Monday, February 21, 2011

assalamualaikum cikgu!.

assalamualaikum. salam sejahtera. 

ouh hye. lama dah tak hupdate. even tak sampai seminggu pun beza, 
tapi tetap rasa dah lama tak hupdate. ^^ weekend je dah sibuk berbengkel thesis. 
eceh bunyi macam gah. tapi cuba tanya apa input yang yana dapat?. 
emm cam haremm sikit laa. ahad pagi yang beautiful nak pergi bengkel, ouh!. 
tapi naseb baik dapat makan free. fikir dua tiga kali jugak la nak pergi. hoho 
tapi tu bukan sebab utama, sebabnya kehadiran diambil kira, 
kalau tak datang banyak kali nanti kena pancung. =.='

eh kejap nak cakap pergi bengkel pun dah berjela. T.T 

hari senin 14.2, dah terlaksana la assignment untuk subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. 
dengar tajuk pun dah pening kan. assignment tu berbunyi begini :

anda dikehendaki mencari mana-mana sekolah untuk mengajar matematik atau matematik tambahan untuk mana-mana tingkatan untuk lagi dua masa pengajaran [double-period= 1jam 10 minit]

proses mencari sekolah pun bermula. first pergi SMK Kalumpang tapi tak dapat nak jumpa pengetua.
 terus tertangguh la. next SMK Khir Johari., tapi dia surat dari PPD Tapah. ouh, memang tak dapat nak sediakan lah. banyak kekangan. ok, pulang dengan hampanya. 

hari jumaat minggu  minggu lepas, pergi pulak SMK Dato Zulkifli Muhammad.
sebab ada member yang dah dapat waktu mengajar semua. so pergi lah jugak mentry nasib.
dah sampai sekolah, pergi pejabat :

cikgu1 : hah nak jumpa siapa ni?.
member1 : pengetua.
cikgu1 : pengetua takde.
member1 : ouh, em nak jumpa PK la, cikgu.
cikgu1 : PK mana?. cikgu pun tengah 'pikir' jugak ni.
membe1 : [=.='] PK HEM cikgu.
cikgu1 : hah masuk-masuk la. bilik dia sebelah tu.
member : ok2, terima kasih cikgu.

dah jumpa semua, dah lulus semua. next destination, jumpa mana-mana cikgu pulak.
jumpa cikgu math F4, mula-mula deal untuk hari next jumaat tu, means jumaat minggu lepas la.
sebab minggu ni students ada ujian tak boleh kacau. dah setel yana punya, ok tunggu cikgu lagi satu untuk settlekan member yana pulak. tunggu punya tunggu, makan punya makan. tiba-tiba cikgu yang yana nak masuk kelas dia tu datang

cikgu2 :eh awak ambil kelas hari isnin minggu depan la ea. kelas 4P1. 
pukul 12.-- sampai 1.45, ajar tajuk sets la. ambil 3.1 ngan 3.2.
yana : ouh, okay. 

ok, ari isnin. tak sempat nak berenjoy weekend ni. dan dengan confident bila member yana tanya 

member2 : sempat ke yana nak buat hari isnin tu?.
yana : insyaAllah la sempat.
member2 : pukul berapa tadi cikgu tu cakap?.
yana : entah la, yana just denga habis 1.45 je.
member2 : =.='

balik tu siap singgah kedai buku beli buku rujukan math F4, buku latihan, manila kad. semangat kan. 

tiba2 dah hari isnin. sumpah mandi lencun gila. makan sampai tak sedar makanan dah habis.
 tidur nyenyak sangat sampai termimpi2 pergi mengajar. pfft. memang hidup tak keruan la.
eceh.^^ 

pergi sekolah dengan hati yang tenang walaupun dah tak taw nak cakap apa.
 memang tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata la. kira tiap detik. saat. nak terkucil terbeyri semua bercampur. tudung kejap silang kiri eh mcm tak kena, silang kanan pulak eh macam tak kena jugak.
 last last pakai cincin je. =.='

krinnggg!!. dah pukul 12.32. ok loceng menandakan habis waktu. dan sudah tiba masa yana masuk kelas. alamak memang jantung macam nak jatuh wa cakap. 

monitor : "kelas, Selamat sejahtera cikgu"
kelas : "selamat sejahtera cikgu "
yana : "ok, kelas. selamat sejahtera. bla bla bla "

ajar punya ajar punya ajar. eh nak nak dekat habis masa. ajar lagi. eh dah 1.43. 

yana : ok, sampai sni je kelas kita. kalau ada salah cakap, cikgu minta maaf. bla bla bla

kringgg!!!  loceng habis sekolah. 

student1 : thank you teacher!.
yana : ok, most welcome.
student2 : happy valentines day teacher!. 
yana : :) [tersengih macam kerang busuk, adeh nasib kaw indian taw]

ok, dah setel esamen yana. rasa macam dah lepas satu beban besar. ini baru sekejap je.
belum masuk sekolah praktikum nanti. takpe first step. practice practice. :)

video





terima kasih!. terima kasih!.
dan terima kasih!.

ok2, done.
wassalam.

10 comments:

Yana Jaffar said...

sejuk ati mak... :D

RozectLyantie said...

membaca dengan senyuman jer lah!
apa2 pun..tahniah sbb berjaya mengharunginya!

syairahmohdanuar said...

haa..mesti cikgu nie disayangi anak murid.cehh ;D

yana zuera said...

@Yana Jaffar
haha awatnya la. ^^,

yana zuera said...

@RozectLyantie
terima kasih. xie xie. welcome. syukran. ^^,

zulaikha said...

ecece... tahniah!

rindu la pulak kat 4p1. ahaks. ;p

yana zuera said...

@syairahmohdanuar
eceh takdelah. baru sekali je ni msuk klas. eheh ^^

ariffredzuan said...

terbaek ar cikgu! haha

yana zuera said...

@zulaikha
hehe awak pun tahniah juga. yeah kite same2 berjaya habiskn. tehee~. ^^,

yana zuera said...

@ariffredzuan
haha harusla~. erk motif sngat~. ;p

Related Posts with Thumbnails