Thursday, September 30, 2010

cik egypt!

assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam perpaduan, salam khamis!. :)


sebenarnya.. nak cerita kan. pasal kan. ni kan.
*erk, ok nampak x bila tiba2 xtaw nak buat ayat macam mana. =.='
ok, ni story right right punya. ni hah ada cik egypt sekodeng yana punya belog~. :)
pelik bin ajaib. em tapi x mustahil la. blogger~ one world kan. :)
tapi apa tujuan dan matlamat dia, ok nati yana tanya ea.
:p


*silaclickkalautaknakandarabun.
cumanakcakapsusahtakbilaayattakdaspace.
=.='


cerita lain. this week ada KMK1. kamu kamu anda anda awak awak kalau nak taw
KMK1 tu ialah.... jeng jeng jeng Kem/Kursus Manik Kayu 1. kat sungai cincin.
ok, dah mintak izin restu ngan mak abah. eceh macam mana nak g mana je kaw ea!. hehe
first sekali mak pesan:
"angah, jangan mandi sungai tau"
ok, baik. insyaAllah 'angah' akan dengar cakap~. :)



ok, think thats enough 4 this entry. will update later.
*ehem kalau ayat ni mesti cik egypt tu paham kan. em kalau dia reti BM mcm mana~.
ok, x tanggung!. =.='

ok2, done.
assalamualaikum.


try n error pakai tdung syria.
nengok si BOOBOOLAATLAAT, TEMTEMBAMBAM
IN THE HOUSE!

footnote: terasa macam tade motif je entry kali ni.
eh sejak bila entry kaw ada yang bermotif!. ok abaikan~. =.='


Tuesday, September 28, 2010

i wish!

ouh, i wish i can be soo confident like her. the way dia stylekan inner syria dengan macam-macam gaya, menggayakan pashmina shawl n so whatever with her own way. kagum oke!.

see tersangat kagum lupa da nak greet u ols. :p assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam perpaduan, salam hupdate belog dikala ada test yang perlu dibuat. ehem take home test oke!.
suka sangat macam tu. tapi takpe. terima kasih idea. tapi idea untuk jawab soalan test x kunjung tiba pun. penat tunggu, perah macam perah kelapa untuk dapatkan santan. tapi hasilnya?. hampa. masih lagi menunggu. :'(

ok, back to yang kagum sangat tu kan. biasala bila suka dengan fesen fesen ni kan
*even diri sendiri kadangkala sangat out-dated!
tapi sangat kagum bila jalan2 nengok orang lain sangat berfesen,
lagak bagai seorang artis yang sedang bercatwalk di carpet merah. ouh, yana x akan memperkatakan yang dia gedik o nak attract perhatian orang,
tapi lihat dari sudut keyakinan yang dia ada.
anda ada?. mungkin ada. tapi yana?. totally down!.
sebab sangat x yakin bila nak berfesen sikit.

first, sebab bila berfesen sikit, mak akan tegur
'amboi!, macam nak pergi mana je, lawa2 sangat ni'
dapat kat kak long, sedapla jawapan dia
'tape mak, nati bila orang tanya anak sapa la cantik cantik comel comel ni, mesti la anak mak limah'
*ok, ada unsur perasaan di situ. :p

so, bila da minat. tanyala cik youtube, ada x orang ajar cara-cara
pakai inner syria yang senget benget tu. macam gamba kat bawah ni hah. macam cantik.
tapi macam serabai pun ada gak. hoho



tapi jangan bayangkan bila yana try. SUMPAH! buruk kot. haha
see?. sangat rendah confidence level, tak pernah nak percaya dengan kecantikan kurniaan Allah. syukurAlhamdulillah dikurniakan sempurna paras rupa. tiada cacat cela.
tapi x cuba x taw kan. so, nati la bila terbuka hati nak mencuba. hehe :)

ada banyak lagi, tips tips o cara cara nak pakai inner.
so jika rajin lunsuri la laman sesawang ini

banyak lagi yang boleh dilihat untuk tutorial bersama. :)

ok2, done.
assalamualaikum

footnote : suka nak pakai semua pakej ni. i mean inner + shawl. tapi masih dalam proses try n error. jika satu masa dah ada keyakinan yang melambung, would be that time no more inner o shawl. urghh!. out of date again!. :'(


Wednesday, September 22, 2010

pernah tengok x?.

assalamualaikum. salam sejahtera. salam satu malaysia. salam perpaduan. salam khamis. :)
ok. keblurran nak taip apa dah. macam ada orang sekat idea yang tadi mencurah-curah macam air paip. tapi sekarang hilang. =.='

tapi perjuangan harus diteruskan. belog harus terus dipelihara. walaupun dapat idea time tengah study esok test. terima kasih idea. :) dapat la hupdate belog sebelum malam menjelma sebab malam time nak study lagi lagi dan lagi.

ok, ceritanye bermula begini. eceh bile la jadi skema pulak ni. =.=' sambung ayat tadi, begini... semalam yana dan coursemate yang lain, kami diperkenalkan dengan graphic calculator. *mesti bangga calculator ni dapat jadi main entry untuk belog ni kan. :p sebelum ni, hanya baca di kertas peperiksaan 'dilarang membawa masuk kalkulator grafik' tapi abaikan je la. sebab x pernah tengok. pegang. tekan. explore. dan sebagainya. tapi selepas beberapa tahun baru la taw. sangat kesian kan. dah dah yana taw sendiri. mesti awak awak anda anda kamu kamu nak cakap yang yana ketinggalan zaman kan. ok tape tape. =.='

ok, ni la calculator graphic tu. warna biru. kalaw warna pink mesti rasa macam nak beli time tu jugak. ni selepas dimasukkan equation. dan bila tekan graph dia keluar la graph bentuk macam ni. yeay! excited lagi. kalaw la boleh bawak masuk exam. mesti sangat heaven. :)
tapi itu cuma kalaw!.





ok pastu makcik minah ni, opps sorry ye cik zulaikha mohd nor. dia sempat taip untuk meningkatkan promosinya terhadap belog. best kan. boleh tulis2 lagi even function sebenar bukan untuk menulis. tapi bila dapat kat budak yang kurang matangnya, jadi inilah hasilnya.




see, masih sempat lagi kan mereka ni berposing. maklum la kelas 3 jam. sejam terakhir tu harusla da sedikit boring. nak balik. even balik kolej pun tade buat apa2
selain bukak lappy dan online lagi. :)

hah kata2 terakhir. nengok, jakun kan. hehe
*tiba2, rajin tanya kat cik google apa maksud jakun dia keluar puak jakun. =.='
whatever la. :)


ok2. sampai sini je kot nak taip. :)
done2. wassalam

Monday, September 20, 2010

cerita tak habis.

assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu malaysia. salam hari raya.
still in mode raya~. :)
salam lama giler vavik x update belog ku sayang, kesian dia terbiar. malang nasib dapat tuan tanah kedaung peMALAS. tape, peMALAS peMALAS pun still gak ada hati nak update. sebab kesian LAGI nengok dia terbiar. pastu kesian orang yang bukak jugak la, yang menunggu update terbaru dari liyana ni. wah wah perasaan x ingat. ada ke orang2 tu?. ada kot, pakcik2 makcik2 kepoh. pastu adik2 akak2 abang2 busybody. ok2! ampun2.

sebenarnya, xtaw nak merepek apa. xde tajuk yang kekal. ok, perkataan lain takde topik yang tetap. dush! sama je kan. whatever.

ok, cerita raya la. nengok sume entry pun pasal gamba raya, cerita hari raya, balik raya kat mana, raya ngan kawan2, baju raya berapa pasang, pastu pasal hantu raya. raya pun tiap2 hari ada cerita hantu kan. lemah jantung mak nengok cerita hantu. lemah jantung pun tetap tegar duduk depan tv, seolah2 kaki da terpaku kat simen, x boleh gerak g mana2. :) lain cerita, tahun ni xde gamba raya. potrait family lebih sesuai. takde takde. kesian. baru nak belagak, tema kami tahun ni baju cotton. tapi tu la x sempat nak belagak sebab gambanye pun takde. sedih. =.=' *tu la, niat x baik nak belagak. tapela, next raya kalaw kita jumpa lagi. insyaAllah.

lagi, tahun ni puas g raya ngan kengkawan sejati. best woi. walaupun penat x hengat. satu hari suntuk, x cukup ngan kengkawan sambung pulak dengan family. dari pukul 9 am sampai 12 am. lepak lepak. rasa macam nak tidur 4 hari sebab g raya lama sangat, tapi apakan daya katil halau suruh bangun pagi esoknya sebab nak kena layan membe adik datang raya. xpe, ikhlaskan hati. :)

lagi cerita pasal raya. statistik duit raya tiap tahun makin menurun. xbest. xbest. oit, sedar sedar la umur da 12 tahun, siapa la nak bagi kat kaw. eh salah taip ea?. 21 tahun. ok, the betul one. tapi alhamdulillah, ada jugak insan insan yang sedar bahawa yana masih memerlukan duit raya. :D

raya tahun ni rasa lain sebab tahun pertama raya tanpa atok.
hanya doa yang mampu dikirimkan, moga arwah tenang disana.


ok la, cukup da kot. story mory pasal raya. kalaw ada update lain kali ea.
kalaw ada la ye. taw, kalaw ada. :p
bubye. wassalam.

Saturday, September 4, 2010

kawan-kawan!.

selamat hari raya! maaf zahir dan batin~.
walaupun masih ada lebih kurang seminggu lagi dalam bulan ramadhan ni,
cumanya sekarang ni mood excited gilerr nak balik rumah. ouh. okay gilerr x sabar. :)


ok2, hanya entry pendek untuk mengucapkan
selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. :)

assalamualaikum~.
Related Posts with Thumbnails