Wednesday, August 14, 2013

14 ogos 2013

assalamualaikum. salam sejahtera. :) 

ada apa tarikh 14.8.2013, takde apa2 pn. just nak tunjukkan tarikh diberi hidayah nak update belog. kihkih

so hi!
phew. betapa lamanya tak menulis dalam belog ni. banyak benda dah berlaku. terlalu banyak. 

so sekarang dah kerja. alhamdulillah, akhirnya dah kerja ikut aliran yang betul. bukan nak kata sebelum ni kerja aliran tak betul, i mean ikut kelulusan yang betul. sekarang ni nak dapat kerja pun dah payah. SPM orang dah macam tak nak nengok. diploma pun dah payah, apetah lagi yang ada degree. persaingan semakin hebat. life is a race!. :) even thousands of sperm racing to get an ovum. REMEMBER?. so adik-adik anak-anak, wake up!. kehidupan yang kita idamkan bukan dicapai bila kita goyang kaki. USAHA!. yes usaha. itu penting. 

nampak tak ciri2 kecikguan dah terserlah. membebel banyak. hihi 

  

inilah cikgu cikgi sekolah bacalah kat situ nama sekolahnya. tak ramai pun 18 ORANG JE. students pun total 88 ORANG JE. takut orang tak percaya capslock awal2. ye. sekolah pun comel secomel cikgu cikginya. hihi 

sekolah yang bakal berkhidmat untuk tahun-tahun mendatang. berapa tahun?. itu perancangan Allah. semoga Allah sentiasa tetapkan niat untuk mendidik bukan setakat mengajar anak-anak murid. amin, insyaAllah. 


dan ni gambar latest raya. SELAMAT HARI RAYA 1434H/2013.  :) 
MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

love. liyana. 

Friday, February 8, 2013

SEDERHANA!.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

hye!!. so, macam mana perjalanan hari ni?. ok ke ko?. 
[tiba2 terperasan ada dua maksud rupanya. OK ke KO?. atau ok ke kau?. 
sebab orang selalu shortfom kan kau = ko] ouh, yana masih berjalan dengan buat-buat lancar. 
means hidup yana sekarang nih macam duduk kat gua dengan berbekalkan makanan untuk setahun.
 terperap kat bilik dan biasanya destiasi utama tak ke kampus pergi cafe. belajar-belajar jugak, 
buat kerja buat kerja jugak, makan jangan tinggal u olls. sampai kadang-kadang terasa
 lebih banyak makan daripada buat kerja. adooii!

hari ni setelah minggu ke 9 ke 10 ke, dengan banyak pending assignment. pending chapter
 1 research, dapat lagi assignmet a.k.a kajian tindakan. gullpp. =.='

ok, berbalik kepada tajuk inspired by SOLUSI [ bulan ni punya edisi kot]

ada satu tajuk yang agak menarik perhatian "SEDERHANA DALAM KEBENCIAN"

so, ingin ditegaskan disini, hanya tajuk sahaja yang di'inspire'kan. 
apa yang isi kandungan yang yana tulis ni tak terkait dengan apa yang tertaip dalam majalah SOLUSI tu ye. 
[akceli, nak bagitahu je majalah tu yana selak2 je kat koop sementara nak tunggu bayar 
beli choki2 buat bekalan pergi kelas. selak muka surat dalam pun tak.] 
kesimpulannya, apa yang tertulis kat sini hanya melalui pendapat seorang insan
 gagah perkasa yang masih lagi cetek ilmunya. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. ” 


i) Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu 
sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.

ii) Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. 
Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia 
menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam 
perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.
iii) Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau 
tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau 
digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal. 
iv) Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila 
berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada 
di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut ( rujuk surah al-Furqan:67) 


ni sikit laa yang yana jumpa, tu pun ihsan google. cepat dan pantas. 
taip je apa yang kita nak, mesti keluar. tapi pandai-pandai cari la ye. 

so, islam menggalakkan bersederhana dalam kehidupan. sederhana ni mungkin akan 
melibatkan pelbagai aspek. contoh utama yang kita boleh nampak dalam perbelanjaan seharian.


"Dan jangan kamu berlebihlebihan sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan." (al-An'am: 141) 

contoh, mementingkan keperluan dari kemahuan. jangan terlalu boros la senang cerita.
 lagi-lagi macam yana, PEREMPUAN nafsu banyak, akal satu. kadang-kadang benda 
yang kita anggap keperluan sebenarnya itu kemahuan kita sahaja. get it? get it?

ok, tu dari aspek sederhana dalam berbelanja. macam mana sederhana dalam kebencian.
 apatah lagi bila kebencian yang melampau. 

buruk padahnya bila kita membenci secara terlampau ni. kalau nak benci secara sederhana je lah ye. 
[ lagi bagus kalau tak payah nak benci sesama sendiri. kan lagi elok.] 
memelihara silaturrahim sesama manusia. 

kesimpulannya, tak banyak yang yana nak bagi idea. jadi beli sajalah majalah SOLUSI 
untuk cerita selanjutnya.. tehee~.


ok, done 
wassalam


hello hello

Assalamualaikum. ehem assalamualaikum.  

cuba nengok blog archive yana. 2009, 2010, 2011, 2012, 2013. dah masuk tahun kelima belog tapi post macam harammm. makin takde. makin tak wujud. tapi belog nak ada. at least tak macam noob sangat bila orang tanya kau ada belog?. dah tu tanya lagi soalan KAU TAU MARIA ELENA TU AKAK IPAR FATIN LIYANA? KAU TAU IRINE DAH PREGNANT? KAU TAU DENA DAH BERSALIN? KAU KENAL NISA KAY? ouh, diorang semua blogger terkenal. sebut nama boom kebaboom semua orang tau. 
cuba sebut kau kenal yana zuera. maunya bunyi cengkerik keluar.
 eh apa ni melalut ke laut. 

ok serius. buat blog bukan nak kejar glamour. buat blog, buat post ikut kualiti. bukan kuantiti. diorang terkenal sebab apa?. tanya diorang lah. maybe orang suka post ttg tips, review make up, review gadget terkini lagi sensasi. hak masing-masing. ada yang buat belog yang entah apa2 semata nak mencapub a.k.a MENCARI PUBLISITI. eheh over. sorry. 

selalu sangat bila dah lama tak update belog, lepas tu once dah start tulis, tak tau tujuan nak tulis apa. selalu. selalu sangat. macam sekarang lah. seolah-olah update belog ni macam melepas batuk di tangga. tak bersungguh sungguh. at least terupdate jugak lah belog ni. macam tu lah.

ok lah. sebelum tadi dah ke laut sekarang ke langit pulak. better stop. 
so. ok. 
bye. 
wassalam!. :) 


Wednesday, December 5, 2012

Hater converts to Islam.

Assalamualaikum, 


"For those of you who asks for signs, have We not shown you enough already?"




done,
wassalam 

Saturday, December 1, 2012

hye december. hye.

assalamualaikum. 

hai. its december 2012. the last month in a year. last month. last month bebeh. 

grrr merepek. haiiii!. dah lama gilerrrr tak update belog. bukan bersawang lagi dah, silap-silap orang dah letak signboard ' TO RENT/ TO SELL' sebab dah lama sangat tak update nya pun. sebab apa? sebab apa? 
mim alif lam sin = RAJIN. 

Photo: :')

so just a short update maybe. sebab biarlah terrupdate sikit belog aku nih. memanjang kering idea nak tulis hape.  

so after working about one and a half month at booktalk PG, i'm offered a new job which is admin cum tutor at tuition center. admin cum tutor tu macam tutor a.k.a cikgu plus doing some admin stuff ie registration. 
baru 2 minggu kerja la. alah tempat kerja pun selang beberapa lot kedai,
 so macam x terasa sangat pun berhenti. eh betul ke tak terasa, sebenarnya terasa sangat la, sometimes macam rindu nak kerja balik kat booktalk 
sebab i misssss the surroundings and the friends too!. sometimes i just enjoy kerja kat tuition center ni, sebab kira balik ke pangkal jalan la plus
 macam preparation untuk kerja sebenar. entah lah mana-mana kerja pun kalau kita ikhlas nak buat insyaAllah hasilnya kita sendiri akan rasa kepuasannya. 

tapi tak pe lah, rezeki Allah ada kat mana-mana. macam mana kita usaha untuk dapatkan, kalau bukan atas keizinan NYA memang xkan dapat. 

kadangkala benda yang kita rasa baik untuk kita sebenarnya bukanlah yang terbaik pada Allah,
kadangkala benda yang kita rasa bukan yang terbaik sebenarmya adalah yang terbaik untuk kita. 

so whatever challenges come to our life just accepted it, 
because maybe have the reason behind all that. and du'a that Allah give us strength and true path to face it. insyaAllah 

done.
wassalam.


#pray for gaza #pray for muslim all over the world


Thursday, May 17, 2012

kejayaan dicapai setimpal dengan usaha



assalamualaikum. ehem assalamualaikum. ehem ehemm assalamualaikum!!!.

3 kali bagi salam, takde orang balik lah. 

fuhh fuhh lamanya hai tak tulis dalam belog ni. kesian. last update bulan 1, 
sekarang dah bulan 5. bulan 5 beb. gila lama kau tak update. 

serius lama tak update. serius. bukan sengaja tak update lama-lama,
 tapi tapi tapi hmm memang disengajakan kot. 

macam biasa, kalau dah lama tak update, sekali update tu mesti nak 
cerita kronologi kejadian kenapa sampai tak update. 

januari : sibuk cari tempat latihan industri. at last, diterima pakai kat PPDMT. alhamdulillah. 

februari : berkhidmat kat PPDMT plus duduk rumah untie plus 
takde connection internet equal to tak update lah belog. get it get it. 

mac : still berkhidmat kat PPDMT plus connection internet hanya dapat kat 
office equal to gila kau nak update belog kat office. cari penyakit letttew

april : bersungguh-sungguh siapkan laporan LI kat rumah sendiri dan membantu
 menyokong secara dalaman kepada coursemate yang bersusahpayah, berhempaspulas 
berjuang untuk mendapatkan konvokesyen plus rumah tiada internet connection 
lagi plus kena pergi cc equal to gila kau nak pergi cc. malas ok. 

opss tidak dilupakan dengan kehadiran orang baru dalam family aisyah qaisara. 
secara unofficial yana telah dilantik menjadi tukang jaga sara. 
but it was such a worthy experiences. heheh :)


presenting : caca
(tadi kat atas bukan panggil sara ke) 

mei : alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan perjuangan mereka jadinya
 tibalah hari berkonvokesyen dengan gembira. tapi sedih sebab kak long dengan adik tak dapat ikut. :(
 takpelah as long diorang boleh doakan kejayaan yang berterusan. itu sudah cukup. alhamdulillah. 
ouh gamba harap maklumlah, tak dapat lagi. tak nak lah paksa-paksa. gila kau nak paksa-paksa,
 macam lah dia tak de keje lain. yang amik gamba pun sepupu yana. dah baik la tu. foc. get it heheh
tahniah kepada semua graduan!. :) 
lepas ni pergi sambung belajar tak payah kerja. sekolah semua dah penuh. 



muka macam nak tell the world, i've got a degree. belagak.
macam good-good je.  


ouh, sementara ada kak long belum balik ni, boleh la mintak ihsan kat dia pinjam
 berukbang nak online. berukbang sendiri dah terminate. kesian.
 barulah dapat seru nak update belog. 

bila dah update sekali lepas ni nak tunggu seru tu datang ntah bila lagi. 
ok done. 
wassalam 

p/s : sekarang dah konvo, lepas ni boleh lah tunggu orang datang minang. kihkihkih

Tuesday, January 10, 2012

assalamualaikum 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera,

dah hari kesepuluh masuk tahun duaribuduabelas baru nak assalamualaikum. dah basi tau. basi. kalau dalam periuk nasi tu, dah berbagai-bagai bakteria dah hinggap. erkk. 

ok lah, better late than never. sedapkan hati lahh. hahaii terbukak jugak hati dan naluri nak update belog yang dah super berhabuk nih. bukan tak sempat nak update tapi memang tidak merelakan diri untuk update, kenapa?. sebab DAH LAST SEM, BANYAK KERJA. eh eh TER caps lock. 

gila kau tak banyak kerja, ingatkan dah sem last boleh la duduk goyang kaki, berjimba-jimba tiap malam, assignment pun celah gigi je. tapi tu semua dusta semata-mata, keseronokan hanya bertahan sampai minggu keempat, lepas tu tiap-tiap minggu macam tak cukup tangan bagi assignment, tak cukup. 

mana dengan refleksi latihan mengajar, penulisan ilmiah untuk kajian, kajian tindakan, phew phew KALAULAH kaki dengan tangan boleh buat kerja dalam satu masa, memang tangan kiri buat thesis tangan kanan buat kajian tindakan. kaki kiri buat assignment, kaki kanan spare. kalau penat boleh tukar-tukar. 

facebook, blog pun semua terabai dan diabaikan, TERPAKSA. relakan hati sebab kalau konon nak buat kerja sambil FB terbukak memang nak siapkan satu perenggan ringkas pun ambil masa dua hari. serius, kalau dulu selalu jugak buat macam tu, tapi tak tau kenapa baru sem akhir ni diberi hidayah buat kerja tu mesti bersungguh-sungguh. even macam takdelah hardcore. :) maybe dah boleh fikir secara matang. [muntah]

yup, mungkin umur makin meningkat makin tua, boleh buat kita fikir secara rasional dan tidak terburu-buru atau terlalu ikut emosi dan nafsu. ikut nafsu akan binasa. 

"sesungguhnya nafsu(amarah) itu sangat menyuruh berbuat jahat" (yusuf:53) 

di sudut hati paling dalam, azam baru eh takdelah baru sangat, dah lama terniat tapi apabila nak buat secara drastik mungkin boleh timbul tak istiqamah. biarlah buat sesuatu kebaikan tu secara berterusan dan lahir dari dalam hati yang ikhlas. 

maksudnya biarlah perlahan-lahan. ikut kemampuan diri bukan paksa diri. dalam kad pengenalan memanglah seorang islam, tapi adakah islam yang beriman atau islam sekadar sembahyang raya pada hari raya aidilfitri, atau pun islam sekadar keturunan kita dari agama yang sama. mungkin ya islam diperturunkan tetapi tidak pada iman yang diperturunkan. 

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar" (al-ahzab:35)

terlalu kerdil bila berbicara tentang agama. sangat jahil rasanya.insyaAllah, semoga dipermudahkan. :) 
wassalam. :) 

Friday, November 18, 2011

manusia memang ada beribu bagai alasan kan?.

assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera. :)

pheww hari ni terbuka jugak hati nak update entry baru. 
setelah sekian lamanya diabaikan dan terabai dan sengaja diabaikan. =.=' 
tak tau kenapa semenjak demenjak ni malass sangat nak update entry baru. 
maybe sibuk dengan kerja-kerja dunia yang sama tinggi dengan gunung kinabalu mungkin. 
tapi tapi kalau kata kerja banyak siap sebelum due date tak lah jugak, 
kadang-kadang last minute kerja eh eh pembetulan bukan kadang-kadang tapi selalunya. 
yup SELALUNYA. pastu mulalah tidur lambat tension bagai and
 baru aku tahu apa itu erti penyesalan. nampak tak kerja yang banyak 
dijadikan alasan kenapa tak update belog kan?.

lepas tu, bila buat kerja mesti kena bukak lappy sebab kononnya nak 
connect internet sebab nak cari bahan, tapi bila dah connect apa laman sosial yang bukak dulu?. 
kalau bukan facebook, twitter, atau tonton sebab nak nengok episod the latest kat tv. 
yup, thats me!. lepas tu, bila dah bukak benda2 alah tu kalau tak mengadap 2 jam memang tak sah,
 pastu baru terhegeh-hegeh nak cari bahan tapi tu semua dusta bila cari bahan hanya 
bertahan 15 minit pastu bukak balik benda2 alah tu. =.='
lagi bila cerita sedih, tiba-tiba wifi tak boleh connect dan mulalah gelabah nak 
siap kan kerja-kerja dunia tu. bila tak siap, apa alasan kau?. internet tak dapat. kesian. =.='

bila lecture, lecturer bagi kerja-kerja dunia ni, mula kau merungut merintih 
menangis meraung tak nak buat, kau bagi alasan kerja lain banyak, tapi ada dia simpati, 
ada dia tarik balik kerja-kerja yg dia bagi tu. memang TAK, 
cuma dia boleh consider hantar lambat atau cepat. tapi apa nak buat, 
tu semua pengukur untuk dia nak bagi markah dunia kat kita.

hidup ni penuh dengan alasan kan, kita sentiasa mencipta alasan. 
pelbagai macam alasan. atas alasan nak lepas diri dari sesuatu. 


orang yang suka mencari alasan adalah orang yang bodoh. (sha'rani, 2011).
 ouh dia GPK kat sekolah masa yana praktikal dulu. terngiang-ngiang lagi masa dia cakap.
dan lepas tu, kat sekolah yana belajar untuk kurangkan mereka alasan lagi-lagi alasan
 yang tak masuk akal. dan sebab cara dia tegur tu lah, buatkan yana lebih pengecut untuk bersuara. 
maybe. tamparan yang hebat. dan sebab tu lah yana belajar untuk menerima semua benda. 
[pastu bebel tak tentu pasal =.='] 

ouh ok lah, setakat ni luahan mungkin teguran mungkin sindiran, tapi jangan risau, 
semua ni adalah teguran atau sindiran untuk diri sendiri. 
diri sendiri yang banyak khilaf. 

ok done. wassalam :)

Thursday, September 15, 2011

segalanya bermula dari kasut!.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

sebelum kita pergi ke introduction yang mungkin akan merepek jauh,
 yana nak mengucapkan selamat hari malaysia enambelasharibulanseptemberduaribusebelas (16/9/2011). 
kita beruntung duduk di negara Malaysia yang super duper aman 
dan penuh dengan adat dan budaya. 
*tapi tak semua transformasi boleh buat rakyat sejahtera kan?. 
ok iklan. :) 

so sekarang ni terlalu banyak transformasi. cukuplah dari kecik 
memang siapa yang lahir tahun 198* macam dah termaktub untuk 
jadi bahan ujikaji untuk eksperimen. started first year PMR paper 
science ada paper 1 and paper 2. pastu last year mathematics dalam 
bahasa malaysia. masa tu dah macam ohh lega dia tak start ngan 
batch yana. tapi kelegaan tu tak lama bila masuk matrik semua 
tu dah bertukar bila kena belajar dalam english. =.='
 pastu bila masuk u, lagi sekali bila first batch yang dia 
tukar nama subjek, subjek baru, pastu first batch yang praktikal 7 
banding ngan sebelum ni sem 8. okay pasrah.
 ALLAH maha mengetahui. :)

eh eh kan dah melayang2 dah intro nih. 

ok, pernah dengar bila orang cakap kasut akan melambangkan 
segalanya-galanya. bermula dengan dengan cara kita berjalan, 
cara kita bercakap, cara kita communicate dengan orang sekeliling, 
dan macam-macam. dan semua bermula dari kasut.

okey ini semua bergantung kepada diri sendiri sebenarnya.
 keyakinan masing-masing. yeah we are talking about confidence. 
bila dah setinggi ke awan confidence anda, pakai kasut apa-apa pun
 tak akan menggugat keyakinan anda. 

contoh lagi bila anda pakai kasut ikut tempat, kasut tu akan 
mempengaruhi cara jalan kita. 
contoh : bila ke majlis makan malam kolej, kos or etc 
kasut yang dipakai haruslah macam wedges atau heels 
atau flat pun boleh. ikut keyakinan. 
jangan lahh pakai selipar jepun atau kasut buaya[crocs], 
macam tak sesuai gituu. ;p 

okey, bila pakai FLAT SHOES, pergerakan kita akan lebih aktif. 
sebab flat nampak lebih ringkas dan nampak proaktif sebab akan 
membuatkan pemakainya akan berasa selesa sebab kurang 
constraint yang mempengaruhi. banyak betul sebab. >.< 
contoh constraint adalah kasut flat takde tumit. :p
 ia lebih sesuai untuk kestabilan yang maksimum. :) 


flat #iklan


flat shoes 

WEDGES, for the first timer nak pakai kasut yang membantu 
tumbesaran ketinggian yang palsu, boleh try wedges sebelum anda 
nak melangkah ke kasut yang jenis heels. sebab?. okey sebab 
wedges lebih stabil dari heels. dari luaran pun kita dah nampak kan. 
tapak dia yang bersambung [apa-apalah] akan membantu anda 
untuk berjalan dengan lebih yakin.  


cheezy wedges


wedges

ni dari segi physics. ingat keyhepsi je ke ada wedges hah?. 


Wedges


A wedge is a simple machine that increases force by reducing the area. The blade of an axe is an example of a wedge. When the blade of an axe is swung into a log, the force of the swing is transferred into the wood. Although the movement of the splitting wood is smaller than the distance that the blade moved, the force is greater.



next HEELS, kalau kasut yang jenis ni memang perlu keyakinan 
yang tinggi dan praktis yang super duper maksimum. alang model pun
 boleh jatuh time catwalk inikan pulak orang yang baru 
pandai nak pakai kan. takpe practices make perfect!. 
so kalau pakai heels, kita akan berjalan lebih sopan santun kan?. 
ye lah terasa macam perempuan melayu terakhir kan 
bila dapat pakai heels. sebab kestabilan badan
 dan kasut memerlukan kita lebih berhemah 
dalam cara perjalanan kita. 


T.T


black stiletto heels


okay, sebenarnya kalau kita dah confidence pakai apa-apa pun
 tak akan memperngaruhi attitude kita kan. 

wassalam. :)


Tuesday, September 13, 2011

update terbaru setelah sekian lama belog diabaikan.

assalamualaikum. salam sejahtera. :)

setelah sekian lama belog diabaikan. seolah-olah tuan punya belog sengkek idea nak update
atau mempunyai tahap kemalasan yang melambung-lambung. ye lah, ngaku lah memang malas nak update,
tpi tak delah malas sngt sebab kalau online memang tak pernah ketinggalan bukak dashboard belog,
 nengok hupdate terbaru kawan-kawan blogger. ok lah tu kan, at least rajin la
jgak nak melawat-melawat belog orang. :) 

oke, nama pun belog peribadi kan, so tidak ketinggalan untuk bagitau
awak awak semua apa hupdate terbaru yana. :)
first offf allll. yana dah habis praktikal.

kisah dah habis praktikal [dah basi] :

so sekarang dah pun habis praktikal. yeayy!. dua entry yg lepas pun entry pasal praktikal jgak.
bulan jun, baru msuk sekolah, bulan julai, keadaan kat sekolah. setiap bulan satu entry je tuh.
nak buat macam mna dah super duper malas plus preparation mengajar yg perlu dibuat.
dan sebab tulah belog pun super duper diabaikan. sebab bagi sepenuh tumpuan kat praktikal.
 so last day dua puluh enam haribulan lapan tahun dua ribu sebelas
(26/8/2011 *rajin bebeno nak tulis dlam perkataan, takde keje leteww),
perasaan sedih, gembira, terkilan, gembira, dan gembira. gembira, gembira dan gembira lagi
sebab dah habis praktikal. terkilan sebab ada benda yang sempat nak buat. berangan banyak,
tapi sikit je yg sempat nak buat. =.=' sedih sebab dah tak dpat jumpa anak2 murid lagi yang
super duper gila gila, sporting, pelakon terhebat
[kalau ada kuasa nak bagi pelakon terbaik, memang nak bagi lah sorang satu. hehe *peace u'all].


cikgu liyana


4 arif


4 wawasan


4 wawasan


#iklan : bila mak nengok gambar ni "eeh gatal nya cikgu ni. =.=' "

*TAMMAT*

kisah raya [basi sikit] :

raya yang ke duapuluhdua tahun. seriously takde feel. sampai aidiladha dengan aidilfitri
pun tak reti nek beza dah. bebal tahap rendah lagi. baju raya pakai baju yang masa kak long kawen.
 kasut raya, recycle tahun lepas punya. tudung raya, pakai tdung yang dah beli berabad lama
 tapi tak pernah pakai. kira baru lagi la kan. beg tangan raya, pakai je beg tangan apa yang ada.
perhiasan, em cukup lah apa yang ada, banyak2 nanti serabut.
kira ni memang betul bersederhana dalam perayaan. :D


ni je gambar yang ada. =.='
yang lain tak amek lagi.

*TAMMAT*

 p/s: SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. :)

kisah merdeka [ok lagi lah] :

selamat hari kemerdekaan yang ke 54. 
1MALAYSIA, TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA. 
proud to be malaysians! :)


*TAMMAT*

kisah naik sekolah [fresh from oven] :

dah mula sekolah. :) yeay!. dapat jumpa kawan-kawan kecintaan!.
tapi part yang tak best bila rumate since year 2 tiba2 tak jadi rumate
lagi bila sampai sem yang terakhir. SADIS. siapa yang sakit mata pandang
 bila kitorang asik berkepit je, sekarang dah boleh tepuk tangan
 laju-laju bila kitorang dah tak rumate. =.='


rumate a.k.a BFF!

tapi apakan daya, kita ada perancang yang maha hebat. maha berkuasa,
 siapa kita hamba yang hina untuk menidakkan takdir-NYA.
just follow the flow. DIA maha tahu apa yang dia rancang.
ALHAMDULILLAH
sekarang dah SUPER SENIOR. [jalan mestilah hidung ke atas. tangan hayun 45 darjah. kerek. =.=' ]
so bila dah super senior, yeay!dah nak habis belajar.
doakan semoga semester baru biar lebih gempak, dan boleh grad tepat masa. insyaAllah.




ok. done.
wassalam :)




Friday, July 22, 2011

entry pertama bulan julai 2011. =.='

assalamualaikum. salam sejahtera. 

err berjumpa lagi selepas sebulan jugak tak hupdate. kesian. =.=' 
tiap2 bulan hupdate nya cuman satu!. macam mana nak maju ke depan. :')

so kehidupan sekarang, macam biasa. pergi sekolah. balik sekolah. tidur.
 bangun. buat rancangan pengajaran harian sambil silang kaki [maklumla dah pro sangat. eceh meluat.]. 
dah siap, keluar fotostat latihan. balik pergi makan. balik rumah iron baju. tidur. 
sampai hari jumaat kemas baju cabut balik rumah. 

memandangkan minggu ni tak balik. sebab mak kata TAK PAYAH. balik je terus minggu depan. 
awal puasa. sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, yana akur. [meluat lagi]

so sekarang ni tambah tolak tinggal 22 hari tak termasuk sabtu ahad nak habis dah praktikal. 
pejam tidur celik bangun pergi sekolah rupanya dah nak habis praktikal. 
baru praktikal dah rasa macam nak maut. belum jadi cikgu betul lagi. nak kena kerja sampai 
umur 50++ [kalau dipanjangkan umur]. fuhhh dasiaaat a.k.a dasyat. 

semenjak masuk sekolah ni, yana mengamalkan dasar 
'kalau berkata biar berpada, silap langkah buruk padahnya' 
dan dasar kedua 
 'jangan senang letak kepercayaan kat orang, sekalipun dah percaya letak sikit sikap ragu2'. 
sebab musabab kenapa sekarang ni yana mengamalkan dasar ni eh biarlah rahsia. 
eceh [kali ketiga meluat] 

em dah sebulan tak taip. tangan pun dah lama tak senam. patut lah cincin murah ni macam ketat. 
rasa macam kekok. takde idea nak tulis. eh im soorrry terpaksa baca post merepek lagi meraban. 

ok done. doa la yana taip entry baru kurang dari sebulan eh!. 
hehe ok chow!.

wassalam. :)
Related Posts with Thumbnails