Tuesday, January 10, 2012

assalamualaikum 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera,

dah hari kesepuluh masuk tahun duaribuduabelas baru nak assalamualaikum. dah basi tau. basi. kalau dalam periuk nasi tu, dah berbagai-bagai bakteria dah hinggap. erkk. 

ok lah, better late than never. sedapkan hati lahh. hahaii terbukak jugak hati dan naluri nak update belog yang dah super berhabuk nih. bukan tak sempat nak update tapi memang tidak merelakan diri untuk update, kenapa?. sebab DAH LAST SEM, BANYAK KERJA. eh eh TER caps lock. 

gila kau tak banyak kerja, ingatkan dah sem last boleh la duduk goyang kaki, berjimba-jimba tiap malam, assignment pun celah gigi je. tapi tu semua dusta semata-mata, keseronokan hanya bertahan sampai minggu keempat, lepas tu tiap-tiap minggu macam tak cukup tangan bagi assignment, tak cukup. 

mana dengan refleksi latihan mengajar, penulisan ilmiah untuk kajian, kajian tindakan, phew phew KALAULAH kaki dengan tangan boleh buat kerja dalam satu masa, memang tangan kiri buat thesis tangan kanan buat kajian tindakan. kaki kiri buat assignment, kaki kanan spare. kalau penat boleh tukar-tukar. 

facebook, blog pun semua terabai dan diabaikan, TERPAKSA. relakan hati sebab kalau konon nak buat kerja sambil FB terbukak memang nak siapkan satu perenggan ringkas pun ambil masa dua hari. serius, kalau dulu selalu jugak buat macam tu, tapi tak tau kenapa baru sem akhir ni diberi hidayah buat kerja tu mesti bersungguh-sungguh. even macam takdelah hardcore. :) maybe dah boleh fikir secara matang. [muntah]

yup, mungkin umur makin meningkat makin tua, boleh buat kita fikir secara rasional dan tidak terburu-buru atau terlalu ikut emosi dan nafsu. ikut nafsu akan binasa. 

"sesungguhnya nafsu(amarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat" (yusuf:53) 

di sudut hati paling dalam, azam baru eh takdelah baru sangat, dah lama terniat tapi apabila nak buat secara drastik mungkin boleh timbul tak istiqamah. biarlah buat sesuatu kebaikan tu secara berterusan dan lahir dari dalam hati yang ikhlas. 

maksudnya biarlah perlahan-lahan. ikut kemampuan diri bukan paksa diri. dalam kad pengenalan memanglah seorang islam, tapi adakah islam yang beriman atau islam sekadar sembahyang raya pada hari raya aidilfitri, atau pun islam sekadar keturunan kita dari agama yang sama. mungkin ya islam diperturunkan tetapi tidak pada iman yang diperturunkan. 

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar" (al-ahzab:35)

terlalu kerdil bila berbicara tentang agama. sangat jahil rasanya.insyaAllah, semoga dipermudahkan. :) 
wassalam. :) 

Friday, November 18, 2011

manusia memang ada beribu bagai alasan kan?.

assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. :)

pheww hari ni terbuka jugak hati nak update entry baru. 
setelah sekian lamanya diabaikan dan terabai dan sengaja diabaikan. =.=' 
tak tau kenapa semenjak demenjak ni malass sangat nak update entry baru. 
maybe sibuk dengan kerja-kerja dunia yang sama tinggi dengan gunung kinabalu mungkin. 
tapi tapi kalau kata kerja banyak siap sebelum due date tak lah jugak, 
kadang-kadang last minute kerja eh eh pembetulan bukan kadang-kadang tapi selalunya. 
yup SELALUNYA. pastu mulalah tidur lambat tension bagai and
 baru aku tahu apa itu erti penyesalan. nampak tak kerja yang banyak 
dijadikan alasan kenapa tak update belog kan?.

lepas tu, bila buat kerja mesti kena bukak lappy sebab kononnya nak 
connect internet sebab nak cari bahan, tapi bila dah connect apa laman sosial yang bukak dulu?. 
kalau bukan facebook, twitter, atau tonton sebab nak nengok episod the latest kat tv. 
yup, thats me!. lepas tu, bila dah bukak benda2 alah tu kalau tak mengadap 2 jam memang tak sah,
 pastu baru terhegeh-hegeh nak cari bahan tapi tu semua dusta bila cari bahan hanya 
bertahan 15 minit pastu bukak balik benda2 alah tu. =.='
lagi bila cerita sedih, tiba-tiba wifi tak boleh connect dan mulalah gelabah nak 
siap kan kerja-kerja dunia tu. bila tak siap, apa alasan kau?. internet tak dapat. kesian. =.='

bila lecture, lecturer bagi kerja-kerja dunia ni, mula kau merungut merintih 
menangis meraung tak nak buat, kau bagi alasan kerja lain banyak, tapi ada dia simpati, 
ada dia tarik balik kerja-kerja yg dia bagi tu. memang TAK, 
cuma dia boleh consider hantar lambat atau cepat. tapi apa nak buat, 
tu semua pengukur untuk dia nak bagi markah dunia kat kita.

hidup ni penuh dengan alasan kan, kita sentiasa mencipta alasan. 
pelbagai macam alasan. atas alasan nak lepas diri dari sesuatu. 


orang yang suka mencari alasan adalah orang yang bodoh. (sha'rani, 2011).
 ouh dia GPK kat sekolah masa yana praktikal dulu. terngiang-ngiang lagi masa dia cakap.
dan lepas tu, kat sekolah yana belajar untuk kurangkan mereka alasan lagi-lagi alasan
 yang tak masuk akal. dan sebab cara dia tegur tu lah, buatkan yana lebih pengecut untuk bersuara. 
maybe. tamparan yang hebat. dan sebab tu lah yana belajar untuk menerima semua benda. 
[pastu bebel tak tentu pasal =.='] 

ouh ok lah, setakat ni luahan mungkin teguran mungkin sindiran, tapi jangan risau, 
semua ni adalah teguran atau sindiran untuk diri sendiri. 
diri sendiri yang banyak khilaf. 

ok done. wassalam :)
Related Posts with Thumbnails