Sunday, April 25, 2010

~Jangan denda lari keliling padang

KUALA LUMPUR - Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) mahu hukuman berlari mengelilingi padang yang dikenakan ke atas murid sekolah rendah kerana kesalahan tertentu ditukar kepada hukuman lain kerana hukuman itu dibimbangi boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan dalaman.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari anak kerana kira-kira 80 peratus daripada tubuh badan mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

"Tidak semua orang dilahirkan mampu berlari pada jarak jauh dan berlari tanpa pemeriksaan betul boleh menimbulkan masalah pada otot, ligamen dan tendon.

"Untuk hukuman di sekolah- sekolah, kita lihat pelajar-pelajar diminta untuk berlari mengelilingi padang dua atau tiga pusingan, jadi saya berharap Kementerian Pelajaran khususnya para guru patut mencari hukuman yang lain," kata Balwant.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*em ni la sebabnya kenapa hukuman yang boleh mengakibatkan kecedaraan dalaman x boleh dilakukan di sekolah. thats true. tapi rasanya kalau kat budak2 besar pun sama je kot. hehe

em sekarang ni guru patut cari hukuman lain yang berdasarkan akademik contohnya. em boleh asah otak sikit. em contohnya, bagi latihan or suruh buat mind map ke. kan tu lebih ok?. kan?. kan?. dalam erti kata lain, guru perlu kreatif dalam mendidik anak murid. boleh membezakan kemampuan pelajar2. sebab setiap pelajar beza keupayaan dan beza cara pemikiran dan cara pembelajaran. hehe :)

http://www.emocutez.com

ok2, done.

assalamualaikum.


No comments:

Related Posts with Thumbnails