Wednesday, October 20, 2010

awak punya saya punya, saya punya saya punya.

assalamualaikum. :)

paham tak title?. ok, abaikan. kejap lagi akan faham. kot~. =.='

ok, hari ni balik rumah kat kolej macam biasa lepas jumpa dr.
ehem bukan doktor yang sakit. bukan. yana sihat, alhamdulillah.
tapi jumpa doktor falsafah. sebab nak tunjuk lesson plan. tsk. tsk.
lagak bagai kena buat balik. takpe. percubaan kali pertama buat lesson plan. =.='

ok, sekarang siapa cakap jadi cikgu SENANG??. sila angkat hidung dan bagi kat yana 3 alasan.
3 je. kurang tak boleh lebih takpe. tapi alasan mesti kukuh dan munasarawak munasabah.
kalau anda anda kamu kamu ada hati nak jadi cikgu sebab bila anak murid cuti sekolah,
anda pun turut cuti. pastu dapat balik tengahari bila ajar sekolah pagi pastu boleh pergi berfoya-foya petang tu dan boleh bangun lambat bila ajar sekolah petang, jujurnya jangan berangan itu terjadi. lagi bila emak dan ayah anda anda suruh jadi cikgu sebab nanti ramai laki masuk minang sebab malam anda ada masa layan anak-anak tetapi anda langsung tiada hati untuk itu. dinasihatkan lagi BAIK TAK PAYAH. sebab anda anda kamu kamu bakal merosakkan generasi akan datang. buat apa-apa kerja pun mesti ada hati. takde hati boleh mati.

ok fine!. sebenarnya da plan awal2 nak tulis lain tapi tertulis apa yang dinamakan TIBA2. sebenarnya lepas ayat balik rumah kat kolej pastu boring sebab rumah macam da lama tinggal. bak kata pun 'macam rumah kotai'. tehee. :p bukan malas nak kemas tapi sebenarnya memang takda hati untuk kemas. kan da state tadi mesti ada hati untuk buat sesuatu kerja. atau dengan kata lain kena ikhlas. tapi sampai bila nak tunggu ada hati kalau nak kemas. tu yang jadi rumah macam rumah kotai!. sampah macam da boleh buat replika menara klcc. bakul sampah tak agak2 ada dua. tsk tsk. bukan nak aibkan rumah sendiri tapi rumah bersama. sama-sama la jaga kan. atau bukan nak jaja satu dunia yang yana ni rajin betanggungjawab jaga kebersihan rumah. =.='
tapi jangan la keadaan betambah buruk, cuba bayangkan kalau ada orang macam ni :

situasi A

B: plastik sampah bukan kami punya. awak punya, so awak buanglah.
C: tapi sampah pun awak buang jugak kat plastik sampah saya.
D: saya buang sikit je. sampah awak banyak. awak buang je la.

situasi E

F: kawasan saya kat dalam bilik je. kat depan tu mana saya tau.

situasi G

H: toilet da kotor. takde orang nak basuh?.
I: xda sabun toilet macam mana nak basuh.

tahap telampau la ni kan. =.=' mintak dielakkan.
jangan la berkira sangat. nak buat apa2 pun sangat berkira. cuba ikhlaskan hati.
insyaAllah boleh hilang perasaan berkira2 tu. erk perasaan ke?. T_T

macam time camping hari tu. adalah makhluk Allah tu.

time kemas2 nak balik. yana g toilet nak mandi. pesan kat orang tu.
"jangan turunkan khemah dulu ea. nanti nak semayang dalam khemah je,
dengan nak kemas barang sekali".

dengan bangganya dia balas
"OK".

sekali balik dari khemah nengok khemah da tersadai kat tanah. perghh x angin kaw.
ok, cool lagi. khemah tu tebiar je taw tesadai. belum lipat lagi. ingat nak kering2kan dulu la. gajet2 semua da clear la. kira macam wah da orang kemas la. :p pastu pergi la sembahyang. nasib ada surau. kalau tak memang da kena karate-do da.
TIPU. basic karate-do pun takda. =.='

pastu balik sembahyang membe sorang tu tengah lipat khemah sorang2.
weyh agak2 la, khemah tidur lapan orang pastu dia lipat sorang2. kesian la.
tapi apakan daya bila tiba2 datang nak membantu eh da siap lipat la. tehee. :p
pastu tengah lepak2 tunggu bas, ngumpat2 la. rupanya khemah tu memang sengaja
dibiarkan tersadai, biar orang lain lipat. atas alasan kami da clearkan gajet.
korang lipat la khemah.

pergh angin kaw!. tu pun nak berkira ke.
cuba kalau ak ungkit siapa yang buat semua gajet?.
hah tak ikhlas la tu kan nak mengungkit.+.+ tapi bila fikir2 balik. buat apa nak dibesarkan cerita. biarlah, asal dia bahagia. bila khemah kena bawak balik dan basuh. tape, ikhlaskan hati buat semua tu. atas alasan saya da bawak khemah tu ke tapak so korang pulak bawak balik.
pffft. tak pernah aku jumpa manusia macam kaw!. =.='

ok la. perasaan nak buat entry pendek. tapi bila mengumpat tak ingat. ok, tak sesuai mengumpat tu. bagi pengajaran kot ag sesuai. kesimpulan,
IKHLAS KAN HATI ANDA
:)

Saturday, October 16, 2010

tolong la, penat dah ni~.


assalamualaikum, salam satu malaysia, salam perpaduan,
salam sabtu,
salam pengakap!. :)

yeah!. sempena pesta konvokesyen kali ke 12 (sidang ke 2) ada macam2 aktiviti.
contoh macam DERMA DARAH, pertandingan lagu irama malaysia,
battle of the band. gerai dan jualan. pameran. dan macam2 lagi.
jemputla datang.

date : 12-17 oktober 2010
venue : kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.
meh2 la datang memeriahkan majlis!.
:)

ok, berbalik kepada cerita sebenar. cerita yang betul2 yana nak cerita.
betul2 punya, x tipu. memang2 betul. ok, stop. start cerita.


'kita harusla menderma dare'.
opps salah,
'kita harusla menderma darah'


yea! sudah berjaya untuk yang ke2 kalinya. derma darah tanpa sebarang masalah.
berat badan kurang, tidur x cukup, ada ambil sebarang ubat, atau ada sebarang penyakit, kepekatan darah cair ke.
atau bagi yang perempuan bulan datang.

ok, da lepas semua2. masa untuk derma darah.
untuk bag yang 450ml.
yeay! =.='

time tengah2 tunggu turn nak derma darah tu. nengok la keadaan sekeliling,
ada guys tu pun derma darah. tapi untuk bag yang 300ml. pastu dengar la jugak,
nurse tu bebual2. ada ayat yang menarik perhatian.

'ala dik, 300ml ni sikit je. paket2 perempuan je'


dalam hati yana:
urghh, habis tu akak nurse, saya ni?. 450ml.
taw la saya ni sihat kan. banyak lagi tu.
=.='
sampai naik lenguh tangan i nak pam.
nak penuhkan satu bag tu.
tapi, xpela. untuk kebaikan tabung darah negara.
saya sanggup!. tehee~. :)


time bag tu da nak penuh.
mereka nurses bebual sesama sendiri.
'eh da stop la. em xpe la, kita alter boleh tak'
'xyah la, lagi sikit je nak penuh da ni'

dengan memberi kata-kata semangat.
'pam dik, pam lagi. lagi sikit je nak penuh'


tolong la, akak nurse, penat dah taw. lenguh dah tangan ni nak pam.
x terlarat dah. orang sebelah ni pun da siap minum air segala,
tapi saya still terbaring, x siap2 lagi. =.='

lepas bag dah penuh. baring2. dan ok, boleh sambung shopping balik. tehee.
walaupun akak nurse tu risau yana pitam sebab dah beraeobik pagi tadi dan
maaf sebab yana tipu sarapan nasi goreng padahal makan cucuk2 tu je.
sebab takut tiba2 dia cakap.
'eh adik, tak boleh derma la, x makan lagi ni'. sorry. -.-


ok2. done.
wassalam

Related Posts with Thumbnails