Sunday, August 29, 2010

susah sangat ke nak puasa?.

senang je kan. tapi bila jumpa dengan pelbagai ragam manusia buatkan yana fikir balik,
susah ke senang sebenarnya puasa ni?.

opps telebey sudah. excited sangat nak tulis entry kan. assalamualaikum. salam satu malaysia. salam perpaduan. salam lama da x update blog.

ok2, sekarang da boleh excited balik nak tulis entry. susah sangat ke nak puasa?.
firstly rujuk balik, apa makna puasa. mengikut puan wiki ni, dia kata
'puasa ni menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari'.



pastu puan wiki cakap lagi,
"umat islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.
secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan , agar kesemua nilai yang baik ini akan terus
dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya."

puasa yang seperti kita tahu, ada tiga jenis, puasa wajib, puasa sunat, dan puasa haram. dan ada juga perkara-perkara yang membolehkan seseorang itu tidak diwajibkan berpuasa.
*indahkan islam. agama yang tidak membebankan hambanya.
ok, sekadar introduction yang mengimbas kembali, apa erti puasa dan sebagainya.


tapi ini bukan main point entry this time. tapi, segalanya-galanya bermula, bila tiba2 nak balik rumah akak, nak shopping raya lah katakan.
*maklumlah, baju raya satu pun tade lagi. sunat kan jika berpakaian baru/kemas di hari raya nanti. :)
nak dijadikan cerita, time2 dalam bas tu, duduk rilex2, pelik gak kenapa laa lama sangat nak sampai destinasi. hari2 biasa macam kejap je sampai. jalan yang pak cik ni lalu pun macam pelik. dah la, dekat highway, bawak bas macam pelesit. agaknya pelesit pun lagi lambat. laju makk aihh. dah la, memang takut orang drive laju2. nanti macam2 benda tebayang kat otak ni. accident laa selalunya. tapi nak elak takut tu, tidur je dalam bas. hehe *even sejam je~. :p
em da sampai2 tu, macam betullah pakcik ni ikut masjid jamek, eh memang laa, sebab dia nak berhenti kat masjid jamek. betul2 depan train tu die berhenti. terharu mak. tapi yang x terharu tu, jalan tu jem. biasalah hari sabtu. orang macam semut cari gula taw. ramai gileerrr.
*memang cancel la nak g situ. da lah jem. pastu, nak cerita pasal pak cik tu je sebenarnya,
(sila terharu ye pak cik, sebab saya buat entry khas pasal pakcik) sebab dia x reti nak sabar. jalan2 sikit. main hon2. pastu da la, marah2 orang macam orang meroyan da. 'hey! x nampak ke bas ni. kan besar!' adalah macam tu. fyi, yana dalam bas tu duduk bahagian belakang. repeat bahagian belakang taw. dapat agak x macam mana dia jerit. da sampai2 tu, cepat2 turun.
x lupa la. cakap la jugak 'terima kasih pak cik'. pastu terus g rumah akak. petang g shah alam cari2 baju. dapat jugak akhirnya. :)


pastu lepas buka, gedik lagi nak pergi masjid jamek. still!. ramai giler vavik. nak jalan macam ada traffic light. merah hijau. merah hijau. last2, kat situ jalan2 amik angin malam je.
ok, done hari tu.
hari esok pulak. nak balik TM. on the way nak g CM tu, dalam kereta. tiba2 ada motor lalu sambil minum air. =.=' x taw la. kalau muka melayu tapi agama lain. tu memang salah yana la tuduh dia kan. huhu

dan tiba2 menjelma lah soalan ' susah sangat ke nak puasa?'.
susah ke nak puasa dari mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.
susah ke nak puasa dari makan dan minum.
susah ke?.
macam tu jugak la dengan sembahyang.
susah ke nak sembahyang, even orang kata ambil masa lima minit je setiap waktu.
5 x 5 = 25 minit
hanya mengambil masa 25 minit daripada 1440 minit.

cuma ingatan kepada tuan tanah kedaung gak 'liyana nazurah jaffar'.
bulan ramadhan ni. bulan yang penuh barakah

ok2, done.
assalamualaikum


p/s : excited nak balik raya nex week punya pasal. nak wish awal2. selamat hari raya kepada semua umat islam dimana juga mereka berada. semoga sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah~. :)

Monday, August 23, 2010

jangan tunjuk kat adik-adik anda~.

assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam perpaduan, salam rindu nak menaip kat belog ni. tapi kenapa selalu sangat tade idea yang bernas nak tulis. niat hati nak sangat selalu update belog. tapi tapi dan tapi lagi yana tade idea.
*em selalu sangat bagi alasan yang sama kan. sudah laa. =.='

ok2, back to topic. cerita mula bila yana menjelajah kat blog2 bloggers, jumpa la satu gadjet ni. tiba2 tetarik la nak cuba try test. enjin carian macam google ngan yahoo, tapi nama dia WOLFRAM ALPHA.

ok, ni page depan dia. em sesiapa yang nak kelainan asyik guna google ngan yahoo je,
boleh la try ni. mana la taw kot2 bagi semangat ke kan. hakhak biasala benda baru. :p
em lagi satu kan gadjet ni, kita boleh kira berapa lama dah kita hidup ni. just masukkan je birthday anda bila. yana dah try ni la result die. 21tahun 21 hari. memandangkan birthday yana belum cukup sebulan lepas agi. so masih mengira hari lagi la. hehe best kan. best kan.
x payah la nak bukak kalendar. pastu kira umur anda secara detail. ikut tahun bulan hari. :p

click untuk mengelakkan rabun anda bertambah. -.-


ok, back to topic. jangan tunjuk kat adik2 anda. kenapa. mengapa dan bagaimana. sebab nanti dia malas. kalaw kakak-kakak ni tape. hik3~ macam orang2 tua cakap x baik makan telur ikan nanti belajar lembap. dulu kecik2 boleh la terima sebab takutbodoh lembap belajar.
tapi sebenarnya kan telur ikan tu kan sikit. nanti kalaw bagi x cukup pulak. biasa la budak2 mana reti cukup. yang dia taw hentak kaki sambil melalak sebab nak lagi.
ok, melalut. =.=' balik ke tajuk sebenar. em sebab wolfram ni boleh gak tolong kita kira
integration, differentiation. macam kat bawah ni. simple question but compact answer. siap graph ag kaw. guna calculator boleh keluar graph ke?. tade kan?. so best tak gadjet ni.
em ingat jangan tunjuk kat adik2. nanti diorang copy paste je jawapan.
tak faham apa menatang tu sebenarnya. alamat nanti jawab exam boleh fail. hik3~. :p

click untuk mengelakkan rabun anda bertambah. -.-


ok2. done.
assalamualaikum~.


credit to blog ayie.
ada banyak lagi enjin carian lain. just click kat blog ayie. :)
Related Posts with Thumbnails