Wednesday, April 20, 2011

under renovation.

assalamualaikum. salam sejahtera. :) 

eceh title macam nak renovate rumah bagai. padehal nak renovate belog je pun. T.T

so saya liyana nazurah binti jaffar nak umumkan, belog ini akan ditutup sementara untuk proses 
renovasi. sebarang belogwalking, follow memfollow balik akan dilakukan
 selepas proses renovasi lah yek. ^^,

biar la macam surprise sikit. biar sikit je. takpe lah. dengan kudrat 
10 jari 2 tangan dan otak package dengan akal insyaAllah akan dilaksanakan 
jugak renovasi nih walaupun tengah demam final exam. takpe kejap je. 

actually nak bagitau, belog nih baru je lepas birthday die. 2 tahun dah die. alololo. 

so macam nak bagi sedap mata pendatang yang sudi mendatang ke belog ini,
 yana buat keputusan untuk renovate belog ni!. nak bagi hadiah kat follower,
 maklumlah poket kering. =.=' 

ni jelah cara yang terbaik. ececeh. T.T 

ok2. done!. 
wassalam.
:)

Thursday, April 7, 2011

Yuyu Zulaikha- Ferrero Random GiveAway



eh pirst time feeling2 join giveaway ni. kesian. =.='

ok, bak kata yuyu alang-alang dah tulis entry biar sampai ke pangkal lengan. nak 
letak header besar-besar tapi takde tulisan. macam lagu takde irama. hah betul kan
. irama dan lagu tak dapat dipisahkan. macam kat belog jugak gambar dan 
tulisan kena sentiasa bersaing. eceh =.='

yana baru baru2 jugak melawat belog dia. so first impression yana ingat dia still sekolah.
 SORRY!. ye lah diskriminasi kat orang-orang yang badan kecik ni kan.
 =.='
 tiba-tiba bila dengar nama YUYU tu teringat masa kecik-kecik.
orang panggil yuyu jugak. tapi sekarang tinggal akak je yng panggil yana yuyu. 

so, bila dah melawat belog dia terus follow sebab entry dia best. tak sekema sangat. 
merepek-merepek. hehe BEST. takde lah rasa macam baca
 nota nak exam bila melawat belog dia. tehee!.

conclusion siapa2 yang nak join boleh click kat link diatas. :) 

selamat mencuba nasib. haha 

done!.
wassalam. :)

Monday, April 4, 2011

couple : apa pendapat anda?.

assalamualaikum. salam sejahtera. 

hye bertemu kembali, kali ni eceh laju je nak hupdate. :D so topik kita pada hari ni ialah COUPLE.
 mengikut kamus dewan edisi ke berapa ntah yang yana rujuk 5 tahun lalu, 
COUPLE bermaksud pasangan. pasangan pula terbahagi mengikut beberapa kategori seperti 
pasangan married, pasangan belum married 
[sumber : LIYANA NAZURAH] terima kasih. 

so, hari ni couple yang yana nak tekankan disini ialah macam kat dalam facebook iaitu
 'IN RELATIONSHIP WITH....'. ingin ditekankan lagi yana bukan lah seorang yang 
pandang serong kepada couple2 ni. malah malah yana cukup bahagia dan doakan
 semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. tapi yang membuatkan mulut yana tak berhenti mengumpat
 [see, ketara sangat kan yana bukan baik sangat pun] 
ialah bila COUPLE YANG OBER[over]

couple yang ober bermaksud couple yang perasan macam dah kahwin tapi beza belum duduk sekali la.
 ikut cakap pakwe dia seratus peratus. nak keluar mintak izin, kalau tak bagi duduk rumah diam diam.
 pastu ikut cakap pakwe dia. pakwe kata duduk dia duduk, pakwe kata jaga batasan dia jaga,
 pakwe kata jangan cakap dengan lelaki bukan muhrim [wadepak]. 
kau dah muhrim ke dengan makwe kau yang masih berstatus in relationship. bukan married.
[sumber : LIYANA NAZURAH]

opss terober pulak. yana cuma cakap mengikut apa yang yana nengok,
 apa yang yana perhatikan. lupa pulak yana kan suka stalk orang. hahaha 

ok serius. yana bukan lah seorang yang anti-couple, nengok orang couple terus naik menyampah
, terus nak cop jahat lah apa lah. yana pun still cetek, still belajar banyak benda. 
senang cerita masih jahil lagi.ALLAHUAKBAR. 
banyak ilmu yang perlu yana belajar lagi. 

ni nak share sikit ade note kat facebook yana pernah terbaca, tapi yana just baca je,
cari balik dah tak jumpa .=.=' ni dah diolah sendiri oleh yana la. 

..................................................................

ada tiga orang sahabat siti, ahmad dan muhammad. mereka berkawan baik, tetapi dalam diam ahmad menaruh harapan kepada siti. dan ahmad bertuah kerana siti pun menyimpan perasaan yang sama. mula lah sesi perkenalan mereka dan mereka memutuskan untuk mengisytiharkan bahawa mereka bercouple. tetapi couple mereka ialah secara islamik. bukan macam couple lain keluar nengok wayang pegang-pegang tangan. keluar jalan-jalan makan-makan. tetapi mereka keluar berdua untuk bertadarrus, saling mengingatkan tentang islam, saling menolong antara satu sama lain. keluar takde pakai baju biasa-biasa, siti akan pakai jubah, tudung labuh, ahmad pulak pakai kopiah. pada suatu hari sedang mereka duduk bertadarrus, sahabat mereka muhammad datang kepada mereka. setelah berbasi-basa muhammad menceritakan sebuah cerita 

"aku ni mualaf. baru masuk islam. dulu masa sebelum masuk islam makanan kegemaran aku hari-hari ialah babi. kalau dalam satu hari tu aku tak makan babi tak sah. tapi sejak aku masuk islam nih aku dah tak boleh makan, sebab islam melarang umatnya makan babi. tapi pernah jugak aku terfikir kalau babi ni islam mesti aku boleh makan. pastu aku start aku punya rancangan iaitu islamkan babi. aku beli sekor anak babi, aku ajar dia ucap syahadah, aku dengarkan dia ayat-ayat al-Quran. aku tunjuk dia macam mana nak sembahyang. pastu dia dah besar, aku rasa dah tiba masanya babi ni untuk dikorbankan. aku sembelih dia ikut cara islam. aku masak macam dulu. makanan kegemaran aku. aku ajak jiran-jiran sebelah dan aku pesan kat diorang 'JANGAN RISAU SAYA DAH ISLAMKAN BABI NI'. "

.......................................................................................................

sentap mak nak. =.='

so dalam konteks bercouple ni. yana search-search macam-macam pendapat orang. 
pendapat yana?. errr tekedu mak.

ok2 lah, pendapat yana lah kan kalau nak bercouple ni ingat-ingat lah ALLAH. 
anggap kalau kita ni perempuan dah diutuskan untuk jadi tulang rusuk kiri seorang lelaki insyaAllah, 
tak kan kemana jodoh kita tu. 

cuma berbulu sikit la mata ni bila bercouple bahasa kan diri papa mama, b bb, apa ingat blakcberry.
 kalau diam-diam takpe lah kan, ni tak kat orang ramai panggil papa papa! mama mama!. ewww!.
 [p/s : abah yana nak panggil mak yana 'ayang' depan anak-anak
 dia pun malu tau(kadang-kadang je telepas)] 

huh panjang sebenarnya kan explain pasal benda-benda ni. ekceli ni bukan untuk mengkondem 
orang yang sedang ber relationship atau nak nak cakap yang yana anti-copule. 
NO!. sekadar untuk peringatan diri sendiri. 

so kat sini ada beberapa pendapat mengenai topik nih. boleh la ushar-ushar. 
hep hep hamboi, nak lagi pegi tanya cik google!.


sekian,
WASSALAM.

Saturday, April 2, 2011

saya ada kerana kamu!

assalamualaikum. salam sejahtera.

jangan ditanya mengapa dan bagaimana yana dah jarang update belog sekarang.
 sebab sebab em sebab memang jarang hupdate lah sekarang. kesuntukan masa kot. 
tak cukup tangan dengan assignmentSS, research projectSS. grr semua nak plural plural.
 takdenya singular singular ni. pfft.

sedar tak sedar jugak dah nak expired dah jawatan yana. dah tiba masa cari orang 
baru pelapis untuk next session pulak. entah yana pikul tanggungjawab ni baik ke tak 
yana pun tak tau. takpe memang yana rela hati nak pikul tanggungjawab ni.
 kalau tak sempurna sekalipun, itu urusan Allah.

so, setakat ni tinggal program untuk ANNUAL DINNER BLOK. hoyeah!. 
tak sabar sebab aktiviti utama makan minum dan makan dan minum lagi. tapi tak cari baju lagi, 
baru excited weekend ni nak pergi survey2 baju tapi malang menimpa. 
sudah jatuh, tergolek-golek lagi. adeh adeh.

ok sebenarnya nak cakap, cukup lah tu kan introduction. kita masuk ke isi-isi penting.

firstly, terima kasih. secondly, terima kasih. thirdly, terima kasih.

ok dah siap! bye!. 
[agak2 nak sepak tak kalau yana just stop je sampai sini, 
ok tak yah jawab, yana tau dah jawapan die]

ok2 firstly terima kasih sebab bagi kepercayaan kat yana untuk pegang 
segala jawatan selama 2 sem ni. banyak dah yang yana belajar. tapi tu pun tak cukup sebenarnya. 
even even yana bukan buat kerja sebaik mungkin pun tapi still percaya jugak kat yana. 
ok terima kasih yang pertama.

secondly, terima kasih sebab sokong yana bila buat program. eh satu program je pun. 
explorasi gua tempurung. even macam tak seperfect mana tapi yana still
 anggap program ni berjalan dengan lancar. walau ada rintangan dan halangan 
tapi program tetap mantopp!. dan  dan walaupun yana bukanlah ketua yang begitu prihatin,
 ketua yang bertanggungjawab sangat, ahh kalau nak dikira tak cukup satu hari tapi yana
 cuma nak cakap adanya kalian2 yana cukup bertuah!. terima kasih.


thirdly terima kasih, terima kasih kat semua-semua yang dah bekerjasama ngan yana.
 yana tau kadang-kadang tu malas lebih menguasai diri tapi kalian semua tetap bertahan. 
ouh terharu taip entry nih. rasa macam nak menangis tapi cukup-cukup lah mata sedang 
membengkak sekarang nih yana tahankan je nak nangis tuh. =.=' rasanya kalau diberi 
peluang lagi yana takkan menyesal terima jika ada kalian lagi. 
bertambah lah terharu!. 


BAHAGIAN PRODUKSI DAN MEDIA
TEMASYA SUKAN TAHUNAN ANTARA KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

 duduk kat belakang dari kiri : ammar, atiqah sya, k.liza, efa, dan azim
duduk ayu bersimpuh kat depan dari kiri : umi, yana dan zyla.

[p/s : nak cakap depan2 malu, cakap kat belog je la 
"KORANG MEMANG AWESOME TAU!."]


trademark efa. tudung pink paling kiri tu. peace kat pipi. 


ouh gambar senget. dah tak yah cakap apa2.

pic source : zyla ali hussein
 untuk entry yang berkaitan boleh melawat sini. 


 pic source : ammar. tenkiu!.


EXPLORASI GUA TEMPURUNG






 PROGRAM MENJELAJAHI MINDA MENYELUSURI ILMU 



 PROGRAM HARI INTEGRASI BLOK B




so, conclusion terima kasih kat semua yang terima yana seadanya!. 
korang memang TERBAIK.
WE BORN TO BE BRILLIANT!


TERIMA KASIH!.

SEKIAN.
WASSALAM.
:)





Related Posts with Thumbnails