepi.


ok2. done.
assalamualaikum


Thursday, October 21, 2010

nasib la badan.

assalamualaikum. readers stalkers. :)

em you alls pernah nengok tak cerita 'siti kelembai' sekarang kat TV3. siaran lagenda. pukul 4.30-5.30petang.malam(pm). ok, fine. yana baru layan cerita ni. niat dihati nak follow cerita ni dari awal. tapi atas masaelah masaelah yang x dapat dielakkan. hold dulu.
*masaelah yang utama, yana malas nak nengok kat TV tiap2 hari.
prefer nengok online tv. tapi, system provided sangat mengecewakan.


baru sekarang nak follow balik. nengok dari first episod. semangat!.
tapi BARU sampai episod 6, BARU ok. dia jadi macam DVD rosak.
jadi macam ya aw aw ya aw aw. pffft.



baru macam semangat nak nengok. tapi sangat frust weyh macam ni.
rasa macam nak hantuk kepala kat laptop. frust!. frust!. x cukup ngan macam DVD rosak. loading dia kaw. yana b***k dulu pun sempat. ok, fine emosi terganggu,
bagi contoh pun x patut korang baca kan. ok, contoh lain. yana g makan
nasi sebungkus pun tak habis loading lagi kot. tsk tsk.

tiba-tiba nak nengok tv kat umah. silang kaki pegang control.
sebab yana suka conquer TV. TAMAK! =.=' kat kolej tak boleh nak buat,
sebab tv kna kongsi bersama. KEDEKUT! =.=' tapi nak buat macam mana.
da memang perangai macam tu. da terdidik dari sekolah.
tak berminat nak nengok tv kat hostel. kolej. etc.
ada anugerah?. teledrama dapat first rating?. datuk syeikh muszaphar kahwin?.
dah kalau dekat kolej. selamat. memang tak nengok. huhu kesian kan.
sebab tu selalu terkebelakang. pffft. tapi takde la terkebelakang sampai tak tahu pape.
tu dah tahap KESIAN. =.='

MySpace

ok2. da la. frust tak habis lagi ni. nak sambung nengok agi,
dah takde hati. tehee~. :p
assalamualaikum.


footnote :
setelah satu hari class cancel. tiba2 dapat mesej
'malam ni ada kelas ganti pukul 8-10.30petang.malam.'
rasa macam nak melompat, pastu nak g buat annoucement
kat blok malam ni ada kelas. =.='

MySpace

Wednesday, October 20, 2010

nescafe satu, gula dua.

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?


Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....


Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.


Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....


Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..



'SAYANG ABAH'

:)

awak punya saya punya, saya punya saya punya.

assalamualaikum. :)

paham tak title?. ok, abaikan. kejap lagi akan faham. kot~. =.='

ok, hari ni balik rumah kat kolej macam biasa lepas jumpa dr.
ehem bukan doktor yang sakit. bukan. yana sihat, alhamdulillah.
tapi jumpa doktor falsafah. sebab nak tunjuk lesson plan. tsk. tsk.
lagak bagai kena buat balik. takpe. percubaan kali pertama buat lesson plan. =.='

ok, sekarang siapa cakap jadi cikgu SENANG??. sila angkat hidung dan bagi kat yana 3 alasan.
3 je. kurang tak boleh lebih takpe. tapi alasan mesti kukuh dan munasarawak munasabah.
kalau anda anda kamu kamu ada hati nak jadi cikgu sebab bila anak murid cuti sekolah,
anda pun turut cuti. pastu dapat balik tengahari bila ajar sekolah pagi pastu boleh pergi berfoya-foya petang tu dan boleh bangun lambat bila ajar sekolah petang, jujurnya jangan berangan itu terjadi. lagi bila emak dan ayah anda anda suruh jadi cikgu sebab nanti ramai laki masuk minang sebab malam anda ada masa layan anak-anak tetapi anda langsung tiada hati untuk itu. dinasihatkan lagi BAIK TAK PAYAH. sebab anda anda kamu kamu bakal merosakkan generasi akan datang. buat apa-apa kerja pun mesti ada hati. takde hati boleh mati.

ok fine!. sebenarnya da plan awal2 nak tulis lain tapi tertulis apa yang dinamakan TIBA2. sebenarnya lepas ayat balik rumah kat kolej pastu boring sebab rumah macam da lama tinggal. bak kata pun 'macam rumah kotai'. tehee. :p bukan malas nak kemas tapi sebenarnya memang takda hati untuk kemas. kan da state tadi mesti ada hati untuk buat sesuatu kerja. atau dengan kata lain kena ikhlas. tapi sampai bila nak tunggu ada hati kalau nak kemas. tu yang jadi rumah macam rumah kotai!. sampah macam da boleh buat replika menara klcc. bakul sampah tak agak2 ada dua. tsk tsk. bukan nak aibkan rumah sendiri tapi rumah bersama. sama-sama la jaga kan. atau bukan nak jaja satu dunia yang yana ni rajin betanggungjawab jaga kebersihan rumah. =.='
tapi jangan la keadaan betambah buruk, cuba bayangkan kalau ada orang macam ni :

situasi A

B: plastik sampah bukan kami punya. awak punya, so awak buanglah.
C: tapi sampah pun awak buang jugak kat plastik sampah saya.
D: saya buang sikit je. sampah awak banyak. awak buang je la.

situasi E

F: kawasan saya kat dalam bilik je. kat depan tu mana saya tau.

situasi G

H: toilet da kotor. takde orang nak basuh?.
I: xda sabun toilet macam mana nak basuh.

tahap telampau la ni kan. =.=' mintak dielakkan.
jangan la berkira sangat. nak buat apa2 pun sangat berkira. cuba ikhlaskan hati.
insyaAllah boleh hilang perasaan berkira2 tu. erk perasaan ke?. T_T

macam time camping hari tu. adalah makhluk Allah tu.

time kemas2 nak balik. yana g toilet nak mandi. pesan kat orang tu.
"jangan turunkan khemah dulu ea. nanti nak semayang dalam khemah je,
dengan nak kemas barang sekali".

dengan bangganya dia balas
"OK".

sekali balik dari khemah nengok khemah da tersadai kat tanah. perghh x angin kaw.
ok, cool lagi. khemah tu tebiar je taw tesadai. belum lipat lagi. ingat nak kering2kan dulu la. gajet2 semua da clear la. kira macam wah da orang kemas la. :p pastu pergi la sembahyang. nasib ada surau. kalau tak memang da kena karate-do da.
TIPU. basic karate-do pun takda. =.='

pastu balik sembahyang membe sorang tu tengah lipat khemah sorang2.
weyh agak2 la, khemah tidur lapan orang pastu dia lipat sorang2. kesian la.
tapi apakan daya bila tiba2 datang nak membantu eh da siap lipat la. tehee. :p
pastu tengah lepak2 tunggu bas, ngumpat2 la. rupanya khemah tu memang sengaja
dibiarkan tersadai, biar orang lain lipat. atas alasan kami da clearkan gajet.
korang lipat la khemah.

pergh angin kaw!. tu pun nak berkira ke.
cuba kalau ak ungkit siapa yang buat semua gajet?.
hah tak ikhlas la tu kan nak mengungkit.+.+ tapi bila fikir2 balik. buat apa nak dibesarkan cerita. biarlah, asal dia bahagia. bila khemah kena bawak balik dan basuh. tape, ikhlaskan hati buat semua tu. atas alasan saya da bawak khemah tu ke tapak so korang pulak bawak balik.
pffft. tak pernah aku jumpa manusia macam kaw!. =.='

ok la. perasaan nak buat entry pendek. tapi bila mengumpat tak ingat. ok, tak sesuai mengumpat tu. bagi pengajaran kot ag sesuai. kesimpulan,
IKHLAS KAN HATI ANDA
:)

Saturday, October 16, 2010

tolong la, penat dah ni~.


assalamualaikum, salam satu malaysia, salam perpaduan,
salam sabtu,
salam pengakap!. :)

yeah!. sempena pesta konvokesyen kali ke 12 (sidang ke 2) ada macam2 aktiviti.
contoh macam DERMA DARAH, pertandingan lagu irama malaysia,
battle of the band. gerai dan jualan. pameran. dan macam2 lagi.
jemputla datang.

date : 12-17 oktober 2010
venue : kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.
meh2 la datang memeriahkan majlis!.
:)

ok, berbalik kepada cerita sebenar. cerita yang betul2 yana nak cerita.
betul2 punya, x tipu. memang2 betul. ok, stop. start cerita.


'kita harusla menderma dare'.
opps salah,
'kita harusla menderma darah'


yea! sudah berjaya untuk yang ke2 kalinya. derma darah tanpa sebarang masalah.
berat badan kurang, tidur x cukup, ada ambil sebarang ubat, atau ada sebarang penyakit, kepekatan darah cair ke.
atau bagi yang perempuan bulan datang.

ok, da lepas semua2. masa untuk derma darah.
untuk bag yang 450ml.
yeay! =.='

time tengah2 tunggu turn nak derma darah tu. nengok la keadaan sekeliling,
ada guys tu pun derma darah. tapi untuk bag yang 300ml. pastu dengar la jugak,
nurse tu bebual2. ada ayat yang menarik perhatian.

'ala dik, 300ml ni sikit je. paket2 perempuan je'


dalam hati yana:
urghh, habis tu akak nurse, saya ni?. 450ml.
taw la saya ni sihat kan. banyak lagi tu.
=.='
sampai naik lenguh tangan i nak pam.
nak penuhkan satu bag tu.
tapi, xpela. untuk kebaikan tabung darah negara.
saya sanggup!. tehee~. :)


time bag tu da nak penuh.
mereka nurses bebual sesama sendiri.
'eh da stop la. em xpe la, kita alter boleh tak'
'xyah la, lagi sikit je nak penuh da ni'

dengan memberi kata-kata semangat.
'pam dik, pam lagi. lagi sikit je nak penuh'


tolong la, akak nurse, penat dah taw. lenguh dah tangan ni nak pam.
x terlarat dah. orang sebelah ni pun da siap minum air segala,
tapi saya still terbaring, x siap2 lagi. =.='

lepas bag dah penuh. baring2. dan ok, boleh sambung shopping balik. tehee.
walaupun akak nurse tu risau yana pitam sebab dah beraeobik pagi tadi dan
maaf sebab yana tipu sarapan nasi goreng padahal makan cucuk2 tu je.
sebab takut tiba2 dia cakap.
'eh adik, tak boleh derma la, x makan lagi ni'. sorry. -.-


ok2. done.
wassalam

Wednesday, October 13, 2010

kenapa single lagi?.

assalamualaikum, salam satu malaysia, salam perpaduan,
salam rabu, salam pengakap!. :D

sedang buat apa kalian?. dalam keadaan baikkah?.
atau sakit?. x sihat?. jaga kesihatan baik2 ye. :)

intro yang penuh rasa tanggungjawab menjaga kebajikan bloggers
yang ada masalah ke apa kan. tehee~. :)

ok, direct kepada tajuk entry.kenapa masih single?.
*jangan anggap terlalu desperate untuk mencari satu!. abaikan. =.=' cuma pandangan kepada diri sendiri yang masih membujang hingga sekarang. hehe sekali lagi!.
im not tooo desperate ok.

jawapan pertama yana bagi soalan yang sendiri keluarkan.

1) jual mahal sangat!. ok fine, percayala korang sangat kan. bab ni yana xtaw.
mungkin opinion dari sahabat2 dapat tolong kot whether
yana terlalu jual mahal sangat. tehee~. :p

2) terlalu pemalu. hehe mak pemalu taw~.
*nak tulis enrty ni pun malu sebenarnya, tapi lepas dapat
support dari barang2 sekeliling, yana gagahkan jugak. -.-
bukan nak cakap kat satu dunia. 'oh dunia, lihat lah liyana sedang single.'
huh apa ku kisah. apa ku kisah. tapi malu2 pun bertempat la kan.
xkan nak beli gula pastu nak bayar lat kaunter pun nak malu kan. agak2 la tu.

3) dan maybe!. maybe dikelilingi member yang still single
*tapi xtaw la diorang ni tipu, mulut kata xde, tapi hati da bebunga2 cinta.
ok!, cepat tanya diorang. tapi x semua la ye. :D

4) lagi. mugkin pendiam sangat kot, pastu orang nampak macam
'eh minah ni sombong gilak, macam perasan lawa gile je' pastu terus xnak dekat.
tapi susah jugak kalaw peramah sangat. x bertempat lagi, da macam syok sendiri pulak,
lagi la orang takut nak dekat. 'minah ni waras ke tak' versi sopan la.
versi kurang sopan 'minah ni da gila ke hape'.
*suka buat dialog sendiri*


5) adehh banyak nya sebab musabab ni. em padanla ______.
*fill in the blank with the appropriate words.
kejap. masih berfikir untuk sebab yang seterusnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hah kejap, masih berfikir...
.
.
.
.
.
.
.
.
hah ni, sebab da set mind yang single KADANG-KADANG lebih baik dari berdua.
yup, main reason!. dan masih lagi mahu enjoy hidup sensorang.
ehem i mean, hidup single. bukan sensorang. yana masih ada family dan kawan2.
jadi bukan hidup sensorang!.
belajar pun masih terkedek-kedek, bak kata orang masih
hijau untuk kenal dunia sebenar. jadi carilah pakwe starts from now on.

ok salah.
jadi carila degree anda dan carila erti hidup yang sebenar,
moga x tersesat di masa hadapan.
kejarkan cita-cita baru cinta. hah dengar tu.
eceh xla. xsalah pun nak becintun. kan?.


graduation clipart cap

ok, done for now.
wassalam.

Tuesday, October 12, 2010

kamu!.

kamu!. ya kamu!. jangan suka bercakap pasal orang.
x kira la orang utan ke orang manusia ke tapi jangan suka bercakap pasal orang. :)

huh tade pape. saje intro beremosi. ouh, tidak ada kena mengena
antara hidup dan yang mati ye. SESAJE je. =.='
cumanya, bila nengok keadaan orang sekeliling *yana memang suka memerhati orang sekeliling.
pastu dengan x sengaja akan mula berkata tentang orang itu. tak baik kan. *admit*
tapi perangai buruk ni la yang nak kita ubah. yap, memang kena ubah.
lebih baik berdiam dari membuka mulut berbicara yang bukan2 walaupun ia benar.
pernah dengar hukum karma, what goes around, comes around.
eeiiyekk hukum karma ke?. ook, whatever.

lagi satu perasan tak pattern drama melayu yang bila orang yang
suka merendah2kan atau mengata atau bercakap-cakap tentang orang sekeliling
dan at last dapat balasan yang kita pun akan cakap 'padan muka'. cepat ngaku!. kan?.

berbalik, tapi susah kan bila tak nak bercakap pasal orang. xbanyak, sikit pun ada jugak. huhu tapi yana try belajar untuk kurang berkata-kata pasal orang. lebih baik diam!.
sebab takut lebih2, benda yang kita suka berkata tu berbalik kat kita balik.
paham tak?. tehee~.
ayat tunggang tebalik. =.='

lagi satu, beringat la bila kita ada kawan yang suka berkata-kata tentang orang lain ni,
atau dengan kata lain memburukkan kawan dia sendiri dihadapan anda.
berhati-hatilah!. sebab dia mungkin ada peluang
memburukkan anda didepan kawan lain pula. masyaAllah.

kerana mulut!. macam2 benda boleh terjadi. kawan jadi lawan. keluarga jadi musuh.
baik jadi buruk. semua kerana mulut.
sebab tu di akhirat kelak, mulut didiam kan. anggota badan lain jadi saksi.

ya, hanya ingatan kepada diri sendiri sahaja. dan tak lupa readers.
didoakan supaya kita semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah.
insyaAllah



Thursday, October 7, 2010

mereka suruh pergi lawat tempat!.

assalamualaikum. salam sejahtera. salam satu malaysia. salam perpaduan.
salam pengakap!. eceh~ sempena esok nak pergi camping kelana siswa lagi~.
sebab tu semangat kena ada. even dalam hati?. pfft. malas! =.='



musim exam kembali LAGI!.untuk kali kelima di alam UPSI. ouh. excited?.
like always, feelingless!. -.-' ok, sedang orang sibuk-sibuk melihat jadual. tarikh. hari.
TEMPAT PEPERIKSAAN berlangsung. kenapa dihighlight?. ada apa yang menarik?.

ok. jika sahabat seperjuangan yana, zulaikha memperkatakan juara subjek menakutkan.
tapi yana nak memperkatakan skema =.=' tempat peperiksaan yang akan berlangsung.
cuba lihat baik-baik gambar bawah ni. yang dalam petak yang berwarna merah.
PC10, PC1, apa menda alah la kan. ok, PC stand for Proton City,
tempat kuliah baru selepas penutupan Tmn Universiti.
ahh itu tiada kaitan.


yang penting sekarang!. yana xpernah jejakkan kaki dekat Proton City tu.
tsk tsk. SADIS. sebab sebelum ni pun kelas hanya kat kampus.
dan x pernah pulak ada hati nak melawat Proton City. walaupun dengar kata orang.
tempat itu memang tersergam indah. :)

ok, time exam la tu!. ok, agaknya mereka berlaku adil,
pada mana-mana pelajar yang tak pernah pergi tu, dia bagi exam kat situ.
kamu kamu anda anda terbayang tak?.
kalau.. hanya kalau.. jangan doakan ia seperti betul-betul berlaku.
kalau tiba-tiba yana bangun lambat pada pagi hari exam tu, dan naik bas pergi PC,
kemudian dapat bayangkan tak bagaimana kelam kabut nak cari tempat tu?.
sila setop dan bayangkan. ok, dah2.
xperlu lah bayangkan yana pakai baju ketat meredat
pastu pakai high heels
dengan selendang terkibai-kibai
lari terkedek-kedek cari tempat exam.
sudah-sudah la~. :p

ok, kesimpulan. MARI KITA PERGI MELAWAT TEMPAT EXAM.
nanti bila hari exam boleh la dengan senang hati dan keyakinan
yang menggunung menuju tempat exam. dan duduk di tempat yang ditetapkan
sambil belek-belek kertas soalan dan menunggu arahan
'ok, anda boleh mula menjawab sekarang'.
dan dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم .

ok2. done~
assalamualaikum

susah rasanya~

assalamualaikum. salam satu malaysia. salam perpaduan. salam rabu.
salam pengakap!.
*eceh tiba2. mentang2 baru balik camping pengakap. :D

ok berbalik kepada title entry. apa yang susah?. susah pada yana.
susah nak tetapkan pendirian diri. kamu kamu anda anda anda tak?.
sangat susah rasanya nak biarkan pendirian yana tetap. suka ikut orang sekeliling.
bak kata pepatah bagai lalang, ditiup angin kekiri, ikut kekiri, ditiup angin kekanan, ikut kekanan. tapi dalam hal yang lain, orang selalu cakap tetapkan pendirian anda.
tapi pernah dengar tak, 'ikut kata hati badan binasa'. jadi ada tips yang relevan untuk menjadikan seseorang tu tetap pada pendiriannya. ikut kata siapa baru badan tidak binasa?.
ikut kata akal barangkali. :(


nengok je la. dalam satu jam, da berapa templates yana tuka. tsk tsk.
memangla itu kebaikan ada perubahan, tapi terlalu banyak perubahan?.
huh mungkin anda anda tidak akan menjejaki ke belog yana lagi. tsk tsk. menangis lagi. huhu
(ini entry sedih kah?.)


ouh, tidak semestinya. ini adalah entry omong kosong atau dengan
kata lain entry yang selalu merepek!. yang readers lain baca,
'ouh minah ini merepek LAGI'. kan?. ngaku sajalah.
tsk tsk beremosi LAGI.


ok. sebelum belog banjir. sebelum readers bosan dengan bermacam lagi repekan.
sebelum lappy sendiri off menandakan 'sudah sudah la tu'.
sebelum itu itu dan sebelum ini ini. better stop!.


ok ok done!.
assalamualaikum.
Related Posts with Thumbnails