Friday, March 4, 2011

bukan semua orang dilahirkan dengan sifat kepimpinan.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

oh hye!. sekarang nih masih sempat updating even not frequently, tapi ok la kan.
 at least tak la terbiar sangat belog nih. terabai kau!. 

topik hari ni ialah bukan semua orang dilahirkan dengan sifat kepimpinan. 
mungkin dilahirkan dengan sifat genetik atau baka-baka yang ada sifat kepimpinan yang tegar.
 tapi tak semestinya tak dilahirkan dengan sifat kepimpinan kita tak boleh memimpin. 
maksudnya, semua lelaki yang belum kahwin akan jadi ketua atau pemimpin for family mereka la. 
so bila perangai pemimpin sendiri yang tak boleh dikawal, tak mustahil keluarga itu akan hancur kan?.

ouh!. sebenarnya sebenarnya yana bukan nak masuk pasal keluarga bagai sebab
 yana sendiri tak kahwin lagi kau!. tapi sebagai REMAJA ehem remaja ye.
 ok, ulang lagi sebagai remaja yang sedang bergiat aktif kat uni masing-masing
 macam yana LAHH even jawatan yang dipegang hanya apalah sangat. 
celah gigi, celah kuku, dalam poket je. kecil punya hal je. 
tapi itu pun dah mengalahkan PM. PM lahh sangat. =.=' 

tak lah, sebenarnya bagi orang yang baru bertatih ni, baru nak belajar 
memimpin satu organisasi nih, bukan senang taw!. sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental. 
walaupun fizikal yana nampak gagah, tapi kalau dah nama perempuan,
 kuat mana pun tetap jugak suka bermain dengan emosi kot. 

berbalik kepada topik, sifat kepimpinan ni boleh kita asah contoh dengan 
orang yang lebih berpengalaman atau dengan keadaan sekeliling. 
serius, time yana sekolah2 dulu nak berdepan dengan orang nak bercakap 
dengan orang ramai pun sumpah malu gila!. tak de confident langsung.
kat matrik pun sama. 
[sebab kat matrik pendekatan yana berbeza, belajar belajar da belajar. tak aktif kot] 

sampai masuk uni ni, baru start macam nak join macam-macam sampai 
kadang-kadang tak terbahagi masa dah. assignment ke mana aktiviti ke mana. sampai lah 
dah sem tua2 nih still aktif. dan for the forst time diberi kepercayaan jadi pengarah, timb pengarah, 
s/u, ajk mcam2. tapi hendak ditekankan disini program takde lah besar mana. 
kalau takat peringkat blok, peringkat kolej kan. 

tapi tapi tapi jangan pendang rendah dengan program kecik-kecik nih. 
sebenarnya, bila join macam-macam aktiviti nih, baru lah yana taw macam mana 
prosedur nak buat program, nak mintak penaja, nak jumpa orang nih, nak jumpa
 orang tuh, nak telefon orang tuh, telefon orang nih. so kesimpulan nya, 
sekarang lebih confident KOT. ^^,
 nampak sangat tak fully confident kan. T.T

tapi semua nih sangat memerlukan kekuatan 1)mental 2)mental 3)mental. 
seriusly, yana pernah frust, sampai rasa nak letak jawatan semua program! 
bila macam2 ragam manusia yang nak kena jumpa. 
so kena kuat mental. kalau tak boleh gila!. 

ok, done.
wassalam.

p/s : ouh, thnks mak. kalau angah tak nangis ngan mak haritu,
 memang semua nih takkan jalan. ^^, love u!. sebab sekarang nih ada 
3 upcoming events yang yana terlibat. insyaAllah, i can do it!.

Wednesday, March 2, 2011

bukan bermakna kau dah 18 tahun, kau dah bebas nak buat apa sahaja.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

eh maaf, sebab tajuk agak kasaq, salah dialek, kaso. maklum lah yana anak jati johor. 
sebutan kena lah betul dan tepat. like gebor = selimut. robok/gerobok = almari, 
esbok = peti ais/peti sejuk. em what else?. selama berbelas-beelas tahun, 
i mean sampai yana lepas matrik 19 tahun, baru lah yana keluar johor. 
maksudnya lagi bukan keluar cuti-cuti malaysia tapi terpaksa menetap 
sebab belajar di satu-satu tempat. dan yana ditakdirkan further kat UPSI. 
dan lagi sekarang tak sedar dah 3 tahun duduk kat bumi UPSI ni. 

dan first experience bila menetap kat negeri orang ni bila half dari housemates yana were kelantanese. 
sangat blurr bila first time dengar mereka berbual. bukan yana langsung tak masuk ngan diorang nih.
 tak tak bukan tu. still lagi boleh bergaul mesra. cuma part bila diorang berbual sesama sendiri.
 surrender! kalau diorang kutuk pun yana still boleh duduk diam tersenyum sebab 
TAK PAHAM. tapi nasib baik mereka BAIK. takde kutuk2. 

yana : [duduk kat sliding door]
membe : yana?. nok tubik ko?.
yana : [tersengih-sengih macam kerang busuk] tubik apa?.
member : tubik la?.
yana : tak taw la.
[serentak dengan itu, satu rumah yana gelak kan yana guling2. 
hampeh jugak la diorang ni. =.=']
dan baru yana tau tubik = keluar.

so, enough dengan introduction yang berjela. sampingan je tuh. main point :
 jangan ingat kaw dah 18 tahun, kau bebas nak buat apa sahaja.
 kenapa 18 tahun?. sebab kat derama 18 tahun ke bawah sila minta permission parents.
 bawah 18 tak dibenarkan wayang yang 18SG. *betul ke?. 

ok, bukan itu maksud utama dia, ok meh yana explain satu-satu :
 kenapa kaw dah 21 tahun masuk 22 tahun  still kena report kat parents
 apa yang korang buat lagi-lagi bila dah further study jauh2 dari parents. 

1) sebab kesian kat mak-mak bapak-bapak kita, bila keluar iklan 
'anda tahu dimana anak-anak anda' 
mesti automatically mereka akan terfikir anak-anak diorang. 
lagi-lagi yang jauh di mata ni hah. belum jadi mak bapak ni kita tak taw perasaan diorang macam mana. 
erk. T_T cara cakap macam dah pengalaman habis. at least call la seminggu sekali dan 
story la A sampai Z apa yang nak minggu tuh. selain dapat macm bagi briefing kat parents kita, dapat menjimatkan kredit jugak. tapi tak payah la nak beli roti, jem, pun nak beritahu kan. agak-agak sikit. 

2) in case macam, korang keluar berfoya-foya, tiba-tiba ada benda buruk berlaku, 
contoh macam accident. bukan yana nak doakan benda yang tak baik. tapi 
BE PREPARED FOR THE WORST jangan anggap semua yang berlaku tu baik je.
 kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. dan cuba bayangkan lagi bila dah accident, 
polis call rumah dan bagitahu parents kita, bayangkan lah macam mana senyuman mereka.

3) lebih-lebih lagi kaum hawa ni. remaja-remaja ni. mesti rasa macam takde life 
bila nak keluar pun kena bagitahu mak bapak segala. 
HELO! bahaya sekarang bukan kita boleh jangka. dengan budak kecil pun kita boleh tertipu, 
so sangat penting bagitahu parents at least, mereka tahu anak-anak mereka ada kat mana.

4) bila dah further study, tak payah la ingat dah bebas dari mak bapak, s
esuka hati boleh buat benda yang korang suka. =.=' [apa jenis tatabahasa ni] 
maksudnya, korang dah totally bukan bawah jagaan parents korang. 
silap-silap bukan ijajah kau bagi, jenazah kaw bagi. [ok, ayat laser!] 


ok, dah nampak sikit-sikit pentingnya kenapa kadang-kadang kita perlu bagitahu parents
 kita mana kita nak pergi, atau mana kita berada. walau macam mana pun family always come first. 
*kalau dah berlaki tu, mintak izin la dengan seben. [husband]
so apa yang dapat simpulkan kat sini, just for your own safety. yup!. bagitahu mereka, 
orang-orang penting dalam hidup kita nih!. kadang-kadang mak nih ada instinct kuat 
dengan anak-anak mereka. jaga-jaga ea!.


ok, done.
wassalam. 

Related Posts with Thumbnails